Fresh from the owner...

12 September 2012

It' time for your check-up!!! Lagu Doc McStuffin la pulak.



hari ni nak bawak Azfar jumpa pakar. appointment dia dekat sini je. macam yang nurse tu cakap la, seakrang ni dah okay sikit sebab pakar akan datang ke hospital setiap hari Rabu. sebarang appointment pun hari rabu. tak payah susah-susah nak pergi Kuantan semata-mata nak jumpa pakar. kalau orang tu berkemampuan okay la lagi kan. kalau jenis yang tak ada duit dengan kenderaan? kenderaan boleh guna ambulans je. tapi nak kena ada duit jugak, betul tak?

sebelum ni aku bawak Kak Ngah untuk refer pada pakar. tapi Kak Ngah dah discaj pun. dah lama. last sekali tahun 2010 kot. kes Kak Ngah sebab dia kena pneumonia. memang penat nak berulang-alik. nasib baik jugak la appointmentnya cuma 3 bulan lepas tu 6 bulan. dah okay, discaj la.

Azfar pun masa admitted hari tu pun sebab pneumonia jugak. tapi tak ada la teruk pun. tapi sebab dia ada kes sebelum ni kan. tapi kali ni bukan refer sebab pneumonia ke apa tapi nak tengok result darah dia. doc kata ada yang tak kena dengan sel darah merah dia. hopefully tak ada apa-apa la kot. insyaAllah. doakan yang terbaik untuk dia ye!!!

petang pulak nak bawak budak-budak bertiga ni monthly check-up. check-up terakhir kat klinik sini. lepas ni apa-apa hal kena buat di Johor la. tempat aku monthly check-up masa pregnantkan Kak Long. just klinik desa je. tak tahu la kalau tempat tu dah makin besar. sebelum ni kecik je. memang kalau mak-mak datang check-up penuh sebab ada anak-anak jugak. adehhh...





my foot: masih berusaha balas jejak sebabnya sekarang ni laptop pulak buat hal. kerap pulak hang. leceh...!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. harap2 xda pe2 lah kak... moga semuanya ok...

    ReplyDelete
  2. hero kecik akak dulu pun penah seminggu kat wad, gara2 pneumonia. syukur sekrg dia dah ok

    ReplyDelete
  3. pakai laytop memang leceh hihihi

    ReplyDelete
  4. pasti merindui di sini nantikan

    ReplyDelete
  5. Insyaallah kak..semoga semuanya baik2 jer :)

    ReplyDelete
  6. insyaallah semuanya ok..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign