Fresh from the owner...

22 September 2012

Menjejaki kekasih.


tajuk memang tak ada kena mengena dengan entri. menunggu husben pulang daripada shift malam. sebab esok dia start kerja pagi so, hari ni dia cuti la. asalnya dia tak ada shift. kerja pagi je. tapi masa duduk jauh-jauh dulu (walhal baru je la lagi pun duduk sama. hehehe...), dia kata balik rumah pun bukan ada orang. jadinya dia minta dengan bos untuk masuk dua shift. dua minggu pagi dan dua minggu malam. bos tak nak bagi tapi dah dia insist jugak, dapat la husbennya kerja malam. ada untungnya jugak sebab siang tu dia ada kat rumah. cuma kadang-kadang tu dia mengantuk. nak tidur. ada anak-anak jangan harap la boleh tidur sangat kecuali time dia tidur, anak-anak pun tidur jugak.

okay... bukan nak cerita pasal tu pun. tapi saja nak panjang-panjangkan cerita. hehehe... sejak balik  ke sini, aktiviti malam adalah keluar. aku kalau ikutkan malas nak keluar tapi dah anak-anak nak keluar jugak ikut Bobnya, terpaksa la aku ikutkan jugak. huhuhu... macam hari tu, Che Piah (wife Kerry aka Bob yang sekarang ni stay kat sini - dia orang akan duduk sini til end of next year sebab company Kerry hantar dia untuk assist projek dekat sini. instead of cari rumah lain, he decided untuk duduk dengan kita orang je. aku no hal. cuma almost all the time kena pakai tudung la dan husben dah tanya hari tu: "Okay ke?" okay je. see... panjang kan penerangannya.) ni nak makan kat Restoran Budi. tapi end up tak makan jugak. dia sakit perut. 'bawak orang' angin cepat naik la.

semalam pulak pergi beli barang sikit. asalnya aku nak beli petang je. nak ajak husben la. dia kata kejutkan dia sebab dia nak tidur kejap. bila langit dah mendung dan Azfar pun dah tidur baru nak pergi, tak payah la. ada la sikit-sikit emosi kat situ. geram. hahaha... bila dah petang sangat dia dah nak pergi kerja. dia la suruh ajak Kerry pergi. kiranya Kerry jadik driver la. adehhh... misi asal nak cari selipar untuk Kak Ngah sebab selipar dia putus. last-last kesemuanya dapat selipar baru. dan tukang bayar untuk shopping barang adalah Kerry. muahaha...

dan hari ni misinya adalah untuk balas jejak. Ya Allah... ada yang daripada bulan puasa belum habis lagi aku jejak. dengan masalah line. dengan operasi pindah-memindah yang belum settle sampai sekarang (barang-barang tak ambik lagi. rumah sekarang ni pun tak sttle apa-apa lagi sebab husbennya balik kerja dah penat. nak suruh aku ke? tak larat nak buat seorang dengan budak bertiga ni.) harap-harapnya mampulah melaksanakan dua tiga misi yang aku dah setkan untuk hari ni je.






my foot: hajat nak tulis pendek je. sekali dah taip, adehhh... panjang la pulak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. pindah memindah ni memang penat kan kak....

    ReplyDelete
  2. hehehe..terpanjang yer ceritanya...saya rasa tak selesa kalau ada org lain dok sekali ngan saya...rimas laa seharian asyik bertudung..nak landing ikut sedap pun tak boleh..syabas laa kalau sal no hal semua tuu...hihi

    ReplyDelete
  3. semua dpt selipar free.ini sudah bagus.haha

    ReplyDelete
  4. hehe..panjang pon jelas sudah...
    tak tertanya-tanya..
    singgah malam

    ReplyDelete
  5. tu diaaa akak biar betik dr bulan posa pun ada lg xhabis bls jejak hehe

    ReplyDelete
  6. waaaa. dh lame jugak tak bw bloglist. jejak komen tak abis abis lagi ni. huhu.

    ReplyDelete
  7. untung ni, semua dpt selipar yg baru.. hihii

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign