Fresh from the owner...

07 October 2012

Ini cerita kami!!!

ini pun hasil tempahan dengan Istana Cinta. comel je aku rasa doodlenya tu. Alya siap tanya kenapa dia dah nak sama besar dengan aku? kenapa Anis senyum nampak gigi? gigi dah cantik ke? kenapa adik tak malu minum susu botol? macam-macam soalan la dia tanya bila tengok doodle ni. aku layankan saja. memandangkan dia kureng sihat sebab pehanya bengkak akibat main scooter, dia banyak meragam. jadi kena layan la. nak bawak ke klinik tak nak. menangis dulu. beria-ria menangis. abahnya pulak tak boleh dengar nangis-nangis ni. serabut dia kata. bising dengan benda lain tak apa. tapi jangan menangis. stress jadinya.

semalam aku 'halau' dia naik atas. duduk la dalam bilik. tunggu anak-anak dah besar baru turun ke bawah. hahaha... memang aku kesian sebab dia penat. nak tidur tak boleh. anak-anak dok bergaduh je. kerja Anis la menyakat si kakaknya. aku pun naik stress tengok bapak dengan anak-anak. tu yang aku suruh dia naik atas je. tidur la dalam bilik. biar aku je settle hal anak-anak tu. bila anak-anak berbunyi, dia jawab la: "Ibu marah abah duduk kat bawah." hahaha... boleh gitu? dah tu banyak benda yang tak terbuat sebab dia plan nak buat lepas balik kerja. tapi sampai rumah dok layan anak-anak dulu. kadang-kadang tertidur atas sofa. tak sampai hati aku nak kejutkan dia untuk drill itu dan ini. dah dua minggu tak siap-siap jugak benda yang sepatutnya dia buat. adehhh...

dua hari lepas masa aku layankan dia siap-siap sebelum pergi kerja, dia pandang aku. kemudian dai cakap: "Dah berisi sikit muka tu. Baru nampak macam ada orang bagi makan. Makan banyak sikit." okay... kalau biras aku husben dia siap sound kalau dia makan banyak. nanti gemuk la apa la. dan sesetengah husben yang lain pun macam tu jugak. tapi husben aku ni kalau berisi tak apa. dia suka. tapi aku tak ada la hentam je makan. jaga la jugak badan. at least berat dengan ketinggian still dalam BMI. tak ada kurang dan tak ada lebih. ngam-ngam je. pernah duduk dalam kategori underweight dan belum pernah melepasi overweight. seadanya ye. ngeee...

misi hari ni nak make sure ruang bawah tu boleh settle. kejap lagi nak goreng jemput pisang sebab husben sampai rumah dia mesti nak makan. dia dah tak sarapan kat luar lagi dah. aku try la buat mana yang boleh dan try jugak la bersabar dengan keadaan rumah yang tak serupa rumah ni sebab kemas dua minit je lepas tu habis berterabur dikerjakan askar tiga orang ni. adehhh...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. alamak..lupa nak cop tempat..first!! (harap2 first)..

    aaaa..mahal x tempah dodol tu? nak tempah jugak la dengan beliau..zzz

    ReplyDelete
  2. Berisi tu tandanya sihat & bahagian ;D

    comel juga kartun tu.. karya dia macam pelukis dlm komik ujang ^^

    ReplyDelete
  3. Cantik jugak doodle tue....hubby tak makan kat luar ya....

    ReplyDelete
  4. Salam Sal,
    Sama la kat rumah ni..kalau 4 budak nakal tu ada kat rumah ngan mama, abah suma ada, riuh rendah dan bersepah rumah..nak buat macamana budak2 kan..tapi mak budak la yang serabut kepala huhu

    ReplyDelete
  5. comel je doodle nih...nice la ...

    ReplyDelete
  6. cantik arr dodle tuu..

    ehe..serabut ngan anak2 boleh setel kalau ngan suami..adeh...

    ReplyDelete
  7. hihi.. macam2 yang dia tanyakan ye.. layankan je kak :)

    ReplyDelete
  8. hihi.. macam2 yang dia tanyakan ye.. layankan je kak :)

    ReplyDelete
  9. papa dia need total adjustment, yelah biasa dia sorang, skang anak2 semua ada kan....kena bagi time, nanti lama2 dia dpt la adapt kan......sabar beb, umah tu settle pelan2 k...nanti siap gak akhirnya hehehehehehhee

    ReplyDelete
  10. serius comel sgt doodle tu.. :-)

    sian akak, mcm2 peel ank2 kan.. sy ni br sorg... tunggu dah ramai nanti mau pening gak kpala ni... hihii

    ReplyDelete
  11. sal...comey giler la doodle tu..

    ReplyDelete
  12. comelnye... :)

    kanak2 mmg banyak persoalan..layan je la.. :p

    ReplyDelete
  13. comel la doddle tu..biru kaler :D

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign