Fresh from the owner...

07 October 2012

Jiwa Taiko yang saiko aka psycho.



aku dah lama tak tengok movie. apatah lagi vcd ke dvd ke. latest yang cerita yang aku tengok adalah BAIT. tu pun tengok sefamily dalam bilik yang sengaja digelapkan. hahaha... yang tengok ibu, abah dengan Alya je. Anis dengan Azfar buat hal sendiri. kadang-kadang Azfar datang jugak kacau laptop yang tengah pasang cerita ni. menjerit la si Alya sebab adik kacau dia kan. yang selalu budak dua beradik ni ulang tengok adalah Cinta Si Kura-kura. siap hafal dialog lagi okay. OST cerita ni pun dia orang hafal sikit-sikit mana yang dia orang sempat tangkap liriknya la.

yang betul-betul latest cerita melayu aku tengok adalah Jiwa Taiko. mujur jugak aku tengok sorang je. budak-budak tak ada. ikut pakcik dia orang berjalan. tinggal aku sorang je kat rumah malam tu. layan cerita ni kejap la. bukan aku yang download pun. aku tengok melalui harddisk BIL aku ni ha. laptop pun laptop dia. harharhar... aku malas nak angkut laptop bawak turun naik tangga. apa yang ada kat bawah tu kita buka je dan tengok cerita ye.

ada yang dah tengok ke cerita ni? tak payah tengok la. mungkin ada yang plan nak download ke apa ke. tak payahlah. penat tengok cerita yang penuh dengan adegan pegang-pegang ni. kalau tengok dengan budak-budak bahaya. takut apa yang dia orang tengok, dia orang assumed boleh buat walaupun kita terangkan tak boleh tapi budak-budak ni suka sangat jawab: "Orang tu boleh." part tu la lemau sikit. selalunya aku akan jawab: "Jadi la anak orang tu kalau nak buat semua. Tak nak dengar cakap ibu dengan abah nanti ibu bagi kat orang tu nak?" hehehe... bukan saiko. tapi cerita-cerita sekarang ni especially cerita-cerita melayu dah banyak sangat unsur-unsur 18sx. walaupun secara simbolik tapi tetap tak sesuai.

secara realitinya benda tu wujud. jadi tak payah nak terangkan dalam filem. bersepah kita boleh tengok benda-benda tu. sangat tak sesuai bila ada budak-budak. holding hands aku boleh terima lagi la. dalam filem ni ye. tapi kalau jalan pegang pinggang or ada gesel-gesel pipi, ada lagi yang sx-sxnya tu alahai... lemau la mak ni. itu belum dialog lagi. tak ada idea ke nak buat cerita sampai semua benda nak masukkan? dan artis pulak boleh cakap: "Saya tahu batas saya. Semua tu trick kamera je. Part tu untuk menguatkan jalan cerita." hellooo... tak ada pun cerita bergerak jugak macam biasa.

tak ada yang taikonya tentang Jiwa Taiko ni. buatkan aku saiko adalah. itu pun tak adalah aku tengok 100%. suku je la aku tengok sebab banyak forward kan. lebih baik aku tengok Oggy and the cockroaches. tak pun Kungfu Panda. layan kartun lagi baik daa... eh... eh... teremosi pulak!!! serabut tengok cerita-cerita melayu sekarang ni.

sekian, terima kasih.





my foot: tapi ada hati jugak nak tengok Tiga Hari. muahaha... pesal entah aku boleh layan Jiwa Taiko. sebab si Remy tu le. tapi Bront Palare memang kelassss lakonan dia. superb!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. cite die mcm xbes tgk ari tu...

    ReplyDelete
  2. jiwa taiko bebudak wani xgalakkan tgk :)

    ReplyDelete
  3. Dia punya iklan pun mcm tak elok je.. nasib baik tak tgk lagi,
    tu lah sekarang ni pegang2 dh jadi 'normal' pula dalam filem2 melayu kan? ^^
    apatah lagi wanita yg berskirt tak menutup aurat tu semua, nauzubillah

    ReplyDelete
  4. Tak best ke....cr belum tengok lagi...

    ReplyDelete
  5. jarang tengok filem dah sekarang ni.. kalau tengok pun tanpa anak2... banyak sangat unsur tak sihat di situ

    ReplyDelete
  6. sy tak tgk pun crite nih...mcm merosakkan je..

    ReplyDelete
  7. xpnh tau pulak wujud cite ni.. tp tgk gambar ni pun dh rs cam xsesuai utk ank2 tgk..

    ReplyDelete
  8. aauc, cekci nampak perut...

    ReplyDelete
  9. Very awesome blog !! I couldnt have wrote this any better than you if I tried super hard hehe!! I like your style too!! it's very unique & refreshing…

    ReplyDelete
  10. Roughly motivational place of duty you give rise to at this juncture. Seems to facilitate lots of relations enjoyed and benefited from it. Cheers and credit.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign