Fresh from the owner...

15 September 2012

Saya sedang mencuri masa.

insyaAllah... pagi ni akan bertolak balik ke Terengganu. husben sampai rumah pun dah maghrib semalam. dia kata penat sangat. stress bawak kereta sebab kereta tu lepas hantar servis apa entah boleh pulak semput-semput. kata husben, dia stress sebab nak potong kenderaan pun tak boleh. bawak 80km/j pun dah buat kereta tu macam nak mati. takut jadi apa-apa kat tengah jalan je. kalau jalan tu ramai orang tak apa. macam berbulan dulu masa dia nak balik kampung, tayar kereta tu pancit betul-betul dekat area yang tak ada orang berani nak berhenti. tepi hutan kiri kanan. puas dia lambai nak mintak tolong. last-last ada la hamba Allah tu berhenti. dia pak polisi ya. kejadian berlaku waktu petang. dah nak gelap. memang lagi la orang takut nak berhenti.

hamba Allah yang berhenti tu bercerita kenapa orang takut nak berhenti kat situ. sebab ada kes, this guy bawak kereta. mengantuk dan dia tidur tepi jalan kejap. last-last kena rompak dan tak ada siapa pun yang nampak apa yang terjadi. luckily dia tak diapa-apakan. okay... selamat nyawa daripada harta itu yang lebih penting. kalau sibuk nak selamatkan harta tapi nyawa tergadai buat apa kan? harta boleh cari tapi nyawa? yang satu ni pun entah bila-bila masa je akan dicabut.

alhamdulillah... barang dah siap packing. ini pun ada jugak la packing barang-barang kecik. memang tak sempat nak tengok blog pun. nak blogwalking apatah lagi. curi masa kejap pagi ni sementara nak tunggu anak-anak bangun. sambil-sambil tu boleh la taip entri sekping dua. hehehe... miss my blog already la. plan asal nak balik malam sebelum husben tukar plan balik pagi ni. satu condition kereta tu dia tak berapa pasti. secondly dia penat sangat. aku kerjanya dok punggah baju simpan. punggah lagi dan simpan. barang-barang dah packing. baju yang nak pakai pun dah siap ada dalam beg. bila tukar plan, simpan la baju siang pakai baju malam. bila tukar pulak siang kena la ambik baju yang dah simpan tu dan iron semula. adehhh...

* maaf sangat sebab tak sempat nak tinggalkan jejak. hari selasa la aku try pulun habis ek? pada yang sudi singgah tu terima kasih. pada yang dah serik singgah pun terima kasih sebab sudi jugak datang. insyaAllah... akak kujejaki mu ke mana jua... hingga akhir masa... sayang... eh, termenyanyi sudah. hikhikhik... *


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Semoga selamat sampai ke tempat yang nak dituju.. =)

    ReplyDelete
  2. ni saya singgah ni, takpe kadang2 kita tk sempat..kita update tu kadang2 utk inform kat orang yg alert dengan kita kan..yg tak alert pun takpe...may save journey ey :)

    ReplyDelete
  3. x perlah dikk
    slow2 .. akk harap semua dipermudahkan ..

    ReplyDelete
  4. Salam sal.. dah gerak ke Ganu ke? Semoga selamat dlm perjalanan.. :D

    ps: Maaf dah lama tak singgah sini dan tkasih masih selalu sudi singgah di Jemari Asmara..

    ReplyDelete
  5. dlm busy2 pun smpt update n tulis panjang2,oklah tu.hehe

    ReplyDelete
  6. kalau nak balik kampung memang busy sikit hihihi

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign