Fresh from the owner...

27 September 2012

Mengamuk sakan.


semalam ke Econsave. niat hati nak beli la barang-barang keperluan dan jugak diapers budak kecik ni. kebetulan kat rumah ni pun banyak barang yang tak ada lagi. econsave ada la buat certain sale pada certain barang yang memang aku nak beli la. aku dah tentukan apa benda yang aku nak. cuma kena mencari-cari sikit la. biasanya kalau bawak budak-budak ni okay je. tapi semalam kesemuanya meragam boleh tahan. start dengan Anis la.

aku kesiankan husben je. dia baru je sampai rumah, solat dan terus nak keluar beli barang-barang. walaupun bukan dia yang drive tapi aku tahu dia penat jugak. expression muka pun dah tahu. tapi dah dia nak ikut jugak, aku pun joint la sekali. kalau dia kata penat, tak pergi pun tak apa. bukan aku kisah sangat pun. boleh je tunggu hari dia cuti.

sampai je econsave Anis dah sibuk nak beli scooter. menangis-nangis nak scooter. so, abahnya cakap kalau nak scooter dah tak ada basikal lagi. Alya pun sama nak scooter jugak. adehhh... dah la kat scooter tu tak ada harga. puas la husben pergi cari scanner. dah jumpa tak boleh scan sebab kedudukan bar tu tak sesuai dengan scanner. bila cakap dengan bangla kat situ, dia pun tarak tahu. macam mana tu? Azfar pun sama jugak la nakkan basikal bila tengok si kakak-kakaknya ada scooter.

aku pun sempat cari dua tiga barang je bila mana Azfar mengamuk nakkan basikal dia tu. dalam econsave tu dengar suara dia je meraung sakan. Ya Allah, pening kejap kepala mak ni. dah la time nak bayar dia lagi mengamuk. pergh... orang dah pandang-pandang. tambahan pulak bila husben tanya: "Basikal ni ibu nak bayar ke abah?" ada dua troli. satu aku bayar dan satu lagi husben bayar. orang dengar macam tu mungkin assumed: 'Beli barang pun bayar asing-asing ke? Mesti husben dia kedekut.' muahaha... tak ada maknanya husben aku tu kedekut.

reason guna dua troli sebab bayar dekat kaunter express. below 10 items. bahagi dua memang below 10 la. nak akta express tu tidak la express sangat tapi lebih baik daripada kena menunggu orang depan dan depan lagi dengan dua tiga troli nak bayar kan. husben ada cakap kenapa ramai sangat orang kat econsave. aku pulak baru teringat yang semalam ramai yang dah dapat gaji. jadinya memborong sakan la untuk stok sebulan. husben pun kebetulan baru gaji jugak. tapi tak ada beli banyak barang sebab dia dah pening nak layan karenah anak-anak dnegan keadaan dia yang penat dan anak-anak tak nak dnegan aku kecuali Azfar. hehehe... senang pada aku tapi kesian kat dia.






my foot: pindah masuk rumah sendiri memang banyak nak pakai duit. ni pun dalam perancangan nak tambah-tambah lagi. husben kata nak bagi selesa sikit sedangkan aku okay je. biasa-biasa pun tak apa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. Ni ada kawan2 dia pakai skooter ke ni smpai nak sgt tu xD
    biasalah budak2 kan ;P

    ReplyDelete
  2. budak skang nih memg dh pndi mengamuk..kalo tak dpt pe yg dorg nak siap sedia jelah kan...

    ReplyDelete
  3. gitu la kan kak, qema kalau p shopping sorang tolak troli anak sorang tolak troli barang, sekarang ni jarang sgt g shopping time org ramai terutama kat econsave memang sesak.

    ReplyDelete
  4. good idea tu buat 2 lane eh. hehe

    ReplyDelete
  5. uish, anak2 mengamuk di pasaraya, mmg kelam kabutlah jwb nya. auni kalau mengamuk, ubat dia naikkan kreta coin tu, sukala dia... kalau adli mengamuk nak tidur je. kalau dah smua minta2 mcm akak ni, mmg kita list down, soh abi je pergi beli. dia nak bawa siapa terpulang.

    ReplyDelete
  6. he he he , KA dulu2 dah biasa dah lali mcm ni

    ReplyDelete
  7. Kadang2 pening jugak nak melayan kehendak anak bila pegi shopping complex nie.

    ReplyDelete
  8. anak2 akak kalo nak satu2 brg tu, kalo tak beli, mesti tarik muncung, terus keras jadik batu, takmo jln, geram sgt

    ReplyDelete
  9. pening kepala kita bila mereka mengamuk kan ..
    memang kena banyak sabar
    kalau kena akk huhu x tahulah dik :)

    ReplyDelete
  10. susah nk beli brg kalau tanda harga takder ni..

    ReplyDelete
  11. alahaiii.. saya bc entry ni pun dpt bygkn keadaan akak yg lyan karenah ank2...

    ReplyDelete
  12. ank js dulu pun camtu..suka mengamuk..siap guling2 depan kedai...hehe

    ReplyDelete
  13. haha...pandai ngamuk yeeeeeee...:)..
    sementara nak besar ..kan... macam la peel anak2 ni... nak uji kita sbg ibu...

    ReplyDelete
  14. brg xder hrga ni mmg susah kan..mn lg dgn kerenah anak2 :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign