Fresh from the owner...

26 September 2012

Manik oh manik.


susulan wordless pic tadi. yup, Azfar memang main dengan manik yang dipanggilnya guli. adehhh... ini memang dipantau sepenuhnya. memang dia pernah masukkan guli dalam mulut. kes budak-budak kat rumah ayah aku tu la main congkak. dah puas main ada la tercicir biji gulinya. tak pun ditinggalkan macam tu je. Azfar ni pantang nampak benda-benda macam tu. cepat je nak ambik. mula-mula dia memang main. tapi lama-lama tu masuk mulut la. tapi kadang-kadang dia datang tunjuk ada benda dalam mulut dia tu. kalau time tu okay la lagi.

nampak tak bulatan kecik warna merah kat jari dia tu? manik la tu. dia dok tunjuk manik yang dia rembat daripada bunga telur. dia memang pantang kalau ke pelamin tu. sebab ada bunga telur yang memang tak disimpan pun lagi. SIL aku letak je kat situ in case ada lagi kawan-kawan dan saudara mara yang datang boleh terus grab je kan. tapi selalunya Azfar la yang akan grabbed dulu. huhuhu...

memang tertanggal la manik dua tiga batang bunga telur tu sehari. ada masanya  bukan kita tak tengok dia. tapi pergerakan dia tu lagi pantas daripada kita. tengahtengah main tiba-tiba dia terus capai bunga telur tu. memang perhati tapi cepat sangat dia tu. nasib baiklah comel. dekat kolar baju dia tu setepek kesan aiskrim. entah macam mana la bapak saudar dia bagi makan aiskrim pun aku tak tahu la. bila dah kotor tu takkan nak tanggalkan on the spot. kena tunggu majlis habis dulu sebab theme wedding biru. tiba-tiba dia seorang pulak yang lain. tak sedap jugak.

tapi yang kelakarnya Azfar ni, semua benda bulat yang besar sikit dia kata 'ball'. sampaikan lampu kedai yang bulat tu pun dia kata ball. mintak bapak saudara dia ambikkan untuk dia. adehhh... apa-apa je la Azfar. dan setiap kali ke kedai dan dia nampak ball mesti dia nak punya la. dia cakap la: "Bu... bu... ball!!! Ball!!!" comel memang comel. (^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. oh no...bahaya tu...sy paling anti kpd benda2 kecik..takut anak masukkan dlm mulut...

    ReplyDelete
  2. risau kan kang di masuk mulut... ada juga terdengar kes masukkan dalam hidung.. memang haru!

    ReplyDelete
  3. budak2 lelaki mmg lasak cenggitu hehehe

    ReplyDelete
  4. bahaya tu bila masuk mulut..takut ditelan pula..

    ReplyDelete
  5. mmg bahaya tu..owh..riso tertelan....

    ReplyDelete
  6. Iman pun masa sebaya Azfar ni mmg semuanya nak ball...suka bebenor! Budak2 comot pun nampak comel kan... Rasa nak geget je... tp kena hati2 juga bila dia masukkan guli dlm mulut tu kan... Iman dulu isap puting so die tak pulak suka masukkan mainan dlm mulut... nak puting je...Skrg dah takde dah :))

    ReplyDelete
  7. baguslah azfar ni.. cepat belajar.. pandai :-) cakap pun awal..

    ReplyDelete
  8. tkt dia bw masuk mulut jer la..hr tu anak opismate masuk manik dlm hidung..nasib la boleh keluar blk manik tu

    ReplyDelete
  9. oit jaga2 takut masuk mulut, hidung atau tinga....anak aku dulu pernah masuk idung tau....seb bek bibik perasan, dengan gigihnya dia kuarkan....masa tu aku kije...seb bek ada bibik yang agak prihatin...kalau x, tak tau la pe jadinya

    ReplyDelete
  10. hahaaa. tgk la rupa dia tu, nakal dan cerdik. dah mcm adli pun ada gak. bhy sungguhkan, kita x jgka bnda2 kecil ni tapi mata dorg mmg supersonik sungguh. nmpk ja. lps tu pegang...agak2 kita tak tgk, ngap! berdesup masuk mulut. grrrr... adli la tu.

    ReplyDelete
  11. risau la budak2 pantang jumpe apa semua masuk mulut kan..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign