Fresh from the owner...

26 August 2012

Saya okay!!!

ini cerita malam masa nak balik kampung tu. malam ke? awal pagi. saja je nak cerita kat sini. time tu aku tersedar lepas terlelap kejap. bila rasa ngantuk, aku tidur. husbennya drive la sorang-sorang sebab si adik pun sama tidur. hahaha... tapi time tersedar tu aku dengar dia berborak dengan adik dia pasal giliran beraya. macam-macam yang dia orang bercerita. si adik bercerita pasal kerjaya dia as a doc yang menuntut banyak masa sampaikan dia kurus kering. doc kurus namanya. si abang bercerita hal lain pulak. sesekali si adik bertanyakan soalan agama dan si abang menjawab ikut pengetahuan dan pembacaan dia.

bila dia bertanya pasal giliran raya (yang mana selama lima tahun kawin ni cuma sekali je beraya kat rumah ayah aku. itupun tahun kedua. tengahari tu dah balik kampung husben), aku dengar husben cakap: "Kak Sal tak kisah. Pada Kak Sal, dah puasa habiskan kat rumah abah, raya rumah Mie okay la." hahaha... memang aku tak kisah. sepanjang lima tahun kawin aku puasa kat rumah my dad. rumah MIL? tak sebanyak puasa kat rumah ayah aku tu. jadik, apa salahnya kalau raya aku bagi turn kat husben.

cuma bila dah pindah ni mungkin kena ada sistem giliran kot. tapi aku okay je. kalau pagi sambut raya kat rumah ayah aku pun, tengahari tu dah boleh balik Terengganu. Pekan - Dungun tak adalah jauh sangat. 3 jam lebih je tanpa jam. tak ada rasa nak berebut-rebut. tak adalah rasa nak bermasam muka nak pilih balik mana. asalnya tahun ni husben langsung tak nak balik sebab dia cuti tak lama. tapi aku la pujuk dia balik jugak ke rumah MIL. sekejap pun tak apa. janji balik. dan dia pun okay je la. aku tahu dia pun mesti ada rasa nak balik jugak tapi bila mengenangkan cuti tak lama dan takut aku dengan anak-anak penat, itu yang dia tak nak balik tu. 

alhamdulillah... raya tahun ni tetap meriah. dapat beraya kat dua-dua tempat. dapat bersalam-salaman dengan semua orang (okay... tak semua orang ye!!!). mintak maaf dengan husben, esoknya merajuk lagi. hahaha... tak bersesak-sesak kat rumah MIL tapi terus dapat duduk banglo. (^_^) tak ada tempat dah kat rumah MIL bila semuanya balik. tahun-tahun akan datang kita tengok la macm mana pulak keadaannya. terima kasih Ya Allah.... atas rasa bahagi yang tidak terhingga ini. dan terima kasih kerana menjadikan aku ini aku. walaupun serba kekurangan tapi masih mampu berfikir dengan baik. alhamdulillah....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. matang laa..kiranya...kan..tak payah nak rebut2 raya kat mana..hiihih..selamat hari raya..

    ReplyDelete
  2. akak mlm raya, sepanjang 14 thn kawin, mesti kat umah en. abah. anak2 nak main bunga api ngan anak2 sedara yg lain. pagi raya kat umah akak sendiri, tunggu jiran tetangga dtg beraya, tghari sampai ke ptg, sudah semestinya kat umah mak akak, ptg baru balik semula umah mil. sekali harung

    ReplyDelete
  3. bagus akk nie boleh tolak ansur.sy dh takde mak ayah,so raya kompem la umah en suami dulu.tp tak kisah sgt,lepas tu bley balik jenguk abg n adk2 kt kmpg plak.beraya kt kmpg sy lg best sbb aiman dpt byk duit raya.muahaha..

    yg pling penting sejak pindah dh tak risau sbb kmpg kedua2nya dekat..:)

    ReplyDelete
  4. yang penting anak2 dan semua happy kan dik ..
    kalau dpt balik ke dua2 rumah memang advantage kan .. ;)

    ReplyDelete
  5. ALHAMDULILLAH..BEGITULAH KITA NI..slalu kena ada timbang rasa dan budi bicara...kan...

    ReplyDelete
  6. janji beraya dengan meriah.. takmo masam2 muka :)

    ReplyDelete
  7. Kita sendiri boleh fikirkan untuk kebahagiaan bersama. Yg penting dua2 rumah kita dapat raya :)

    Sesibuk mana pun kena utamakan keluarga. Bila mereka sudah tiada masa tu mmg terasa sgt. Nak raya pun tak tahu nak pergi mana agaknya. Rasa mcm tak sempurna je tanpa mereka.

    ReplyDelete
  8. saya pun okay juga..bila 2 tahun berturut2 kena beraya kt putrajaya! huhuhu

    ReplyDelete
  9. mana2 sama jer.. umah family kita jugak kan kak

    ReplyDelete
  10. wani pun xkisah raya mn2 dulu sbb dua2 kg dekat jer..raya pertama dah boleh raya dua2 rumah :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign