Fresh from the owner...

08 September 2012

Bukan cinta pandang pertama. Bukan juga kelima. Hehee...

pic raya 2012


cinta kami bukan cinta pandang pertama. bukan jugak pandang kedua, ketiga ataupun keempat mahupun kelima. cinta kami atas dasar ingin mencuba. si dia takutkan komitmen. aku pulak? tak payah ceritalah. kenal sudah lama. tahun kedua aku di U. kenal pun melalui majalah Galaxy. aku pening mengadap buku jadinya cara nak release tension cari-cari kawan melalui majalah. masa tu mana ada FB ke sebarang laman social lain. ada pun cuma mIRC (internet relay chat) je. tapi masa tu tak popular lagi. surat-surat lagi fofular. ditakdirkan aku tertarik dengan nama gelaran 'Ya 1103'. tak ada nama penuh. saja je hantar surat. tak ada terlintas pun nak dia balas ke apa ke. balik daripada kelas satu hari tu, terpandang sepucuk surat kat box. balasan daripada mamat tu rupanya. dan bila dah lama baru aku tahu yang kawan dia hantar nama gelaran tu kat majalah Galaxy dengan niat nak kenakan dia la. dan kawannya jugak yang balas kebanyakkan surat yang dia dapat. aku terkecuali sebab aku dapat balasan hasil daripada tulisan tangan dia sendiri.

daripada situ la berkawan. zaman tu pulak handphone barang mahal. memang siapa-siapa yang pakai handphone tu akan diassumed orang kaya la jugak. sampai la tahun 2000 bila mana handphone dah jadik satu keperluan. ada jugak la contact-contact. surat pun still utus jugak. medium utama tu. lepas 4 tahun sembang dalam surat dengan telefon barulah jumpa. itu pun tak ada la aku tertarik dengan mamat skema ni (masa tu la). jumpa pun kiranya masa tu aku nak balik kampung. cuti semester. dia called tanya aku naik bas pukul berapa dan apa plat bas tu. dalam hati dok kata apahal mamat ni sampai nombor plat bas pun nak tahu. masa tu aku naik bas kat Pudu. banyak kenangan kat Pudu. rupanya masa bas sampai kat Kuantan, dia dah tunggu dekat terminal sebabnya dia naik flight daripada Johor. nampak macam sweet je kan? (^_^)

second time jumpa, mak angkat husben hantarkan ke PKNS. mak angkat dia siap cakap: "Girlfriend ke?" eh, cepat je aku dengan dia jawab: "Kawan je." mak angkat dia ckap lagi: "Kalau girlfriend apa salahnya." adehhh... husben kan jenis tak nak ada komitmen. aku pulak bukan suka dia. rupanya dia pun tak suka aku jugak. muahaha... aku siap bawak kawan lelaki yang rapat dengan aku untuk hantar dia ke stesen komuter (dia nak balik Johor semula) dengan harapan dia tak taruh hati la kat aku. ceh... perasan!!! sebab husben kata dia dapat 'mesej' yang aku cuba nak sampaikan walaupun bukan melalui kata-kata. tapi macam orang cakap, jangan tak suka orang lebih-lebih nanti jatuh hati pulak. tapi masa kami decided untuk move on ke step yang lebih matang pun still perasaan suka tu tak ada. masa tu aku rasa dia macam orang yang perlu ada dalam hidup aku (sebabnya dia selalu ada bila aku perlukan orang untuk bercakap-cakap dan kemudian kena dengar ceramah agama - memang dia bagi ceramah agama siap dengan cerita zaman nabi dengan khalifah lagi untuk dijadikan contoh - dia berjam-jam. memang pedih telinga tapi layankan jugak la).

lepas konvo.

sebelum tu kami pernah lost contact. lama jugak. lepas dia pindah daripada rumah sewa dia kat Terengganu tu (masa dia student kat TATI), aku ada called dia tapi dia dah tak duduk situ kan. bila dah tak dapat contact, buat tak tahu je la sampai satu hari tu aku dapat sms. mamat ni dah pakai handphone rupanya. aku dengan confident delete mesej dia. nombor dia senang nak ingat. aku confident la nombor yang aku hafal tu nombor dia. sekali tu salah daa... mujur jugak dia sms sekali lagi. kalau tak memang lost contact forever agaknya. lepas tu la ada jugak aku called dia dan selalunya dia la yang rajin called aku. even time tension masa study pun aku called dia. tengah malam? seawal pagi? memang dia sentiasa ada. actually dia ramai peminat. aku tak tahu tapi daripada 'mulut manisnya' tu memang sahih la kan. even ada sms yang pernah aku baca (masa tu dah kawin) yang this girl sanggup jadik second wife kalau husben aku ni nak. hmmm... ada jugak yang menangis-nangis bila dapat tahu dia sakit dan nak masuk bilik OT.

kami sama-sama ambil step untuk try sama ada kami ni boleh pergi lebih jauh ke tak. memang tak mudah tapi kami cuba jugak. rasanya bila dah declared ni hubungan yang kita pernah ada sebagai kawan dah tak sama. bergaduh tu memang biasa. tambahan pulak masa accepted dia dah tahu dia sakit. dah tahu apa kesan operation tu akan buat pada diri dia. memang nampak sangat walaupun benda tu berlaku secara perlahan-lahan. tapi above all, dia lelaki paling baik plus penyayang. bila aku kata kalau boleh nak konvo dengan dia dah tukar status sebagai suami. memang dia tunaikan impian yang satu tu. kami kawin hari ni, esoknya aku konvo. kenangan yang tak boleh nak lupa sampai bila-bila. walaupun mengalami masa susah dia tetap cuba nak tunaikan apa je semata-mata nak gembirakan family kecik ni. pengorbanan yang memang tak terbalas sebenarnya.

masa dah declared tu pun mak dia siap pesan (sebab masa tu ada budak Mesir sukakan dia. mintak diikat tapi husben aku ni anggap budak tu macam adik je), jangan tunjuk kewujudan aku sampai la budak tu dah kawin. tak lama lepas tu budak Mesir tu kawin. husben panggil dia budak Mesir. jadik aku pun panggil dia budak Mesir jugak la. even husben pernah cerita yang budak Mesir tu ada tanya Ustaz pasal keadaan dia yang tak tenang kat sana. ustaz tu kata dia kena kawin dengan husben aku. tu yang dia mintak husben aku ikat dia. tapinya husben aku tak ada feeling kat dia. nak buat macam mana. aku pernah jumpa mak budak Mesir ni masa aku pregnant 8 bulan. dia datang rumah MIL. masa aku keluar bilik aku dengar dia tanya MIL siapa aku. MIL cakap: "Itu la orang rumah Ya."

untuk setiap kelahiran anak-anak pun dia cuba untuk masuk labour room nak bagi semangat. okay... memang dia dapat masuk pun. walaupun masa Azfar nyaris tak dapat masuk tapi alhamdulillah... rezeki dia. dapat jugak tengok anak lelaki dia lahir. memang dia bagi full support pada aku. eh, dah cerita pasal husben je pulak!!! memang bertuah jugak la kami ni sebabnya tarikh lahir kami pun selang dua hari je. tahun je yang berbeza. ada sejarah jugak tentang kelahiran kami berdua. saksi untuk majlis kawin pun unik je. seorang nama Hashim (kawan ayah aku) dan seorang lagi Hisham (nama biras aku la). kami bukan kaki shopping. jenis suka masuk satu kedai dan pilih. ada masa je suka berjalan-jalan. jenis homely type. tak ada la sunyi je. bergaduh-gaduh manja tu ada jugak sesekali dan anak harapnya kekal jadi pengikat kasih kami. amin!!!

kata husben: "Honey nampak dalam kekasaran Ayang ada kelembutan yang tersembunyi." dan katanya jugak takkan ada Ayang kedua dalam hidup dia. insyaAllah. ngeee... (*_*)


untuk kontest blog Cheqna. siapa yang belum join sila la join.

tarikh tutup 10 September 2012.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. nice story...seronok pulak baca...

    ReplyDelete
  2. gud luck dik !

    manissnyaa kenangan2 lama nie kan ;))

    ReplyDelete
  3. bestla plak cite akak ni.. a'aa kan, kalu kita xsk, yg tu la kita dapat :-)

    ReplyDelete
  4. Suweeet je kisah dia.. good luck!!

    ReplyDelete
  5. wahhh sweet nya!

    kiranya akak dgn husben xbercinta pun eh? best la!

    ReplyDelete
  6. akak ade mntk alamat sy ke?

    alaaa terlepas pandang tu.

    ReplyDelete
  7. Salam.Good luck...best citernyaaa..semoga bahgia hingga ke akhir hayat.Aminnn

    ReplyDelete
  8. mcm dlm novel. every single word kita baca. akak jual mahal, hahaa. manis sgt nak kenang, mesti rasa tidak percaya sudah beranak 3, kan-kan-kan. goodluck kakSal and sentiasa kekal bahagia hingga ke syurga-insyaALLAH.

    ReplyDelete
  9. seronok baca kisah cinta sal ni, mesti teringat pastu tersenyum sendiri hihihi

    ReplyDelete
  10. sweetnya.hehe klu dh jodoh tak kemana..semoga terus bahagia hingga ke syurga!

    ReplyDelete
  11. mcm tu ker rupanya kisah jodoh akak hehe...semoga bahagia hingga akhir hayat yer :)

    ReplyDelete
  12. wahhh bestnya baca cerita2 mcm ni xD
    mmg romantik sgt la ;D
    kenal dari majalah je.. tapi alhamdulillah bahagia rumahtangga ^^

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign