Fresh from the owner...

27 August 2012

Tukang masak di pagi raya.

raya tahun ni ada semangat sikit nak memasak di pagi raya. mungkin sebab husben yang request kot. kalau tak, aku jadi tukang makan je. malam raya tidur. hahaha... tak tahan mata nak melayan anak yang mengombeng lama-lama ni. lepas tidurkan kesemua anak-anak, aku pun tidur sekali. tidur kejap sebelum bangun nak marinate ayam. asal nak bangun je Azfar ni berbunyi. bagi susu sure tertidur jugak. husben dah awal-awal lagi tidur. dia penat plus tak berapa nak sihat. tambahan esoknya pulak nak drive balik Terengganu. kena extra rehat la.

pukul 1 baru la nak start marinate ayam. itu pun anak-anak ikut sama berjaga. adehhh... start dengan Azfar, kemudian Kak Ngah. last sekali Kak Long. layan jugak la dia orang sambil-sambil nak masak tu. bagi kuih raya bagai. Kak Long orang terakhir tidur. pukul 3.30 pagi jugak la dia tertidur depan tv. tengok cerita kartun la adanya. Azfar lepas menyusu, tidur la. anak-anak aku biarkan tidur kat luar je. senang aku nak tengok kalau ada apa-apa.

Kurma Ayam ni.


mula-mula masak Kurma Ayam. awal pagi masak Kurma Ayam. BIL aku kata tak ada orang pun masak Kurma Ayam sedap termasuk la kakak aku sebab dia nak kuah kurma tu pecah minyak. tak ada maknanya nak melayan. tapi kuah yang aku masak tu memang pecah minyak. ada lagi mahu komplen? hehehe... time aku masak, semua orang dah tidur including my master chef, my sis la. disebabkan tahun ni aku yang masak, dia masak rendang je.

awal pagi masak Nasi Bukhari. wah... first time buat, rasa macam bangga pulak sebab menjadi. bangga sebab husben puji kata sedap. cuma nasi tak perai katanya. aku dah tahu. aku lebihkan sukatan air. dah sah-sah nasi akan lembik sikit. sesuai la dengan dia yang sakit gigi tu. ada oarang lain komplen kata tak sedap ke? lempang nak? hahaha... kakak aku pun kata nasi lembik akibat terlebih tambah air. next time kalau nak masak, kena betul-betul ikut sukatan sebab guna beras basmathi kan. husben kata next time boleh buat lagi. boleh tambah bahan lain untuk jadikan resepi sendiri. (^_^) okay... nanti kita cuba ye cik abang sayang.

Nasi Bukhari.


last sekali goreng ayam. Ayamg Goreng Berempah. husben jugak yang nak makan ni. tapi bila dah goreng makan seketul je. kalau marinate sekejap, rempah tak masuk dalam ayam. kena sehari semalam marinatekan ia baru la sedapnya terasa. my SIL yang makan pun kata sedap. kembang sekejap. sebab my SIL ni cerewet sikit kalau orang lain masak okay. aku tak. jenis okay-okay je. tak kira la siapa pun masak, aku tak pernah nak komplen. makan je. kalau tak berkenan baru la tak makan. resepi pun google. kena cari resepi terbaik untuk penuhi selera husben. dia pun kata sedap. hehehe...

dah dua kali buat Ayam Goreng Berempah ni. anak-anak buah yang baru balik masjid pun masuk je dalam rumah cakap: "Sedapnya bau!" tengok la siapa masak. hahaha... boleh gitu?

tengah goreng.

Ayam Goreng Berempah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. samalah ngan KA balik kg en hubby jadi tukang masak juga, balik sini pown memasak juga hehehe

    ReplyDelete
  2. terer ah akak masak.. bila nak datang seremban nih kak.. masak untuk saya pulak

    ReplyDelete
  3. apa kata akak bukak kedai makan? hehe.

    nak masak utk raya la paling malas =.='

    ReplyDelete
  4. ni kalau dapat makan lunch sekarang pun sedapppkan..

    ReplyDelete
  5. nasik bukhari lg..mmg terbaik!sy keje raya nie so jadi tukang makan je,semua adik ipar dengan mak mertua msk.hehe

    ReplyDelete
  6. wah.. masterchef di pagi raya..

    kalau saya hb puji gitu mau senyum sampai ptg :)

    ReplyDelete
  7. sempat lagi masak memasak.. seronok dapat pujian dr suami..

    ReplyDelete
  8. Kenyang makan nasi di hari raya... kalau mkn nasi impit je rasa tak kenyang ;)

    ReplyDelete
  9. wah ns bukhari lg yer akak msk.. sedap tu ;-)

    ReplyDelete
  10. mesti best ni..nampak sedap..:)

    ReplyDelete
  11. wah..pandai masak nie..saya suka makan jer..

    ReplyDelete
  12. wah sedap menu akak...akak ayam goreng berempah tu akak buat cm mana

    ReplyDelete
  13. sodapnya weiiiiiiiiiiiiiiiiiii tak reti2 masak utk aku ke

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign