Fresh from the owner...

03 September 2012

Kisah raya kedua.

saja nak bercerita perihal raya. masa raya pertama tu, sampai je dan rehatrehat kejap petang tu dah pergi beraya. pergi ramai-ramai. balik dah dekat nak maghrib. solat dan rehat kejap. lepas tu sambung menjejak kasih semula. itu pun dua buah rumah je. aku memang dah mengantuk gila-gila. tapi takkan la nak balik awal daripada orang. raya pulak bukan selalu pun kan. time ni je la boleh ziarah rumah kaum kerabat. balik tu flat terus rasanya.  mengantuk sangat.

esoknya pulak bila nak pakaikan jubah kat anak-anak. masa beli okay je. tapi bila hari nak pakai tu macam-macam kerenah ada. paling buat aku berangin, Kak Long la. tak nak pakai pulak jubah. nak pakai seluar panjang. dah la aku tak bawak banyak baju balik. cukup-cukup je. kebetulan pulak la ayah saudaranya beli kemeja untuk dia. lagi la nak pakai seluar dengan kemeja. pening kejap nak layan. memang puas pujuk la pagi tu. abah pujuk okay sikit. tapi kejap je la. lepas je abahnya keluar, dia buat hal semula. memang geram tapi layankan je la. kalau nak pakai, pakai. tak nak pakai... sudah!!! hahaha... baru la dia nak pakai jubah tu.

Kak Long dengan jubahnya.

Kak Ngah pun pakai jubah.

Azfar tak ada jubah. pakai t-shirt je.


bila anak-anak ni dah bercitarasa sendiri memang susah sikit la. tak berkenan dengan yang mak-mak pilih. nak yang dia pilih sendiri jugak. sabar je la. walaupun ada yang kata jubah dia orang cantik tapi kalau dah kureng berkenan tu memang banyak songeh sikit la. my SIL pun siap kata ada jugak jubah macam tu untuk budak-budak. dia ada seorang je anak perempuan. itu pun bukan pakai sangat jubah-jubah ni. dah besar pun ye jugak.

raya kedua pun penat jugak berjalan. pergh...!!! kami ke Kuala Terengganu. ziarah kaum keluarga belah sana. on the way ke sana pun dah jammed gila-gila. nasib baik tak naik dengan Kerry. kalau tidak sure dah muntah-muntah ni sebab Kerry kalau drive suka main brek. aku memang pening kalau naik dengan dia. Kak Ngah masa dibawak shopping raya ke Masai pun muntah-muntah penangan Kerry bawak kereta. adehhh...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 comments:

  1. haaa... Kerry bawak cam ada kawan saya sowang ni.. huhuu... kalo dok seat depan okey lagi leh tahan.. dok seat belakang ni hentak2 tu yg tak tahan... dia bwk laju..peh tu.. break2... tau je la.. kalo bwk 'org' dlm perot ni kan...

    Suka tgk anak kecil berjubah.. comel sgt...

    ReplyDelete
  2. serbah hitam..anggun mereka hehe

    ReplyDelete
  3. alalala.. comelnya pakai jubah :)

    ReplyDelete
  4. comel sgt anak2 berjubah.. lya x pnh lg belikan jubah utk asya.. tgk k.long & k.ngah pakai..cantik lak nampak....

    biasala kak..pg2 ni ..selalu la melayan drama ank2 kan..

    salam aidilfitri.
    maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  5. anak2 mcm ragam...tp comel la tgk 3bradik ni

    ReplyDelete
  6. Haihh... mcm2 anak2 ni. Dia dah pandai nak bergaya. Comel je kaklong dgn kakngah pakai jubah. Kalo Azfar pakai jubah mesti lagi comel.

    ReplyDelete
  7. Alololo!!
    Kak, sejuk mata nengok anak2 dara akak kecik2 berjubah bertudung ni.. ;D

    ReplyDelete
  8. alahaiiii cumelnya jubah kak long n kak ngah, berkenan aunty

    ReplyDelete
  9. comelnya berjubah..

    anak2 bila da makin besar ni memilih baju..bukan besar mana pun padahal.. damia pun baru masuk 2 tahun..da pandai nak pilih2 baju..geram betul..

    ReplyDelete
  10. manisnya anak2 dara tu berjubah..
    hihi..bdk2 mmg kan..mcm2 ragamnye.sabar je la..

    ReplyDelete
  11. ala lalalala comelnya..... siap bertudung ...

    ReplyDelete
  12. gitulah anak-anak sekarang..ada minat sendiri..

    ReplyDelete
  13. suka sgt tgok jubah kaklong n kakngah.cantik bila derang pakai..anak yg bercitarasa nie mmg kadan2 buat kita hangin,lg2 klu citarasa tak sama dengan kita..:)

    ReplyDelete
  14. cantiknya jubah kak long ngan kak ngah!

    ReplyDelete
  15. cantiknya 2 beradik ni berjubah :-)

    ReplyDelete
  16. anak2 kalau dh pandai pilih baju sendiri....mmg parah gak ibu...hehe...

    ReplyDelete
  17. betul tue....kita pulak penat melayan...

    ReplyDelete
  18. matching n elegen la jubah dorg perawan tu..hehe

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign