Fresh from the owner...

10 September 2012

Seminggu terakhir.

tajuk dah macam cerpen la pulak. hahaha... sekarang ni tengah ada mood nak karang cerpen. dah siap dua pages kemudian berhenti. bukan tak ada idea. idea insyaAllah banyak. tapi berhadapan dengan laptop yang tak boleh nak tahan panas ni spoil the mood la. something wrong dengan kipas dia kot. sebabnya, tengah blogwalk ke tengah taip komen pun dia boleh padam sendiri. mahunya tak hangin. mati mood untuk semua benda rasanya. aku dah cakap dengan husben. dia kata nanti beli baru la. hehehe... tapi aku tak ada la mengharapkan laptop baru dalam masa terdekat ni memandangkan kami-kami ni nak masuk rumah yang tak berapa nak baru tu kan. banyak benda nak kena settle. kat situ je dah perlukan 'metropulus'.

boleh je guna cumanya kena sabar lebih sikit la. teruja ke nak pindah Johor. entahlah. kalau dah biasa duduk sesama sendiri je daripada mula mungkin la kot. pindah rumah sendiri kan? tapi sebab anak-anak dah biasa kat kampung dan kita pun dah biasa dengan suasana kampung mungkin la terasa sikit. perbezaan suasana, persekitaran semua. anak-anak kita tengok la nanti macam mana. kalau sebelum ni tempat permainan dia orang luas bukan main lagi. kali ni tak dah. kalau nak main pun kat taman permainan la. itu dia orang sangat suka. kena bawak pergi taman selalu la macam ni.

tapi yang terujanya sebab aku akan uruskan perihal rumahtangga sendiri. time management sendiri tanpa ada campur tangan orang lain. anak-anak pun akan besar ikut acuan kita sendiri. kalau tak susah sikit sebab ada datuk kan? datuk dengan cucu ni lain la pulak. kalau anak dia tangan-tangankan. tapi kalau dengan cucu ni ditimang tinggi-tinggi. adehhh... memang datuk ni kalah dengan cucu. minggu ni minggu akhir la kat sini. lepas tu balik Terengganu untuk majlis kawin my SIL dan terus balik Johor. singgah Pahang kejap la ambik barang mana yang boleh muat kereta. ikut perancangan macam tu la. tak tahu la nanti macam mana.

barang-barang dah packing? muahaha... baru siap satu beg pakaian je. beg pakain yang nak bawak balik Terengganu pun tak siap-siap lagi. belum lagi barang-barang dalam bilik. entah bila nak buat pun tak tahu la. apa daa... dah la barang banyak. macam mana nak buat last minit? kene settle minggu ni jugak sebab Jumaat dah nak balik Terengganu. ada sesiapa yang nak tolong aku packing barang? ngeee... apa yang pasti aku akan rindukan tempat ni. huhuhu...





apa ini:




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. Salam Sal ya..pasni jadi org johor la ya.Takpe semoga salya & anak2 dpt menyesuaikn diri ditempat baru

    ReplyDelete
  2. makin hampir dgn waktu utk akak satu family tggal bersama :-)

    ReplyDelete
  3. Sal mmg boleh mengarang cerpen..sbb takde gambar pun masih leh buat entry...kalo g failed skit nk bebel2 tanpa gambar...

    meh g tlg packing meh.. Jadi org johorlah plak pasni :)

    ReplyDelete
  4. selamat menjadi orang johor nanti...

    menguruskan rumah tangga sendiri mmg agak penat namun hasilnya amat memuaskan hati kita :)

    ReplyDelete
  5. Jauhnya..pindah ke johor...Selamat berpindah..

    ReplyDelete
  6. bestnya..mesti teruja kan nak pindah rumah sendiri..tapi kesian gak kat bebudak..rindu kat atuk dia nanti..

    ReplyDelete
  7. jangan buat last minute..nanti ada yg tertinggalnya..

    ReplyDelete
  8. Salam, Sal... :) lepas ni dah tak berjauhan lagi la dgn suami kan? Itu yang terpenting ye tak?

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Sal,

    Thx Kak Sal, manyak komen2 kat blog eMMe.. really apreciate it
    i'm hepi...

    singgah blog Me lagi ya..
    Have a great Monday Sis~

    ReplyDelete
  10. fuh jenuh baca ekkeke

    hurmm yg terbaik adalah pindah .. dekat lebih senang kan ;)

    ReplyDelete
  11. fuh jenuh baca ekkeke

    hurmm yg terbaik adalah pindah .. dekat lebih senang kan ;)

    ReplyDelete
  12. moga dipermudahkan semuanyer yer!

    ReplyDelete
  13. nak ikut nak ikut. boleh tak akak? :)

    ReplyDelete
  14. ooo x lama lg la ni ye kak.. x pe kak slow2 adjust ngan suasana baru.. welkam to johor.. x sempat nk taip tadi.. klu sudi bg contact no akak kt email sy ek.. ctrahani@ymail.com

    ReplyDelete
  15. I love the valuable info you supply in your posts. I like your writing style.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign