Fresh from the owner...

01 October 2012

Cerita semalam dan header baru.

cuma tukar header je. amacam? cantik tak header baru aku. nanti nak tukar rupa blog la. nak kasi simple sesimple-simplenya. mungkin jugak nak tukar ke WP. tapi sebelum tu kena buat bloglist so tak ada la nama-nama kamu dan kamu yang tercicir kan? adehhh... nak BW pun susah sekarang memandangkan tempoh expired broadband ni dah nak sampai ke penghujungnya. tak expired pun dah lembap jugak. ada plan nak tukar ke YES. tapi husben pulak terlupa nak tanyakan orang kedai tu area tempat tinggal aku ni signalnya okay ke?

masih jugak dalam proses nak biasakan hidup sendiri ni sebab everything aku yang handle sendiri kan?! tak ada bantuan lain. ada sikit-sikit la bab kejar-kejar masa ni sebab bila dah keluar beli barang tu ambik masa berjam-jam. siap cuci mata lagi. habis tu nak buat macam mana? dengan Alya yang kejap demam kejap tak ni. dah dua hari abahnya tak kerja sebab dia tak bagi abahnya tu kerja. hahaha... nasib baik jugak sabtu ahad tu dikira OT je. bukan working days.

dan semalam jugak pergi tengok tadika tempat aku nak Alya dengan Anis masuk next year. cantik tadikanya. dekat jugak dengan rumah walaupun bila aku cakap dengan jiran dia cakap jauhnya hantar. walaupun ada je tadika yang berdekatan dengan rumah dan yang selorong pun ada tapi kami cuba la bagi yang terbaik untuk dia orang. ada computer learning. satu komputer dua orang. rumah yang dia orang gunakan pun berhias cantik. yang aku pilih ni cawangan je. dia ada 3-4 cawangan jugak.

tapi yang kelakarnya area taman tu, kami dok pusing la cari jalan. ingatkan macam taman-taman biasa yang lain. rupanya jalan kat taman ni pelik sikit. bila jumpa je jalan yang kami cari tu, masuk je, nampak jalan mati. adehhh... cuma nampak bahagian belakang sekolah je la. husben siap cakap: "Boleh pulak ada jalan mati kat sini. Macam mana taman ni? Pelik." huhuhu...

Alya dengan Anis macam suka je tengok sekolah dia orang. hari ni nak tanya cikgu-cikgu kat situ kot. hari tu dah called tanyakan kekosongan. dia orang suggest datang ke situ la untuk tahu lebih lanjut. tengok la nanti macam mana kan? (^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. Cantik header baru tu. :)

    ReplyDelete
  2. alahaiii cantiknye header tu, tempah kat mana ?

    ReplyDelete
  3. cantik header baru..bahagia jer...sapa buat..buat sendiri ker

    ReplyDelete
  4. cantik header baru

    moga alya dan anis sesuai kat situ nanti

    ReplyDelete
  5. cantik header, nampak ceria sangat ngan kaler2 cam tu, wat sendiri ke beb?

    ReplyDelete
  6. Salam Sal,

    Header baru yea
    look simple n nice, tak serabut, sedap mata memandang.. okey la tu...

    ReplyDelete
  7. buat sendiri ke? comel lah..hehe..

    kesian alya..semoga cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  8. Hahah pelik juga xde map ke kat taman tu?
    Wahh cantiknya Header 3A tu ;D
    buat sendiri ke?

    ReplyDelete
  9. cantik header tu kak, ceria & simple, qema juga xbertukar2 header tu hihi

    ReplyDelete
  10. header baru comel la hehe

    qalief dh ok sikit demam dia...skang ni tunggu ujian drh jer lg kak

    ReplyDelete
  11. wah..cantik jeader..
    lya pon nk cari masa nk renovate blog..tp xde masa lagi..

    btl tu..sebolehnyer kt nk berikan pdidikan y tbaek buat anak kan..biar seoring dunia sekarang & akhirat,

    ReplyDelete
  12. Memang cantik header tue....sweet sangat2...

    ReplyDelete
  13. header baru tu cantik.. comel je...

    saya pulak yg teruja baca pasal tadika.. terbayang2 je.. hihi

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign