Fresh from the owner...

04 October 2012

BW dan cerita hari ini.

line memang tenat habis sebab esok dah nak expired pukul 5 petang. husben pulak tak jumpa lagi tempat nak tanyakan pasal YES tu. kalau tak kena topup lagi la. aku plan nak guna YES billing je. boleh tengok youtube. bagi budak-budak ni tengok cerita ke sebabnya kat rumah ni tak ada tv lagi. sedih? entahlah. hahaha... aku lebih kesiankan budak-budak ni je. especially Alya. sebab dia suka tengok tv kan. Anis tu biasa-biasa je. kalau guna prepaid cepat sikit bandwithnya sampai limit. aku ada tv ke tak ada tv okay-okay je. kalau ada tengok. tak ada, tak tengok. layan internet je la.

still ada yang aku tak semat nak balas jejak. minta maaf banyak-banyak. selain line, laptop ni cepat sangat jammed. entah bila la baru aku boleh hantar pergi service. terima kasih pada yang sudi datang ziarah. sayang kamu dan kamu. nanti aku balas bila line dah okay ye. harap ada la yang memahami. (^_^)

cerita hari ni? nak cerita apa? tak ada cerita la. ngeee... setakat rutin biasa bila husben shift malam. dia akan sampai rumah lebih kurang pukul 10 pagi. tapi hari ni awal sikit sebab dia speeding. nak elak hujan katanya. sampai rumah je hujan. tapi hujan pun kejap je. husben aku ni manja sikit. dia tak boleh kena hujan sangat. sebenarnya tak boleh kena hujan kat kepala. kalau tak mesti demam dengan sakit kepala. entah paten siapa la dia ambik. aku pun tak tahu. mujur la anak-anak ikut gen aku. okay je bila kena hujan. alhamdulillah. 

petang semalam dia dah pesan mintak masakkan jemput pisang. biasa dia balik pagi tu dia makan kat rumah. kalau sebelum aku duduk sini, dia balik dia akan singgah kedai makan dulu. kecuali kalau dia penat sangat baru la dia balik dan terus tidur je. petang baru la dia keluar makan tengahari terus. tapi sebab dia kena consume ubat sebelum dan selepas makan ni, makan dia kena teratur sikit la. aku kadang-kadang terlupa nak ingatkan dia makan ubat sebelum dengan selepas tu. ada jugak la dia bebel. tanggungjawab aku untuk pastikan dia makan ubat. adehhh... lupa la yang. nak buat macam mana. jadi pagi tadi masak jemput pisang je. lepas tu tidurkan anak-anak kejap dan kemudian sambung masak tengahari.

nak masak tengahari pulak bahan tak cukup. nak kejutkan husben tak sampai hati sebab dia tidur sedap sangat. menunggu la sampai dia sedar sendiri bila dia dengar anak-anak menangis. hehehe... Alya la meragam sikit bangun tengahari tadi. peha dia yang lebam akibat main scooter tu tak baik-baik lagi, jadi jalan pun berdengkot-dengkot la sikit. kesian tu kesian jugak. tapi malas nak manjakan sangat. sebenarnya penat nak turun naik tangga. aku dah turun bawah bawak Azfar baru dia bangun. bab-bab naik tangga la penat yang oiii... 

menu hari ni kurma ayam, sayur campur sesedap rasa, ayam goreng as requested dengan ikan goreng. ada sambal belacan jugak. alhamdulillah. kenyang sangat. husben kata 'terbaik'!!! buat susah-susah je puji saya. muahaha... sebab sebelum makan tadi dia kata kentang tu macam tak empuk betul je. bila aku tengok dia makan aku tanya la. dia cakap sedap. kentang pun empuk je. hehehe... kamu dan kamu makan apa hari ni?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Tapi bgus juga tak tgk TV, takut dia terpengaruh dgn bnda yg tak elok.. Kalau nk tgk TV knelah tgk sama2 supaya boleh awasi dia kan? ^^
    rumah saya ada TV pun jarang buka..
    kt internet dh boleh tgk macam2 kalau nk tgk drama tu semua ;D

    ReplyDelete
  2. hehehe,laptop saya pun buat perangai juga ,slow~

    belum makan lagi ni,sarapan dengan blog je dulu..hahaha.

    ReplyDelete
  3. br lepas makan nasi lemak...

    ReplyDelete
  4. IT saya buat perangai jugak..dia pegi letak proxy kat firefox.. blog semua tak boleh masuk melainkan yg address dot com..nyampahh..

    berbunga hati kalau husband puji masak sedap kan..hehehe..

    ReplyDelete
  5. kl saya plak kl xde tv, jenuhla.. sb saya plak xde tenet kat umah... skrg ni dh ada tenet tp laptop plak kena virus... dh xleh buka tenet... tu yg dh jarang bw jugak... kl bw pun setakat bc ajela..nk komen x dpt...

    p.s: ni pun guna lappy SIL... sementara tgh berpantang...

    ReplyDelete
  6. patutlah lame tak nmpk timbul di blog. hehe.

    ReplyDelete
  7. xboleh xder tv n xboleh nk on9 muahahahhaa

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign