Fresh from the owner...

03 September 2012

Berita gembira dan sedih silih berganti.

aku terlupa hari apa tapi yang pasti aku tengok dekat paper ada jualan promosi kamera. ada tengok? aku ada kamera digital tapi guna batteri AA. pergh... tak tahan!!! nak pakai energizer je. aku beli pun dah lama. masa tu memang nak guna sangat. tak checked dah apa specnya. terus rembat je. dah lama tu baru la terasa akan ketensionan guna kamera pakai batteri AA ni instead of rechargeable. kamera tu pun dah selamat aku simpan. so plan nak ada baru la. tapi tidak la aku terdesak nak ada kamera pun. time beli yang lama tu je terdesak sebab time tu memang ada event penting.

aku sms husben bagitahu pasal promosi kat Giant tu. tak ada niat jugaklah nak suruh dia beli pun. saja-saja bagitahu. sebab aku dengan dia memang macam tu. masa dia cakap kebetulan BIL ada dengan dia. yang sweetnya tu, BIL ni pergi cari kat Giant tanpa pengetahuan abangnya ni. tapi memang tak ada rezeki sebab kamera tu dah habis. adehhh... aku cakap dengan husben kenapa pulak Kerry yang pergi cari. aku tak kisah sangat pun kalau husben nak belikan dua bulan akan datang ke tak beli lagi ke. saja je sembang-sembang dengan dia. 

Kerry ni budak (bakal bapak budak) baik. cumanya dia tak reti nak tunjuk yang dia appreciate plus sayang orang tu macam mana. tapi dia tunjuk melalui perbuatan dia. beli barang ke betulkan apa-apa ke. itu yang aku perhatikan selama yang aku ada dan dia pun ada la. sekarang ni rezeki dia nak ada baby baru. dah dekat setahun dah kawin, baru ni ada rezeki. dah lapan minggu katanya. alhamdulillah. tahniah buat mereka berdua.

Kerry & Piah. cilok daripada FB si Piah ni. muahaha...


semalam dapat berita yang suami kepada adik angkat my sis sakit. kanser hati peringkat 4. sebelum ni dah sakit tapi si suami tu culas nak pergi hospital untuk checked. sampai la sebelum raya masuk wad. test itu dan ini dapat tahu dah peringkat 4 kansernya. syafakallah. semalam my sis nak pergi melawat tapi si suami tu orang dah bawak pergi berubat. aku kenal si suami dan adik angkat kakak aku tu. kenal dah lama. kalau jumpa tu bertegur sapa jugaklah.

dan semalam jugak dapat tahu kawan kakak dengan BIL aku yang mana aku pun kenal, dah meninggal dunia. innalillah... yang ini daripada zaman dia dipanggil Nuar (time gemuk) sampai la dipanggil Nuar Mayat (kurus sebab diabetes) tetap jugak bertegur sapa kalau jumpa. tengok... kawan kakak aku pun jadik kawan aku jugak. kakakk aku pun kata dia tak dengar cerita pun yang si Nuar ni sakit. dapat tahu pun bila ada orang called BIL. anak-anak Nuar ni dah jadik anak-anak yatim piatu. maknya meninggal 4 tahun dulu sebab kanser hati. sekarang ni ayah pulak pergi. dah bahagian masing-masing kan?

ajal, maut, jodoh dan pertemuan serta setiap rezeki yang kita terima datangnya daripada Allah. DIA yang menentukan segala-galanya. semoga kita tidak lupa dan alpa tentang asal kejadian kita di dunia ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 comments:

  1. Suka duka adalah rencah kehidupan yang perlu kita harungi selagi bernyawa...

    ReplyDelete
  2. dugaan di bulan Syawal.. macam2 yg berlaku...

    ReplyDelete
  3. ajal maut bila bila masa je kan...

    ReplyDelete
  4. kisah suka duka kita silih berganti dikk .. selama mana hidup nie ..
    kita kena terus senyum dlm apa jua yg allah berikan kan kan huhu

    ReplyDelete
  5. memang takde rezeki lagi la tu.. sabar nanti dapat juga yg baru.. tahniah buat si kerry bakal dapat cahaya mata...

    Al-fatihah....

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah untuk arwah...

    ReplyDelete
  7. salam takziah.. betul tu ajal maut semua ketentuan allah swt!

    ReplyDelete
  8. takziah pada yg pergi,...tahniah yg bakal dpt baby,...dan mg cepat sembuh pada yg sedang sakit

    ReplyDelete
  9. So, tak dpt la kemre yg diidamkan tu? Baiknya kerry. Tahniah sebab bakal menjadi ayah.

    Bahayanya kanser tahap 4 dah.

    ReplyDelete
  10. Semoga mereka tabah hadapi dugaanNya...

    ReplyDelete
  11. yeay kamera baru.hehe

    takziah atas berita sedihnya tu.klu org terdekat dengan kita mahupun kenalan mereka diuji,kita mesti turut sama merasakannya kan..:)

    ReplyDelete
  12. Innalillah utk kawan akak tuh.. semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..

    sy pun suka guna camera rechargeable.. kalau guna bateri mmg parah la kan kak..

    ReplyDelete
  13. inilah kehidupan.. terimpan 1001 cerita disebaliknya... setiap insan diuji dgn kegembeiraan..kesedihan..dll..

    apa2 pon..takziah diucapkan..moga mereka tabah...

    ReplyDelete
  14. takziah atas berita sedih tu...kanser tahap 4 tkt dengar kan

    ReplyDelete
  15. sadis dengar citer camni..seriau jer..anak jiran iza pun masih koma k icu..x sedar-sedar lagi dari syawal kelapan tempoh hari..

    ReplyDelete
  16. innalillah, takziah dari aku!
    camera baru?????? kalau malas gak amik gambar x tau la kan!

    ReplyDelete
  17. Turut simpati...takut pulak dengarnya...

    ReplyDelete
  18. inalilah..tazkiarh buat keluarga..bgitulah lumrah alam :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign