Fresh from the owner...

06 August 2012

Selamat tiba juga adanya.

hari ni berbuka dengan my BIL and my lovely kids. budak-budak ni dah tentunya berbuka dulu. belum lagi orang azan, dia orang dah selamat makan. bila time aku dengan adik aku tu makan, dia orang dah sendawa kekenyangan. hehehe... lauk pulak macam nak makan 5 ke 6 orang. bila dah berbuka tu tak adanya nak makan banyak. masing-masing kenyang dengan air je.

alhamdulillah... kami semua selamat sampai ke Johor pukul 4 pagi tadi. my BIL tu drive sorang-sorang sebab husben aku demam. semalam time berbuka pun tak makan mana. dengan panas badannya lagi. Ya Allah... lepas anak-anak, abahnya pulak demam. sabar je la sahur tadi pun dia makan setengah keping roti dengan air masak suku je. mana nak ada tenaga kan? demam pulak lagi. dengan sakitnya yang dah sedia ada tu lagi.

memang dah lembik dah dia. dah nak muntahkan diri lagi. tapi memandangkan dia kerja aku risau kalau dia bawak motor and something happened kan sebab tak ada tenaga langsung dah. memang puas jugak nak pujuk dia berbuka. dia kata sayang nak berbuka. tapi aku kata kalau bagi kesan pada diri sendiri, lebih baik berbuka je la. nanti ganti la kita puasa tu secara jemaah. dulu masa dia mula-mula sakit pun, dia tetap nak puasa. tapi sebabkan dia tak sahur kot jadinya dia hypo. kawan-kawan dia siap buat air milo dan bagi dia minum. itu pun kena paksa sebab dia tak nak berbuka.

minggu nak balik raya tahun yang sama jugak dia warded sebab sakit. dia tetap nak puasa tapi doc tak bagi. keras jugak husben aku ni ye. sebabnya memang sayang kalau tak dapat puasa penuh. tapi mudarat pada diri sendiri pun buat apa kan. ini untuk rekod aku. incase terlupa aku boleh refer sini. husben left sehari dalam ramadhan ni. masa pujuk dia tadi pun memang kena sabar sebab dia berkeras nak puasa jugak. lastlast tu la baru dia kata buatkan dia milo suam. dia baring dengan tidur je tadi. kesian kan? itu nasib baik aku ada kat sini. kalau dia sorang-sorang? mahunya tak runsing sanubari ni?!






my foot: bersiaran daripada Pasir Gudang kali ni. esok nak buat Spring Cleaning. rumah ni dah macam tongkang pecah. serabut biji mata tengok.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Semoga selamat semua :) berbuka tak semestinya mkn byk :)

    ReplyDelete
  2. sahur tak mkn kurma ehhhhh. sebijik pun okey dh, :)

    ReplyDelete
  3. a'aa betoi tu kak.. kalu memudaratkan diri lg susah.. nanti blh je ganti semula pose tu..

    ReplyDelete
  4. dugaan betul bulan posa ni..memula anak2 lepas tu abah pulak kan...sabar jer la

    ReplyDelete
  5. muga suami akak dapat berpuasa dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  6. Selamat mengemas.. Rumah kamini entah bila nak kemas, tuan rumah sebok kerja je.. :-(

    ReplyDelete
  7. kesian...hubby demam ya...memang tak boleh puasa pun...dah badan tak larat..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign