Fresh from the owner...

02 October 2012

Bukan header buatan sendiri.

semalam cuma ada satu entri je. malas nak on laptop kalau dekat-dekat nak sampai expire date ni. line memang tak boleh tahan la nak menunggu. dalam pada tu on jugak. tinggal blog lama-lama pun sayang jugak. adehhh... lagi satu malas nak angkut laptop turun naik tangga. penat. selalunya aku lepak tingkat bawah je sebab sejuk sikit kecuali kalau nak bawak anak-anak tidur baru naik tingkat atas. bukan tak boleh nak tidur kat bawah pun sebab working days BIL aku of course la kerja kan. cuma kesiankan abahnya je. kalau dok lepak bawah lama-lama, husben nak tidur pun tak senang. anak-anak kacau. mengadu la, memanjat la. seribu satu kerenah.

ramai jugak ye yang puji header baru aku tu cantik. hehehe... terima kasih ye. ada jugak yang tanya buat sendiri ke? aku tak pandai buat doodle. kalau la tangan aku ni berseni, mahu jugak aku buat header dengan doodle aku sendiri. yang aku mampu. tempah je. muahaha... aku suka tengok si dia ni lukis doodle. jadik aku tanya la dia berapa harga header untuk tiga ke lima orang. dia kata dia ambik dalam RM20. jadik aku mintak dia buatkan header untuk aku. idea dia semua tu. aku cuma mintak tiga orang doodle budak-budak je. idea tu dia la yang cari. kemudian dia draft dan akan hantar kat kita untuk tengok okay ke tak. kalau ada idea sendiri pun just bagitahu je la. tapi aku ni malas nak fikir. hahaha...

bila draft sampai, aku rasa okay dan dia proceed untuk coloring. dah siap semuanya itu la yang ada sekarang ni kat blog aku. kalau kamu dan kamu nak try ada header yang ada doodle buatan si dia ni boleh la tanya dia sendiri kat facebook Istana Cinta. kalau tak boleh je jengah blog dia kat sini Istana Cinta jugak. siapa-siapa yang suka doodle mesti kenal jugak dengan dia ni kot. followers dia dah cecah 2k. kalau nak berubah angin tu boleh la direct pm dia. dia layan baik insyaAllah sebab dengan aku dia okay je. dan aku suka hasil kerja dia. selalunya aku suka dengan hasil kerja semua orang sebab aku ni tak cerewet pun. bila mata pandang nice je, okay la tu.





my foot: masih terkejar-kejar nak BW.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. Cute doodle....header pun menarik...

    ReplyDelete
  2. cantik header..memg kretip..hehehe

    ReplyDelete
  3. cantik... suka nk ke sana pulak :)

    ReplyDelete
  4. penah singgah blog istana cinta...cantik dia buat kan hehe

    ReplyDelete
  5. Owh yker.. igtkan buat sendiri
    lawa juga doodle yg dia lukis tu ^^

    ReplyDelete
  6. suka juga dengan animasi kartun ni

    ReplyDelete
  7. tu la akak rasa cam lain je dah blog ni...tukar wajah rupanya..

    ReplyDelete
  8. ctk..lain dari yg lain..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign