Fresh from the owner...

12 September 2012

Alhamdulillah. Positif tak ada talasemia.



penat sikit hari ni. tak sempat nak blogwalking. ada pun seawal pagi tadi je la. itu pun sambil BW sambil buat entri autopublish. dalam pada tu, laptop hanged. adehhh... memang membara la kejap dalam hati ni. tuan tanah ni pulak asal malam je batuk tak henti-henti. perit dah tekaknya. rasa macam dah luka sikit setiap kali batuk. macam mana nak ada suara kalau sekali batuk memang nak terkeluar isi perut. okay... nak buat mukadimah pendek je konon tapi sekali dah menaip tak ada maknanya sikit. ini pun mujur jugak sedar diri. kalau tak mukadimah saja dah berapa perenggan la agaknya.

pagi tadi ke Klinik Pakar di Hospital Pekan. appointment Azfar. masa dia warded sebab pneumonia bulan 7 hari tu doc pakar suspek ada something wrong dengan sel darah merah dia. okay... doc terus suspek talasemia. dia pun terangkan pasal talasemia pada aku. apa risiko dan kalau Azfar kena dia bukan pengidap tapi pembawa. dia tanya ada ahli keluarga yang ada talasemia ke? sebelah husben? sebab kalau sebelah aku mesti dia orang dah detect masa pregnant. setahu aku tak ada la pulak. so doc cakap pucat pada budak berbeza. ada budak yang kena talasemia ni pucat seawal umurnya setahun. ada yang 6 tahun. sebab masa warded tu Azfar pucat. tapi pucat dia aku rasa sebab dia sejuk.

doc bagi suggestion sama ada aku nak buat ujian darah sekarang atau nak tunggu masa umur dia 13 tahun. aku cakap sekarang pun tak apa. masa dia kecik lagi ni. patutnya result boleh dapat dalam masa dua minggu. tapi nurse yang ambik darah tu kata kalau bawak ke Kuantan mesti ambik masa lama. especially kalau yang dia suspek tu tak ada. lambat je dia orang hantar result. doc kata jumpa lagi la bulan 9 dan tarikhnya hari ni untuk ambik result tu. menunggu memang lama. aku sampai dah lupa prosedur yang kena buat bila sampai kat PAED ni. dah pernah ada pengalaman masa Kak Ngah kan. tapi hari ni tiba-tiba jadi lupa pulak Azfar memang aktif sentiasa. habis semua orang ditegurnya. sabar je la.

dan bila sampai turn aku, masuk dan doc tanya aku datang sebab apa. pemalas betul la doc ni. dia boleh baca daripada report pun lagi mahu tanya aku. sebabnya aku tak berapa nak jawab, aku dah tak ada suara. bila dia tanya dan aku jawab dia dok 'Ha? Ha?' penat nak keluarkan suara yang tak ada. dan bila dia check result, jawapannya NORMAL. "Dia tak ada talasemia. Tak payah datang lagi la lepas ni." itu kata doc ye. alhamdulillah... syukur sangat sebab dia tak apa-apa. terima kasih Ya Allah. sebelum ni, masa dia baru lahir dan tengah tunggu turn nak discaj nurse datang bagitahu Azfar kena ambik darah lagi sekali sebab dia sangkut ujian untuk G6PD (glucose-6-phosphate dehydrogenase).



result dia mula-mula tu intermidiate. bila jadik macam tu kena la re-test. adehhh... memang berdebar jugak nak tunggu result walaupun cuma 2 jam je kena tunggu. bila tanya nurse pasal G6PD ni pun dia orang tak berapa nak boleh jawab. cuma dia orang kata jangan makan kacang parang. jangan kena ubat nyamuk. bla... bla... bla... dan usually happened pada baby boy. reason? dia orang pun tak boleh nak explain why. bila dapat result, alhamdulillah lega sangat.

semua orang kalau boleh nak anak yang dilahirkan tu sempurna kan? at least kalau ada sakit sikit-sikit tu biasa la. jangan la yang besar-besar. tapi kalau dah nak kena tu siapa kita nak melawan kuasa Allah. kun fayakun. anak sihat boleh cakap banyak la. tak... siapa yang ada anak-anak sakit kronik memang Allah uji dan kelebihan yang ada pada kamu dan kamu hanya DIA yang tahu. kamu memang insan terpilih dan tabah jugak adanya. aku pun pernah kena uji masa hampir kehilangan Kak Ngah. memang kena kuat semangat. aku salute pada insan-insan tabah yang menerima dugaan daripada Allah ini dengan redha.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Alhamdulillah ..normal yer..syukur

    ReplyDelete
  2. boss akak, wife dia ada talesemia, mmg muka nampak pucat n nampak slalu kurang sihat. betul tu ibu mana yg suka anak2 tak sihat. biar kita jadik galang gantinya janji anak2 sihat n happy selalu

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...
    btul la tu, setiap org psti akan diuji...kalo kena sakit sikit2 tu normal la... ye la..sebolehnya, mmg kt xnak pyakit y teruk2..tp, kalo ianya nk jadi..siapa kt nk melawan takdir..pasti semuanya ade hikmahnya.. apa y penting kt harus sntiasa redha diatas setiap musibah ke atas diri
    kt...

    ReplyDelete
  4. betul tu..ada kat luar tu lagi besar dugaan yg dorang hadapi..kak fieda pun salute betul dgn dorang yg tabah..kalau kena kat btg idung ni kak fieda tak rasa yg kak fieda ni kuat..moga anak sal sihat2 aje ye..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah azfar ok..ibu bapa yg diuji dengan anak sakit ni mmg tabah.sy rasa sy sendiri tak mungkin dpt jadi seperti mereka..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign