Fresh from the owner...

19 September 2012

Spagetti goreng.


masakan dua minggu lepas. my niece bawak balik spagetti. spagetti saja tanpa sosnya. sekolah dia ada jamuan raya dan ada buat spagetti. tapi tu la. bawak balik spagetti nak buat apa kalau sosnya tak ada? bukannya budak-budak kat rumah ni makan pun. aku nak buat sos? malas der. hahaha... sebenarnya belum pernah buat sos bolognese sendiri. setakat beli yang dalam botol dengan tin tu ada la. belum teringin nak buat lagi. dah duduk rumah sendiri ni boleh la cuba resepi-resipi yang ada. wah... cooking plan pun dah ada ye!!! (*_*)

nak jadikan cerita, my sis pun malas nak masak the next day. dia suruh beli kuih je buat sarapan pagi anak-anak dia. tapi masalahnya kuih pulak tak ada banyak. ada sepesen dua je. aku pun beli la sikit-sikit je. buat syarat. tak teringat pulak nak beli roti. balik rumah perut bukan nak makan kuih pun. budak-budak je la makan. aku makan jugak kuih tapi kuih yang aku beli tu aku tak berapa berkenan nak makan. dah tak ada kuih kat kedai, nak buat macam mana.

terpaksa jugak la bukak fridge tengok apa yang ada. nampak ada spagetti tu tapi macam tak tahu nak buat apa. last-last hentam saja la. goreng je macam goreng mee. muahaha... ala, kita yang masak dia dan kita jugak yang makan. bukan mati keracunan pun kalau makan spagetti goreng. sedap jugak apa. my sis kata lagi sedap daripada mee batang aka mee lidi. Azfar makan banyak. 

jadik jangan takut la nak try resepi apa-apa pun daripada western food ni. janji diterima tekak dengan jayanya. kalau tekak sendiri tak boleh terima, memang tak sedap la benda tu. kecuali la kalau tak makan benda-benda pelik ni kan. aku on je. (◕‿◕)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. betoi tu kak.. sy siap buat mee sup trg lg guna spageti ni.. heheh

    ReplyDelete
  2. spaghetti goreng pun sedappppp

    ReplyDelete
  3. Sedapnya...walaupun nampak simple...

    ReplyDelete
  4. buat grg macam nie pun sedap kan dik ;)janji anak2 suke ;)

    ReplyDelete
  5. Salam pagi,
    Kalau saya duduk rumah sorang xde sapa, saya pun goreng spageti jugak tapi ngan cili padi n ikan bilis..kaw kaw pedas punya hehe

    ReplyDelete
  6. menu omputih di melayukan... sedap juga

    ReplyDelete
  7. a'a wani pun sama klu malas nk buat sos spageti wani goreng jer muahaha...dh banyak kali juga wani buat spageti goreng ni hehe

    ReplyDelete
  8. sedapnya spaggeti.. lama x makan..

    ReplyDelete
  9. wahh spaghetti goreng xD
    xpernah lgi cuba.. nk try jgak lah nnti ;D

    ReplyDelete
  10. Biasa buat ni. Spagetti goreng mmg sedap. Saya lagi suka drpd mee kuning yg rasa kapur tu.

    ReplyDelete
  11. ada juga yg buat spegetti sup. mcm mee kuning mkn dgn sup tu. lbh sedap rasanya. spagetti ni kategori mee gak la... nnt mahu cuba jugala.

    ReplyDelete
  12. dh pernah try goreng jgk aritu..mmg sedap..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign