Fresh from the owner...

24 September 2012

Stress pun boleh sebabkan diabetes.


macam mana? entah. aku pun tak tahu. husben la yang cakap hari tu. aku pun tak tanya la pulak macam mana stress tu boleh sebabkan diabetes. mungkin cara pemakanan jadik tak betul kot. anak-anak ni sejak duduk sini ada macam-macam ragam. tapi yang pastinya ada satu ragam yang buatkan kepala abah dia orang pening. memang dia jadik tension la bila anak-anak buat perangai macam tu. Kak Long dengan Kak Ngah je. Azfar paling steady dan paling okay.

husben pun tak dapat nak adapt lagi dengan suasana dan keadaan anak-anak dia yang dua orang tu. memang meragam la. aku pun tak tahu nak kesian dekat siapa. sebelum ni kan husben duduk sini sorang dia je. anak-anak dengana ku. jadik aku dah biasa sangat dengan perangai dia orang tu. bila balik sini, dia orang buat macam dia orang buat kat aku la. aku dah kebal tak apa la. husben ni tak. geram je aku tengok dia melayan budak berdua tu. hahaha...

mana taknya, kejap-kejap menangis. entah apa yang dia orang nak pun aku tak tahu. tapi kalau dengan aku okay je. bila abah dia orang ada kat rumah tu dia orang macam nak perhatian lebih. dan husben pulak meamng cuba bagi perhatian ikut kempampuan dia. kadang-kadang terlebih. tapi anak-anak dah lama tak spend masa dengan abahnya memang jadik macam tu kot. meragam je memanjang. bila yang ni menangis tak tahu apa hendaknya yang sorang lagi pun buat perangai jugak bila dia bercakap dan abahnya tak bagi perhatian.

mana taknya, dia bercakap time abahnya jugak tengah bercakap or tengah dengar orang lain cakap. bila jadik macam tu meragam la dia orang berdua tu. sampai abahnya ada cakap naik stress dia dibuatnya. doc ada cakap masa dia buat checked up. kata doc, stress pun boleh akibatkan diabetes. adehhh... aku kesiankan husben sebab dia penat-penat balik kerja pun dia cuba layan anak-anak. kalau dia kerja malam dan balik paginya memang dia nak tidur la jugak sekejap tapi kalau dah anak-anak buat hal, nak tidur pun tak boleh. lagi la stress. anak-anak pulak tak nak dengan aku. dia nak dengan abah je. habis tu nak buat macam mana?

aku kesian kat dia orang tapi aku pun tak boleh nak buat apa jugak. sabar je la ye Ney. nanti-nanti okay la dia orang. macam mana nak tambah baru kalau yang sedia ada ni je buat abah pening. muahaha... (^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Alahai kesiannya dia melayan kerenah anak2nya ^^
    tapi dalam masa tertentu mesti dia seronok jga melihat kerenah anaknya ;D
    ayah mana yg tak sygkan anak kan? ^^

    ReplyDelete
  2. sabarnya ibu, tak mampu setanding bapa!

    ReplyDelete
  3. hubby memang kena banyak sabar kan , nak2 kalau x selalu spend time ngan mereka .. sesekali manjalahh ;)

    ReplyDelete
  4. salam sis.stress pun leh diabetic ea.ok...jom kita tarik nafas...lepas...cool down..hee..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign