Fresh from the owner...

17 September 2012

Dalam pada tak nak tu...

bersiaran daripada kampung halaman husben kat Dungun. hehehe... sementara nak menunggu waktu nak balik tu nak update blog la sikit. mungkin tak singgah blog kamu dan kamu sebab nak update je kan. majlis kawin SIL berlangsung dengan selamatnya. alhamdulillah. hujan turun jugak petang semalam tapi lepas majlis dah berlangsung la. kalau hari sebelumnya tu hujan turun bukan main lebat lagi. habis la bangsal tempat tetamu nak menjamu selera.

husben aku jadi wali untuk kawin SIL ni. dia memang nak abang sulungnya jadi wali. padahal sebelum tu husben dah cakap kemungkinan di tak dapat nak balik. kerja banyak. tapi dah adiknya tu berharap sangat plus dia memang tak nak abangnya yang lain, so husben pun mengalah jugak la. jadik la dia wali adanya. cuma bila aku tany dia tak nak nikahkan adik dia sendiri ke? dia cakap tak nak. biar kadi je la yang buat semua tu.

tapi yang jadi kelakarnya bila dia nak pakai baju melayu semalam dia ada cakap dengan aku macam mana kalau kadi suruh dia nikahkan jugak. berdebar ni. hahaha... aku kata, kalau tak nak cakap je la tak nak. dia pun cakap jugak dia cuma nak jadi wali je kan. bukan nak nikahkan. tapi yang jadinya lain. masa wali kena mintaizin pengantin perempuan untuk nikahkan, aku dnegar kadi tu cakap something dengan husben. macam nak jugak dia nikahkan adik dia sendiri.

memang sahih la dia kena nikahkan. dua kali la dia kena ulang sebab ada saksi seorang ni macam tak berapa puas hati dengan jawapan akad si pengantin lelaki padahal aku rasa semua orang dah setuju termasuk dengan kadi tu sekali. adehhh... kesian kat biras aku tu. mesti berdebar bila lafaz sekali tu tak diterima. nak buat macam mana. dugaan nak kawin macam tu la. huhuhu... lepas majlis aku tanya kenapa nikahkan jugak walhal dah kata tak nak. dia cakap: "Kadi kata lebih afdal wali yang nikahkan adiknya sendiri. Dah kadi nak jugak macam tu, ikut je la." 

hahaha... dalam pada kata tak nak tu, last-last buat jugak. tak apa la. nanti anak-anak boleh nikahkan sendir. dah tentunya abah akan nikahkan dia orang jugak kalau panjang umur. insyaAllah.







my foot: petang ni baru nak bertolak balik. entah pukul berapa sampai tak tahu la lagi. doakan la perjalanan ni selamat ye. nanti BW ke rumah kamu dan kamu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. Balik ganu....rindu ganu weiii!!

    ReplyDelete
  2. hehhe lebih afdal gitu.. takpe dah ada pengalamn.. time anak2 nanti tak perlu nak risau dah :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah pernikahan selamat... dan selamat BW nanti:)

    ReplyDelete
  4. aiiii cewahhhhh..malu2 pulak hehe...malu-malu tapi mahu...mcm lagu pulak haha

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign