Fresh from the owner...

24 September 2012

Handphone cap ayam.

handphone aku handphone cap ayam je. brand? memang branded. ada ke handphone yang tak branded? ia berjenama Samsung tapi samsung cap ayam. tidak canggih. tidak ada teknologi yang up to date di dalamnya. sekadar boleh-boleh saja. call, sms, mms dan boleh jugak berinternet. aku pernah cuba tapi macam lembap je. hahaha. kameranya cuma 1.3 megapixel sahaja. dan aku rasa telefon budak-budak sekolah sekarang lagi canggih daripada handphone aku tu. ada jugak yang menggunakan model yang sama. adehhh...

husben? lagi cap ayam. telefon zaman dinasour. hahaha. berjenama Nokia. boleh call, sms dan jugak mms. boleh jugak nak guna internet kot. aku pun tak pasti. tapi model kuno ni tak boleh nak dengar mp3. hahaha... sadis kan? maksudnya tadi kalau telefon up to date boleh jugak dengar melalui selection ringtone. boleh dnegar lagu sampai habis. ini kena bukak software baru boleh dengar. memang telefon paling berjasa dengan dia sebab guna since tahun 2001. dia tak pernah tukar handphone dia yang satu tu walaupun second handphonenya silih bertukar tapi tidak jugak secanggih mana.

kenapa aku bercerita tentang handphone yang kami berdua miliki? nak riak ke? nak riak apanya kalau setakat telefon cap ayam tu. tapi bersyukur sebab ada jugak gajet yang boleh mendekatkan kami berdua. habis tu kenapa nak cerita sangat? nak mintak simpati supaya ada orang bagi free? eh, ada ke yang nak bagi free? kalau ada, kecil tapak tangan tapak kaki gajah saya tadahkan. harharhar... memang verangan. siapa yang tak suka dengan barang free kan? kalau dapat handphone percuma walaupun tak canggih sure melompat kegembiraan jugak.

sebenarnya, telefon kami berdua mengalami kemerengan tahap melampau dalam masa yang sama. adehhh... macam berjanji la pulak handphone kami ni walaupun brandnya tidaklah sama sekali sama. berbeza? memang berbeza. alkisahnya, telefon aku dah nak habis bateri. husben sms tanya dah masak belum. aku try call tapi tak ada orang angkat. bila husben called terus padam. aku caj la dan on. tapi on kejap lepas tu padam walhal sebelum ni tak macam tu. bila okay sikit aku call la husben tapi handphone blank la pulak. lepas bland dia kejap on dan off sendiri. lama jugak. aku rasa macam nak baling je. tapi sabar memandangkan itu satu-satunya handphone yang aku ada.

bila dah okay, ada 4 missed call. huhuhu... dan kali kelima baru la boleh cakap dengan husben. dai cakap handphone dia hanged. tak boleh sms, call dan even jawab call sekalipun. dia pun dah geram sebab itu jugak satu-satunya handphone dia yang dia ada buat masa ni. handphone kedua dah jammed. tak tahu sebab apa dan kedai tak boleh nak repair lagi dah. dia pun rasa nak baling je handphone dia tu tapi dia sabar. sama macam aku (hehehe... kalau jahanam handphone tu kami nak berkasih-sayang time dia kerja macam mana?) eh, tak ada la berkasih sayang! cuma dia suka send sms kalau dia bosan. time pagi tanya anak-anak. tengahari call tanya masak apa. duduk dekat pun sama je macam duduk jauh. cuma time duduk jauh-jauh ni callednya lebih dari 2 kali sehari. okay... itu je la cerita handphone cap ayam kami. malas nak tepek pics. bayangkan je la henadphone kami tu berjenama macam ayam brand. ada ayam pada handphone tu ye. ayam hidup. muahaha...







my foot: biras aku yang duduk sama dengan aku sekarang ni cakap, rajin husben aku sms dengan call. kalau BIL aku memang tak rajin nak call dengan sms dia. dia yang kena call dan sms husbennya tu. adehhh... walaupun husben dan adiknya daripada acuan yang sama tapi hakikatnya memang dia orang berbeza. sangat berbeza.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. sadis kalau hs mengong dalam masa yang sama kan..nasib baik still dapat call jugak..sabar je la dulu..

    hs saya pun cap ayam..pk balik org macam saya tak perlu pun hs canggih2 sbb saya pandai ambik gambar, call dgn sms je pun..hehehe..

    ReplyDelete
  2. g pun pakai hp cap ayam nokia...ada kamera..tp dh kabur...leh internet tp lembab.....ekekeekek

    ReplyDelete
  3. lya pon..maintain pkai hp cat ayam..ckp skadar kol & sms aje.. siyes.. mmg x caggihnyer.

    ReplyDelete
  4. hp sy pun hp cap ayam gak kak... dah bertahun.. selagi xrosak, boleh guna.. guna je lah... hihi

    ReplyDelete
  5. wani pn hp cap hayam..lgpun blh guna call ngan sms jd ler...hehe

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign