Fresh from the owner...

06 September 2012

Merasa jugak.


akhirnya merasa jugak nak makan Red Velvet. hehehe... orang lain dah makan ber'jaman', aku baru je nak merasa. kebetulan masa nak ambik kek birthday Kak Ngah semalam terpandang pada tulisan Red Velvet dekat tempat dia orang jual kek slices. ada jugak cupcakes RV ni tapi aku tertarik pada yang slice. bukan nak sangat makan tapi lebih pada nak rasa sedap ke tidak ke RV ni. ada jugak jual macaroons. alahai... besar duit 50 sen je. tapi tak ada flavour yang menarik perhatian deria rasa aku. jadinya aku tak beli la. tak lama lagi mesti kelaur pulak rainbow kek.

macam sebelum ni kek biasa-biasa je. lepas tu keluar Indulgence. sekarang ni RV. pada aku rasanya biasa-biasa je. ada masam sikit pada krimnya kot. mungkin aku tak jumpa RV yang betul-betul sedap jadik susah nak compare rasa sebenar. macam Indulgence yang dia orang jual nak bandingkan SR punya memang sedap lagi SR. sedap banyak. nanti dah balik Johor boleh test yang kedai-kedai kek lain jual. itu pun kalau ada. kalau tak kena buat sendiri la. rasa macam mana hasil air tangan sendiri pulak.

aku belikan Cheese Expresso untuk Kak Long tapi... Ya Allah... pahit bukan main lagi. huahuahua... Kak long makan yang bahagian belakang je. yang depan-depan ada terlebih expresso tu dia tak makan pun. aku la yang kena habiskan. adehhh...






my foot: Kak Ngah sangat la happy tengok kek dia walaupun aku belikan yang simple je. sebab nanti nak celebrate sekali lagi bila abah ada sama.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 comments:

  1. yummy.ada lagi tak?
    nak sikit. hehe

    ReplyDelete
  2. nmpk sedap sis..nyum2...maera tak pernah mkn pun.huhu~

    ReplyDelete
  3. uishhhhhhh menarik sis..
    ina pun terliur nengoknya neh..

    ReplyDelete
  4. tk sempat lg nk rasa. ramai kata sedap kek ni. :D

    ReplyDelete
  5. saya tak pernah dapat lagi kek ni.. tunggu birthday kot kan.. hahaha..

    ReplyDelete
  6. mmg sedaplah kek ni for KA but x leh mkn byk2 sgt!

    ReplyDelete
  7. akk jugakkk yg x merasa lagi kek RV nie .. cc Rv dah pernah rasa ;)

    ReplyDelete
  8. kak sal, pada lieya kek RV ni sedap kalo krim cheese die tu banyak...kalo stok yg letak sikit2 tuu mmg tak sedap kak.....

    kek rainbow nanti akak cube tau, sedap sbb setiap layer tu rase lain2...best!

    ReplyDelete
  9. femes betul kek RV ni..tp tak pernah lagi ema cuba..hehehe

    ReplyDelete
  10. tak penah makan jugak... tak berapa teringin sangat tapi tuler tak merasa tak tauler pulak...

    ReplyDelete
  11. Eh aku lagilah ketinggalan zaman, tak pernah dgr lagi pun Red velvet.. mana nak cari ni? secret resepi ad ke?

    ReplyDelete
  12. Myra pun penah makan jugak RVC ni, tapi nak kata sedap sesangat tu tak jugak, boleh la nak makan :D

    ReplyDelete
  13. Rv ni..keknya kena manis (ada rs pahit2 skit sbb dia letak cuka) tp jgn manis sgt le...pastu ganding dgn masam manis cream cheese dia tu...
    kalo buat moist lg best....mmg sedap...nyum2...kalo buat kering...tak kena dgn tekak...

    ReplyDelete
  14. SAMPAI SEKARANG TAK DAPAT² MAKAN HUHUHUHUHU

    ReplyDelete
  15. Sedapnya...tengok kek tue terliur...

    ReplyDelete
  16. nak skit hehehe..dah abis kali tu heheh

    ReplyDelete
  17. wahwah. kek red velvet. sedap sedappp. hari tu raye ketige dpt mkn. :)

    ReplyDelete
  18. kita xpnh pun mkn kak, kalau mkn sama mcm akak bedal aja xtau rasa sbnr. hehee. sbb asal pergi kedai kek, nmpk dah tapi nk pilih coklat jugak.

    ReplyDelete
  19. kita xpnh pun mkn kak, kalau mkn sama mcm akak bedal aja xtau rasa sbnr. hehee. sbb asal pergi kedai kek, nmpk dah tapi nk pilih coklat jugak.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign