Fresh from the owner...

05 September 2012

Tarikh ini... tiga tahun yang lalu.

istimewa untuk NUR ANIS INSYIRAH.



tarikh ini tiga tahun yang lalu, ibu abah sambut kedatangan orang baru. yang sudah kami tahu jantinanya awal-awal lagi. yang kami harapkan akan jadi kawan baik dengan Kak Longnya sebab kelahiran kamu berdua jaraknya cuma setahun saja. ada masa baik bukan main lagi kamu. dan ada masanya bergaduh tak hingat. pening kejap ibu. kalau dengan abah apatah lagi. abah surrender sikit kalau anak-anak bergaduh sakan ni.

kelahiran kamu kalu ikut due sepatutnya bulan Oktober ketika Syawal masih diraikan. tarikhnya tidak lari sama ada scanned di swasta or ikut perkiraan doc kerajaan sendiri. memang ibu harap sangat la kamu lahir selepas puasa. tak ada la tengok je orang makan macam-macam tapi ibu tak dapat makan. tapi perancangan Allah itu lebih hebat. ibu dengan abah harap je lahir lepas puasa tapi kami dah bersedia in case kamu nak keluar jugak waktu ramadhan tu.

membawa kamu selama lapan bulan memang tak ada masalah. makan pun okay je. tak ada alahan. alhamdulillah. sebab tu la berat naik bukan main lagi. tambahan pulak malam-malam makan. last-last terlebih kilo. kena minum air gula dan kena diet sebab ada suspek diabetes during pregnancy. patutnya masa check hb nurse tak bagi puasa. tapi husben kata puasa je la. semua tu Allah tentukan. memang puasa tak turunkan langsung hb. maksudnya, awal pagi 4 lebih, tengahari 5, petang 4 lebih dan malamnya pun 4 lebih jugak. memang tak ada mudarat. kena ambik hb pun dua minggu sekali. sesekali teringat seronok jugak.

cumanya kalau ada diabetes masa mengandung, kalau nak bersalin kena on time. awal pun tak apa. tak boleh lebih macam orang lain yang tak ada diabetes. kalau tak nanti dia paksa. kebetulan pulak masa mengandungkan Kak Ngah musim durian. meamng makan durian tak ingat sampai husben kena pantau berapa banyak boleh makan. hahaha... itu la akibatnya jugak. mencanak-canak berat naik. tapi tak apa. Kak Ngah tetap sihat. bersalinkan Kak Ngah masa tu baru dua minggu je umat Islam ni berpuasa. memang tak sempat nak habiskan. tengahari sabtu tu dah rasa lain macam tapi buat tak tahu je lagi.

lepas tidurkan Kak Long dan ibu tertidur sekali tiba-tiba dengar bunyi 'pop' macam ada benda pecah. bangun ke bilik air dan boleh agak apa bendanya. air ketuban pecah. kejutkan abah. siapkan semua barang dan tinggalkan Kak long dengan Ibu Ngah. sampai hospital checked baru buka 2cm. masukkan air sebab ibu asalnya puasa kan?! bawak ke Kuantan lebih kurang pukul 6 lebih sebab kena tunggu ambulans. kat pekan tak ada pakar kanak-kanak. sebab tu kena hantar ke Kuantan. sampai Kuantan, doc checked dan tunggu lagi sampai waktu berbuka. kesian abah. berbuka seadanya. ibu pun cuma minum air zamzam je seteguk sebab nurse tak bagi minum banyak. itu je la buat bekal nanti.

masuk labour room, kena tunggu lagi. sebab doc datang bagitahu pakar akan datang tengok. dia orang nak hold kelahairan baby tak nak bagi lahir awal sebab time ni paru-paru tak matang lagi. dari pukul 7.30 menunggu sampai la pukul 9 tapi doc pakarnya tak datang-datang lagi. sakit dah makin kerap. even nurse yang jaga ibu tu pun cakap, kalau perut terasa panas, biasanya akan bersalin jugak hari tu. doc yang datang sebelumnya ada bagitahu nak masukkan ubat untuk hold kelahiran kak Ngah. kesan-kesan ubat pun dia dah bagitahu. akan tingkatkan denyutan jantung so dalam tempoh 24 hours dia orang kena pantau keadaan ibu. tapi kalau dah sejam lebih tak datang jugak lagi nak masuk ubat macam mana. nak tunggu pun tak boleh nak tunggu lagi. Kak Ngah lahir jugak tepat jam 2121 bersamaan dengan 15 Ramadhan.

dan empat hari jugak la Kak Ngah duduk kat NICU sebab nak checked paras gula dalam darah semua. in case ada apa-apa senang dia orang nak buat rawatan susulan. dalam pada tu Kak Long ada jugak abah bawak datang melawat. masa tu jugak la kecoh dengan H1N1. pemantauan memang kena lebih especially pada baby premature yang lahirnya dengan berat 2.3kg. dah bawak balik rumah, Kak Ngah kena jaundice. masuk hospital dengan bacaan yang tinggi. 320 plus plus sebab nurse yang datang sebelum tu cakap macam ada jaundice tapi tak suruh pulak pergi hospital. nurse lain datang dua hari kemudian terus suruh bawak ke hospital untuk checked. masuk untuk tiga hari. usia Kak Ngah dalam 15 hari kita balik beraya kat Terengganu dan habiskan pantang kat sana.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 comments:

  1. happy besday nur anis insyirah..(cantik nama)...pengalaman yg hebat..suka baca

    ReplyDelete
  2. kad raya dah sampai..tq..yer..nnt bt entry

    ReplyDelete
  3. Happy birthday Nur Anis Insyirah.

    Semoga menjadi anak yang cerdik lagi solehah. :)

    ReplyDelete
  4. happy birthday buat kak ngah......

    ReplyDelete
  5. melahirkn mmg satu kenangan terindah dlm hidup kita kn...:-)

    ReplyDelete
  6. akak kene tag.:')

    http://idupseorangnoyis.blogspot.com/2012/09/koleksi-terbaru-kznabihah-butik.html

    ReplyDelete
  7. Kak Ngah lahir tak cukup bulan ke? Alhamdulillah selamat dan sihat sampai skrg kan?

    ReplyDelete
  8. pengalaman lain2 kan bersalin ni...heppy besday utk kak ngah :)

    ReplyDelete
  9. 300 lbh.. tggi tu jaundis...

    sy dulu time alisha, tanda dia kuar darah...

    ReplyDelete
  10. appy birthday anis insyirah..cantik nama dia

    ReplyDelete
  11. Happy belated birthday sayang..
    Moga kamu menjadi anak yg solehah..
    HambaNYA yg taat..
    Manusia berguna dunia akhirat..
    Amin!!!! ;D

    ReplyDelete
  12. kenangan yang terindah saat mengandung hingga melahirkan..selamat hari lahir kak ngah

    ReplyDelete
  13. kenangan yang terindah saat mengandung hingga melahirkan..selamat hari lahir kak ngah

    ReplyDelete
  14. comelnyaa Nur Anis Insyirah...
    Happy belated besday dr aunty!

    ReplyDelete
  15. amboihhhh. posing dgn mulut skali befday girl tu. hee.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign