Fresh from the owner...

25 October 2012

Daging 'maut'.


susulan daripada wordless semalam. daging masak kicapkah ini? entah. resepinya aku ambik daripada suratkhabar. resepi restoran mana entah. tapi nama resepi tu ada la perkataan maut-maut kat belakang. aku pun dah tak berapa ingat apa nama resepi tu. tapi husben first time tengok terus cakap: "Lain kali boleh cuba ni." dah sah-sah bukan dia yang cuba masak kan. aku jugak la yang kena masak. adehhh.... mungkin jugak dia teringat aku pernah cakap nak try macam-macam resepi kalau dah duduk sendiri kan. sebabnya hari tu dia ada bunyi: "Kata nak masak macam-macam. Tak mintak beli barang pun." tak apa. tak apa. sabar!!! ni tengah mengumpul resepi ni. hahaha...

ikutkan resepi asal, memang maut la siapa yang makan daging ni. sebabnya time masak tu aku tengok resepi lepas tu baru sedar aku dah tersilap buat. ngeee... serai dia suruh hiris, aku hentam blender semua kecuali daun limau purut tu la. yang lain blend je dan campak dalam kuali. dah tu, daging entah bila kena masukkan dalam kuali pun tak tahu. sebab dia tak bagitahu. makan mentah agaknya. cicah daging mentah dengan kuah tu. muahaha... presentation dalam paper tu nampak cantik je walaupun simple. 

yang tak tahan tu kicap guna 500ml bersamaan dengan sebotol kicap lemak manis yang kecik tu. Ya Allah... banyak gila. masa aku sukat tu aku sukat tu aku tengok kicap bukan main banyak lagi dia guna. jadik aku ubah la penggunaan kicap kat situ. cili padi pun dia orang guna banyak. memang tak bagi makan la kalau order benda alah ni. pedas berapi. memang banyak. sebab tu la nama dia maut kot. pemilik tu kata, daging tu jadik daya tarikan utama kat restoran tu. keratan akhbar yang aku simpan dah lunyai. tak sempat nak snap pic. gambar daging kat atas tu yang nak bagi kat jiran sebelah rumah.

resepi? memang nak tepek kat sini pun buat ingatan. husben kata next time boleh try dengan ayam pulak. kalau tak ingat, habis la kan. ini resepi untuk sekilo daging. memang macam yang si tukang masak tu buat la.

Bahan-bahan

1kg daging (aku rebus dulu)
2 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
5 batang serai
10 biji cili padi (ikut suka la. nak pedas tambah lagi)
3cm halia
250ml kicap bersamaan dengan 1 cawan (ni pun ikut suka la kan)
limau purut (hiris halus-halus)
air

Cara-cara

1. blend semua bahan yang boleh blend kecuali kicap dengan limau purut.
2. tumis la kesemuanya sampai naik bau ataupun dah agak-agak garing sikit. lepas tu masukkan kicap.
3. dah masukkan kicap, masukkan la daging pulak.
4. kalau nak berkuah, tambah la air. kalau tak, masak je la kering macam tu je. aku buat berkuah sikit. tak payah letak garam ke apa ke. itu kata resepi. tapi aku letak garam sikit nak imbangkan dengan rasa manis kicap.
5. last sekali tabur la limau purut. aku masukkan masa tengah kacau tu. so baunya naik lebih sikit. wangi. hehehe... daun limau pun ambik jiran punya. jimat-jimat!!! ngeee...
6. dah siap. boleh hidangkan dan makan. cicah dengan roti pun sedap.


senang kan? memang sempoi la. tak payah sakit-sakit kepala nak fikir macam mana nak masak. campak-campak je pun dah siap. ulalala... sedap!!! tapi yang penting kena masak dengan kasih sayang. kadang-kadang bila feel tu tak ada, masak benda-benda simple pun jadik kureng kick sikit. betul tak?






my foot: kamu dan kamu yang dropped komen boleh tak bagi link blog? sebab ada yang ke google plus. dengan broadband yang sengal-sengal alam ni sampai besok pagi pun dia loading google plus tu tak keluar apa-apa. adehhh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 comments:

  1. haru biru bunyinya..hahaha..

    hish..kicap dah la mahal skang.. dia guna 10 ekor ayam gamaknya...

    ReplyDelete
  2. ini kegemaran saya. tapi xkan masak sebab nanti tak boleh kontrol makan....godaan

    ReplyDelete
  3. yg campak-campak tu yg sedapnya..hhee

    ReplyDelete
  4. wah sedap nih...mesti cube

    ReplyDelete
  5. memg maut daging nih...hehehe

    ReplyDelete
  6. Peh! Masak-masak daging ni mmg le kegemaran sy. Eh, silap. Bukan masak-masak tapi makan-makan. Bwahahahah!

    ReplyDelete
  7. saya kalau masak tak ikut resepi,..ikut citarasa saya n hubby,..sbb kita yg nak maakan kan.hihi..tapi nampak mmg hitam memikat...err,..rajin masak yer,..saya rajin kumpul resepi jer,..sampai hubby dok kata,..buku resepi dah bertimbun,..masak dok jugak..hihihi

    ReplyDelete
  8. saya kalau masak tak ikut resepi,..ikut citarasa saya n hubby,..sbb kita yg nak maakan kan.hihi..tapi nampak mmg hitam memikat...err,..rajin masak yer,..saya rajin kumpul resepi jer,..sampai hubby dok kata,..buku resepi dah bertimbun,..masak dok jugak..hihihi

    ReplyDelete
  9. Jenjalan kt sini..wahh bestnyer...:-)

    ReplyDelete
  10. ambil resepi kat mana2 mmg kena adjust2 ikut tekak kan., daun limau purut n serai tu buat rasa lauk tu menarik! baru bayangkan dah kecusss...hik3,.

    ReplyDelete
  11. takyah publish ye komen yg ni..
    ttg vita c..alaa...xpe, belum ade rezki sy.. lgpun sy pun baru nak start..so mmg sale x memuaskan.,hik3...sy paham... :)
    psst...sy mmg bg harga dealler skg ni..baru nak test market.. ;)

    ReplyDelete
  12. nama daging ni mengancam sungguh,

    ReplyDelete
  13. xleh mkn sbb bpantang so xnk komen.. muahhahah

    ReplyDelete
  14. done nokia n nestle world walking day

    ReplyDelete
  15. macam macam nama resepi dia ni. haha

    ReplyDelete
  16. ni namanya derhaka ngan resepi!

    ReplyDelete
  17. masak campak2 pun xpe yg penting sedap & suami suka..

    ReplyDelete
  18. mmg maut tuh. hehe. tak suke jugak id profile yg kuar google tu. susah nak bw balik kan. huhu.

    ReplyDelete
  19. nama resepi dia mengancam dan terancam rasanya..heheheeee..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign