Fresh from the owner...

28 October 2012

Eh, ada dua buah lorilah?!

tak blogwalking dan tak online daripada hari Khamis sebab nak balik kampung malamnya tu kan. asalnya husben cakap tak balik sebab dia cuma cuti sehari je. Jumaat tu kilang shutdown. sabtu kalau ikutkan dia kerja. tapi sebab BIL nak balik kampung dan tukar kereta, ikut jugak la sebab dia nak ambik kereta kancil dan tinggalkan kereta yang dia guna sekarang ni untuk direpair. dan jugak SIL yang kat JB tu pun nak join venture jugak. cumanya dia cakap kereta dia tak boleh bawak laju sebab kereta baru. selagi tak service first time memang tak boleh bawak laju.

pukul 10 malam tu semua dah siap-siap. cuma menunggu adik yang daripada JB ni je la. siap tengok CD dalam kereta lagi. pukul 11 lebih jugak la gerak dari rumah. BIL yang drive. husben layan dia kejap dan kemudian tidur sebab dai rasa tak sedap badan. aku pulak memang tak tidur dok memerhatikan si Kerry ni drive. incase kalau dia mengantuk sangat-sangat boleh la aku offer diri kononnya. memang malam tu aku dok perhatikan asyik mengantuk je si Kerry ni. dok spray muka, tampar-tampar pipi. sebelum ni jarang tengok dia mengantuk macam tu sekali. mungkin sebab tak boleh nak speed kot. paling kuat dia drive dalam 100km/j je. berhenti kejap untuk dia refreshkan diri dia dan sambung perjalanan. husben offer nak drive tapi dia rasa dia boleh drive lagi (dia takut husben penat sebab sebelum tu husben ada bunyi yang dia rasa macam nak muntah. kepala pun pening-pening sikit). aku la yang tengok-tengokkan dia.

sampai dekat Nenasi, aku perhatikan dia dok spray muka dia lagi. sahih la dia mengantuk tak boleh tahan. aku cakap dekat husben, take over la. dia dah tak boleh nak drive lagi dah tu. so, husben suruh adiknya berhenti tepi jalan. dia la pulak sambung. sebelum tukar driver tu Kerry ada cakap: "Siap nampak lori lagi kat depan." husben kata: "Mana ada lori." Kerry kata: "Memang tak ada tapi nampak macam ada dua buah lori kat depan tadi." meaning dia sangat mengantuk sampai boleh nampak dua buah lori yang tak ada. adehhh... aku bukan tak nak offer diri untuk drive tapi Azfar bukan nak sangat dengan orang lain malam-malam. menyusu pulak lagi tu. 

even aku drive sekejap untuk balik rumah MIL daripada rumah SIL aku pun dia dok menangis-nangis. itu abah yang pegang. bukan orang lain tu. last-last aku drive dengan dia atas riba. boleh gitu? alahai... Azfar. kalau bertolak pukul 11 lebih biasanya dalam pukul 5 pagi dah sampai. tapi sebab balik dengan kereta yang tak boleh bawak laju dan dengan kereta kedua tak tahu jalan memang kena alert. tak boleh nak tinggalkan jauh sangat. sudahnya sampai rumah MIL lagi sejam nak solat sunat raya. boleh gitu kan? lepas makan, mandi berkejar la dia orang pergi solat. walaupun aku tak drive tapi aku mengantuk tahap gaban jugak sebab dok tengok Kerry bawak kereta and watching the morning view buat jiwa rasa tenang je. subhanallah. Maha Suci Allah yang menjadikan cuaca pagi itu tenang dan mendamaikan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. ohoi..bahaya tu..aku pernah jugak drive dlm keadaan ngantuk..sgt2 ngantuk..nak balik umah dalam kul 3-4 pagi..sesaat jer kot terlelap, tapi kereta dah hampir2 langgar devider..

    since that day, kalau ngantuk jer memang kena stop tepi..tido 5 minit pun cukup..biar mata tu rehat skjp..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah syukur semuanye selamat kannn.. eeEeehh

    ReplyDelete
  3. uiks, mmg kena ada pemandu spare bila mulakan perjalanan jauh, malam, dan lepas waktu berkerja juga bilamasa tersekat dgn jammed.

    ReplyDelete
  4. tu di,..camana boleh nampak lori sampai dua tuu...mmg mengantuk sangat laa tu..bahaya betul...nasib baik ada orang take over

    ReplyDelete
  5. uishhh memang dah bahaya kalau sampai x der apa2 di depan leh cakap ada .. huhuh
    memang kena tukar driver tu ..

    ReplyDelete
  6. sampai dua lori pulak dia nampak erk, macam cerita seram pun ada. hihi.

    ReplyDelete
  7. ehh,,takutnya,, hati-hati taw !!! jemput singgah blog :) http://ytazzizzaty.blogspot.com/2012/10/jus-manggis-xango-untuk-kesihatan.html

    ReplyDelete
  8. bahaya drive waktu mengantuk ni..
    alhamdulillah biar lambat asal selamat sampaikan

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah selamat sampai kan kak.. sy klu jalan jauh cam balik ganu mmg x berani nak gerak waktu malam.. sanggup tunggu siang.. risaukan..

    ReplyDelete
  10. selamat hari raya aidiladha sis. tak terlambat lg kan?

    ReplyDelete
  11. kalo dah mengantuk sume nampak double..hahaha

    ReplyDelete
  12. bahaya tu kalau dh nmpk dua...^^
    elok tkr pemandu ataupun tido kt hentian...jgn x jaga udah le...nti terlepas plak raya...hihi

    ReplyDelete
  13. mak aih..kalau dah sampai nampak benda2 yang tak ada tu memang da patut tukar tu..alhamdulillah semuanya selamat..

    ReplyDelete
  14. tu dh bahaya klu nampak lori double hehe

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah ...selaamt akhirnya perjalanan tempoh hari..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign