Fresh from the owner...

10 October 2012

Budak dua beradik.


budak dua beradik ni kadnag-kadang kau perhatikan ada je aktiviti semasa dia orang. tak pernah duduk diam. mengukas macam anak kucing. Anis la paling extreme. kalau dia bangun tidur lambat around 8 ke 9 am, dia takkan tidur siang. kebiasaannya macam tu la. sejak duduk kat sini la kan. Azfar memang wajib tidur walaupun sekali sehari. kalau dia bangun awal, dia tidur dua kali. kalau tak sekali je la. kat kampung ada buaian. tak bawak balik lagi ke sini. tapi dia tidur kat sini pun tak ada masalah.

kerja Anis ni makan je. pantang nampak orang makan dia mesti nak makan. tak ada masalah makan. alhamdulillah. Azfar pun sama je. cuma yang ada masalah makan, Alya la. itu pun sejak demam urat ni dia makan banyak jugak la. kena paksa makan kan. kalau tak hantar ke hospital. hahaha... dan alhamdulillah, sepanajng duduk kat sini budak dua beradik ni okay-okay je. tak demam dan tak jugak selesema. kalau kat kampung kejap-kejap selesema. kejap-kejap demam. dia orang serasi kat sini. lagi pulak the father is here kan. lain la sikit suasana dan keadaannya.

masa Alya sakit, budak dua beradik ni memang aktif la mengusik kakak dia orang. geram je ibunya ni menengokkan gelagat dia orang. Anis? cara dia meyakat si kakak tu sama ada dia ajuk suara menangis kakak dia tu or dia ambik barang mainan. kadang-kadang dia saja datang dekat. lepas cuit dia lari la. lepas tu dia datang semula. memang itu je la kerjanya. kuat menjawab sekarang ni. sepatah kita cakap, berpuluh-puluh patah dia balas. adehhh...

Azfar? mamat kecik ni lagi la. barang orang barang dia la. barang dia tak nak main pun kadang-kadang tu. tapi kalau orang lain main, nanti dia menangis la nakkan barang tu jugak. huhuhu... yang ni extreme sikit. masa Alya demam, dia datang ambik kain basah atas kepala si kakak. kalau tak pun sibuk nak duduk atas badan la, peha la. last sekali yang dia buat, dipukulnya si kakak tu kemudian dia pergi kat Anis. dia pujuk la Kak Ngahnya tu: "Dah... Dah. Nyap (senyap -diam la maksudnya tu)." konon macam Kak Long dia pukul Kak Ngah, jadik dia datang defend. padahal tak ada apa pun. saja dia je.

lepas tu mula la dengar yang ni menangis bagai. ibu jugak la pening kepala sebab abah usually surrender awal-awal lagi. nak tak nak ibu la yang kene settle kan semua. hmmm... nak buat macam mana? dah memang ibu je biasa dengan karenah anak-anak. layankan je la. T_T 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 comments:

  1. mai ambil iktibar kisah kat cni..tabahnya jg anak2 yer..hihihi...kena byk sabar...adeh...

    ReplyDelete
  2. hehehe..abah sentiasa awal lagi surender.. eza baru sorg boleh la papa dia nak layan lagi... hehehe.. kadang2 hilang sabar gak.. adi hakimi suka mengusik mama ng papa dia... haishh kecik2 lagi tu da pandai kan.. anak2 skang..kikiki

    ReplyDelete
  3. Aktif derang ni... Terhibur hati kan tgk gelagat anak2 bermain.

    ReplyDelete
  4. lama tak dengar orang cakap mengukas.. saya biasa dengar orang johor je guna mengukas ni.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. macam tulah kak..gaduh adik beradik..kejap baik kejapp adalah yg menangisnya

    ReplyDelete
  6. ekekke budak2 dikk
    kalau mesra ... mesra sgt .. kalau gaduhhh , naik pecah rumah ekke ;)

    ReplyDelete
  7. esok lusa mewarisi akak la ni. mau terbalik kepala kita. hahaaa. adli kuat menyakat. esok2 adik dia keluar xtaula acaner gaya.

    ReplyDelete
  8. alisha pun kalu dia menagis.. sy lah yg dia cari... abah pujuk tak jalan..

    ReplyDelete
  9. Mcm2 ekk pe'el anak2 :-)
    Bikin kita pening!
    Sama le kita, pe2 kes, aida jadi tukang settle. Ayah diorang surrender, tak moh layan hu hu hu... :-)

    ReplyDelete
  10. kerenah anak mmg macam2kan kak.. tp itu la yg menyerikan dunia kite.. :)

    ReplyDelete
  11. tapi KA paling suka budak2 kecik mcm ni !

    ReplyDelete
  12. macam2 kerenah anak2 ye sal, inilah yang kita rindu2kan bila diorg dh besar

    ReplyDelete
  13. Itulah kan kak, anak2 penawar menceriakan keadaan, kalau xde diaorang sekejap pun dah rasa sunyi:)

    ReplyDelete
  14. karenah anak2...mcm2 kan kak, anak saya nnt camner lak karenahnye...hehehe...

    ReplyDelete
  15. kuat menyakat tu yg xtahan. dpt pula yg disakat tu cengeng. kerja nk touching ja. letih jgk nk mengawal. but... ianya satu terapi utk yg brgelar ibu.

    ReplyDelete
  16. qalief klu nangis dia xkisah pon saper pujuk hahaha...tp nk tido mlm wani jg la yg dicari...akak anak 3 kan mesti byk kerenah anak2 wani ni sorg pun bleh tahan juga la ngeeeee

    ReplyDelete
  17. bestnya baca telatah budak2 comel ni....

    :D

    ReplyDelete
  18. Oo..dah pindah ye. Lama tak jengah sini, x tau update..hiihi..sori ye.

    Hahaha..bapa mmg selalu surrender. Mak2 je larat nak layan anak2 yg mcm2 ragam.. :p

    ReplyDelete
  19. biasa mmg bapak pasti akan sureender bab2 pujuk ni..mak la jugak..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign