Fresh from the owner...

30 August 2012

Susulan kami dan biru.

konon nak buat entri semalam. tapi banyak hal pulak nak kena buat. nak hantar anak buat ke hospital la, cari barang-barang makanan untuk bagi kat kawan-kawan Kak Long makanya tak berkesempatan jugak la nak buat entri lain. tambahan pulak bila ada sikit-sikit rasa malas tu kan. hehehe... malam-malam sekarang ni aku dah tak tidur awal macam biasa. tidur lambat je. bila on laptop, mata pun sama naik pulak mengantuknya. adehhhh... last-last laptop menyala sendirian. itu belum campur bila mata okay tapi line tak okay. hari ni line okay sikit. itu la yang boleh mengadap lebih sikit. lebih ke? huhuhu...

ini ambik kat rumah je.


pic wordless semalam memang ambik kat studio. dah rancang awal nak ambik sebab tahun ni raya kejap kat Pahang, kejap lagi balik Dungun dah. kiranya nak bergambar sakan memang tak sempat la. pagi-pagi dah kena masak. belum lagi kena siapkan anak-anak dengan husben. dengan baju yang tak siap packing lagi. makanan lagi nak kena packing. adehhh... memang rasa macam tak cukup tangan dengan masa. belum lagi masa tengah packing baju ada gangguan lain pulak. kena banyak sabar la. last-last baju packing cukup-cukup je. biasa aku bawak spare. tapi kali ni tak. nak cepat punya pasal.

nak pergi studio pagi-pagi lagi la tak sempat. last-last plan pergi studio on the way nak balik Dungun. lepas bersalam-salaman, bermaaf-maafan... pergi ziarah dua tiga keluarga saudara-mara. by the time nak balik dah tengahari. kiranya masa nak pergi ziarah tu, beg semua dah bawak masuk dalam kereta. dah tak singgah rumah ayah aku lagi dah. terus je balik. Azfar pun dah penat. dah mengantuk. tapi au je holdkan dia dulu. tak bagi susu sebab kalau dia tidur susahlah nak ambik gambar kan? hikhikhik... itu pasal la muka berminyak je nampak. kalau nampak la.


tahun ni pilih biru sebab Azfar. tahun 2010 dah pakai pink kusam. husben okay je. tak ada masalah. aku tak ada la pilih pink striking ke bright pink. pilih pink yang tak menyerlah. sebab aku dengan pink pun tak berapa serasi. ngeee... masa ambik pic ni mujur jugak Azfar tak meragam. walaupun tak tidur tapi dia bagi kerjasama baik. tu yang comel je nampak dalam pic. harus la puji anak sendiri kan? tudung Kak Long dengan Kak Ngah aku beli sebelum puasa lagi. kebetulan tinggal dua tu je. rembat je la kan. dah matching sangat dengan baju. nak carik lain belum tentu jumpa. biras aku pun kata cantik baju tu. semuanya kebetulan. pilih-pilih terus ambik. tak rancang pun nak kaler biru macam ni. cuma decide biru je.

ada jugak yang tanya Kak Long dengan Kak Ngah ni kembar ke? hehehe... tak la. dia orang bukan kembar. tapi jarak dia orang cuma setahun je. kalau orang tengok mesti tanya dia orang ni kembar ke tidak sebab aku suka pakaikan dia orang baju sama warna. kadang-kadang beza pada size. cuma sekarang ni je aku beli sama size kalau size besar tak ada untuk Kak Long. dan pakciknya pun belikan baju sama dengan size yang sama jugak. biasa size beza-beza. tak apalah. janji ada baju kan?

dan aku sangat suka dengan hasil pic ni. memang sweet. kebetulan pulak kaler biru tu nampakkan lagi sweet. nanti nak pilih hijau pucuk pisang pulak la. biru ada, hijau ada. eh, hijau lumut dah ada. tapi hijau pucuk pisang belum. hehehe...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. Comelnya....
    Suka warna ni masuk jerk.. ;D

    ReplyDelete
  2. mmg biru ler but nice one! hehe

    ReplyDelete
  3. apapun cantik kalernya...

    ReplyDelete
  4. memang sweet gambar tu..kena ngan background gak kot..nampak cntik je..:)

    ReplyDelete
  5. cantiknya! selamat hari raya ya!

    ReplyDelete
  6. wah cantiknyer gambar family kt studio tu...jeles wani hihihihi

    ReplyDelete
  7. samalah ngan ank js...dulu slalu pakai sama...kalau jumpa org mesti tanya kembar ke?...tp kini jarang dh baju sama..segan katanya lah...hihi..

    ***anak js pun beza sthn lebih je...tp kalau ikut thn jadi 2...mmg membsr lbh krg je...^^

    ReplyDelete
  8. haah..macam kembar k long ngn k ngah..ingat kembar tadi... Comel gambar..

    ReplyDelete
  9. bila kak long dan kak ngah bertudung..nampak cam kembar

    ReplyDelete
  10. cantik.. nampak sekata je warnanya. k.long dgn k.ngah mmg nampak mcm kembar :) kami tak tahu lagi nak ambil bila.. tak puashatikan sebab takde gambar 1 famili ;) nasib kedai gambar dekat je..

    ReplyDelete
  11. semua org nampak sweet dlm gambar tu....perfect family picture...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign