Fresh from the owner...

21 September 2012

Panggilan manja.


masing-masing ada panggilan tersendiri terhadap pasangan masing-masing kan? ada yang guna macam-macam gelaran. aku tertarik nak buat entri ni lepas tengok anak-anak muda zaman sekarang ni la. yang belajar pun tak habis lagi. yang baru form tu pun dok ber'sms' taip papa vs mama la. sudahlah dengan penggunaan perkataan yang kadang-kadang buat otak aku ni terkehel sekejap sebab macam susah je nak baca... aq for aku. cpew for siapa. macam-macam lagi la. perkataan pendek jadi panjang dan yang panjang jadik pendek. huruf k jadi q. adehhh... nasib baik la tak tulis dalam exam macam tu. kalau tak memang kertas kena tampal kat muka la jawabnya.

yang baru form 2 tu siap ada boyfriend, letak panggilan pulak 'papa'. boyfriend letak 'mama'. dalam sms pun guna ganti nama itu la. ada yang guna 'abi' dengan 'umi'. ada jugak yang letak 'Bie' dengan 'Cayang'. mak aihh... tak ke geli anak tekak bila ternampak atau terbaca. yang tak matang dan makan minum mak bapak tanggung pun dok guna panggilan manja.

yang dah kawin macam mana? ada jugak yang dah kawin still ber'awak saya' je ada yang maintan panggilan 'abang saya'. ada jugak 'abang sayang'. aku dengan husben? hehehe... ada la. panggilan tu memang susah jugak mula-mula dulu nak biasakan. sampaikan husben kata tak ada pun guna panggilan tu kat dia. tak guna jugak ganti nama untuk diri sendiri. memang seminggu jugak la nak biasakan sebab dah biasa 'saya awak' kan. tapi lama-lama tu okay je. panggilan tu aku yang tanya dia nak yang mana. dia decide tak nak guna 'abang' sebab too common. rasa macam adik-adik je panggil. upkan sikit panggilan. instead of 'sayang' gantikan dengan 'Ayang'. dan aku panggil suami dengan panggilan 'Honey'. kadang-kadang 'Abah Ibu' je.

kamu dan kamu macam mana? hehehe... (*_*)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. ikut mana dan je nak panggil..heehehe..

    ReplyDelete
  2. kalau depan mia panggil 'papa' je..kalau berdua..adalah...rahsia..hihihihi....

    heran bebudak sekarang cam 'over' saja...hilang keterujaan panggilan tu selepas kawen kan..huhuhuhu..

    ReplyDelete
  3. ok la tu sal...sy jugak papa mama je...hihi

    ReplyDelete
  4. xkawin lagi. erm... nanti nak panggil apa ye.. mcm nama ja

    ReplyDelete
  5. Saya 'syg', suami saya panggil 'baby'. Hahaha. Kalo org baca mesti tergelak nak muntah. Saya tak sesuai dipanggil baby, sbb muka tua. Suami saya sesuai la sbb dia jambu. Tapi kalo budak skolah nak berpanggilan manja, memang sgt geli geleman. Sebab perjalanan derang jauh lagi [kalo derang tak mati awal la]. Byk benda lagi di depan yang mereka akan tempuhi. Takyah la nak berpapa-mama sgt.

    ReplyDelete
  6. selalunya abang-sayang... Kadang2 encik suami panggil b, eza pon pggil b... (hubby-baby).. Selalunya situasi nak mint atolong la..hahaha...

    ReplyDelete
  7. sweet je hubby akak ni... xnk paggil abg tp suh paggil honey ;-)

    ReplyDelete
  8. kitaorg mama dgn papa jer..tp yo la budak2 skrg aduhai..sekolah lagi tp panggilan dorang mengalahkan kita yg dh kwin..

    ReplyDelete
  9. stkt ni kami masih bersayang². huhu. ;)

    ReplyDelete
  10. abg ~ sayang
    lalink ~ sayang..

    hehee

    ReplyDelete
  11. budak2 skang nie mmg advance.geli geleman pun ada..sy punya nama panggilan rahsia ler.haha

    ReplyDelete
  12. budak2 skang ngalah kiter yg dh kawen ni hehehe...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign