Fresh from the owner...

25 September 2012

Mak Raja.


apa benda pulak la mak raja tu. nama produk barukah? a'ah kan? boleh buat nama produk. ngeee... cuaca baru je bertukar cerah. kalau tak tadi mendung dan kemudiannya hujan lebat bukan main lagi. kain baru je aku jemur, hujan dah turun. tak apalah. hujan itu rahmat. walaupun kain mungkin tak kering tapi bumi yang kering ni basah jugak. adehhh... alahai, kau ingat kau karang cerpen ke apa?

alkisahnya pasal mak raja tu bila aku mintak tolong Alya aka Kak Long tolong ambilkan sesuatu. kejadian ni dah dua tiga hari. jadi aku dah lupa apa yang aku mintak tolong dengan dia. Alya ni memang banyak songeh sikit. macam cikgunya cakap la... 'mulut orang tua'. kalau Anis aka Kak Ngah senang sikit. mintak tolong je terus dia buat. ada masa-masa tertentu je dia terlebih songeh. selalunya dia okay-okay je. 

Azfar? mamat kecik yang seorang ini meamng comel. habis semua benda dia nak ikut si kakak-kakaknya buat. pintu sliding pantang terbuka. kejap lagi hilang la dia. bab buang sampah kalau mood dia baik, dia pergi buang. kalau tak, dalam cawan atau atas lantai je dia buang. adehhh... pening mak ni dok mengelap lantai je. dah tu pantang nampak orang makan. semua benda dia nak rasa. mulut pun dah makin becok. kalau bab menjerit terpulang la kat dia. nyaring suara dia rasa macam nak pecah gegendang telinga.

adehhh... mahu bercerita tentang Alya (rasa macam nak guna Alya la pulak. Kak Long tu cukup la ibu dengan ahli keluarga je panggil) sebenarnya. sambil dia tolong aku, mulutnya tak berhenti mengomel. dia cakap: "Ibu ni macam mak raja la." hahaha... boleh dia cakap mak dia macam mak raja kan? kononnya macam mak dia ni malas sangat la semuanya anak yang kena buat walhal bukan selalu pun mintak tolong. kalau dia tu langsung la dia mintak Che Piahnya hantar air kat dia. dia selamba kodok je baring atas tilam. lagi la macam anak raja.

bukan salah aku kalau aku jadi mak raja. dah dia anak raja kena la mak jadi mak raja kan? muahaha...







my foot: misi alihkan susun atur sofa akhirnya selesai. lenguh pinggang mak ni buat dan gangkat sofa sorang-sorang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. Mana la dia dapat "mak raja" tu? Hehe..telatah anak2 ni memang menggelikan hati..kadang2 sakit jiwa huhu

    ReplyDelete
  2. ahahaha kelakar betul xD
    kesian mak dia jadi Mak Raja plak bila mntk tlg xD

    ReplyDelete
  3. rajinnye susun atur sofa....akak ni tak berubah2 sejak 5 thn...hehehehe

    ReplyDelete
  4. hahaah mak raja tu....aduii budak2 skrg..bijak betul...

    ReplyDelete
  5. hehe petahkan kak long bercakap. mesti riuh je rumh akak tu. hihi.

    ReplyDelete
  6. hahahaha , kelakar la , tuh la kawen dgn raja lagik , hehehe !

    ReplyDelete
  7. hehe... dpt pgilan mak raja ye..

    ReplyDelete
  8. hahhahah... kelakarlah.. dr ayat tu, terserlah yg alya ni mcm mak nenek.. hihi

    ReplyDelete
  9. haha...kelakar la...macam mak nenek jer alya ni

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign