Fresh from the owner...

24 August 2012

Review kad raya.

orang lain dah review pasal kad raya sebelum raya lagi. tapi aku ni baru terhegeh-hegeh nak bercerita pasal kad raya yang aku dapat. hahaha... biasa la. dua minggu terakhir puasa aku habiskan kat Johor. biasanya aku guna alamat rumah ayah aku untuk urusan surat-menyurat. cuma minggu-minggu terakhir tu, baru aku bagi add Johor kat kamu dan kamu yang minta. yang mana aku dah bagi add rumah ayah aku, dah sahsahlah kad-kad tu sampai kat sana. jadi masa sampai tak ada pulak aku berkesempatan nak tengok.

bila dah balik kampung hari last puasa tu baru la dapat bukak kad-kad raya yang sampai. bajet glamer la tu. tak adanya nak bajet-bajet glamer. cuma pemberian kad raya ni buat kita rasa happy je berbanding terima kad thru email ataupun sms. betul kan? teruja tu walaupun kita dah tahu siapa nak bagi. hehehe... ada jugak kad raya yang sampai kat Johor time aku ada kat Pahang ni dah. terima kasih pada Elly dan Eca. kad dia orang sampai kat Johor. terima kasih ye Elly sebab bagi empat sampul kecik. tapi pesal kaler hijau je untuk aku? ungu-ungu tak ada ke? muahaha... (^_^)

kad raya yang sampai kat rumah ni yang belum sempat aku buka asalnya ada dua. macam pelik pulak la. ke mana hilangnya kad yang satu lagi. sedangkan kawan-kawan lain dah dapat. musykil la kejap. lepas seminggu baru jumpa kad raya tu okay. nanti update pic kad tu kat sini. sebabnya semalam baru jumpa dan baca. kad tu tersorok dan aku tak rasa pun my sis yang ambik. sebabnya kalau kad or apa je atas nama aku directly dia akan letak dalam bilik. yang ni berada dalam rak tv. tak apa la. janji ada. dan terima kasih jugak la pada remote astro. kalau tak sebab dia hilang, sampai sudahlah aku tak jumpa kad raya tu.

remote astro kat rumah ni sentiasa bergerak-gerak ye. selalu jugak hilang dan selalu jugak la berlaku kejadian tak mengaku hilangkan remote. budak-budak ni suka pegang dan bawak berjalan remote tu. takut berlaku rampasan kuasa kalau letak setempat. ye la... yang ini nak tengok chanel lain. yang tu chanel lain pulak. dan mak bapak ni la kena cari sebelum tuan besar marah-marah. adehhh... cerita pasal remote pulak dah!!!

kad dari Masya.

kad dari Kak Fieda.


terima kasih ye Masya sebab bukan kad kosong je. siap ada keychain ladyburd lagi. cenderahati sebab joint kuiz A'Famosa. dah guna dah. masa mula-mula dapa anak-anak la berebut buat main. teruja dengan ladybird tu la. kaler merah lagi. lepas tu aku ambik la. teringat kunci rumah tak ada keychain lagi. alang-alang tu letak kunci terus la pada ladybird tu. hehehe... pesal la aku rasa ayat aku ni entah apa-apa je. macam pening-pening pulak aku pagi ni. 

Kak Fieda ada bagi aku brooch sebab jadik pengomen tegar kat blognya. brooch cantik tu dah selamat aku gunakan. hehehe... terima kasih ye kak. selain tu, Kak Fieda bagi Azfar duit raya. Kak Fieda kata untuk si kecik je. rezeki Azfar la tu. terima kasih sekali lagi ye kak. pemberian kawan-kawan ni walaupun cuma sekeping kad dah buat hati kita rasa happy je. saya la tu. orang lain saya tak tahu. walaupun kita tak kenal tapi persahabatan di alam maya ni harapnya berkekalan la insyaAllah...






my foot: ada dapat Pashmina. nanti buat entri pasal tu. kad raya untuk kawan-kawan yang dah bagi add tu aku pos Isnin ni insyaAllah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. tak sempat pun nak buat entry kad raya. huhu.

    ReplyDelete
  2. walau sikit je dapat kad raya, tapi seronok kan..:)

    ReplyDelete
  3. wahh best2. selamat hari raya

    ReplyDelete
  4. Untung la akak ade org bg kad raya. Hehe.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah dah selamat sampai dgn selamat....

    time kasih buat review.. malu lah pulak...

    ReplyDelete
  6. akak tak banyak dapat kad..hehe..tu la malas lagi kirim kad kat orang...hadoiii..:)

    ReplyDelete
  7. bestnya..kak fieda bg duit raya tuk sha juga dong hehe

    ReplyDelete
  8. taun nie mmg tak dpt lgsung kad raya.agaknya sbb dh tak aktif blog,takde yg igt.huhu ayat sedih la plak kan..

    ReplyDelete
  9. sampai gak kad kat ko ye....hehehehhe....ko dah tue dpt kaler ijau je wkakakakakkakakakakka

    ReplyDelete
  10. seronok kan dapat kad raya kak..

    ReplyDelete
  11. wani pun dpt dr kak masya dan kak fieda hihi

    ReplyDelete
  12. special masya punya kad..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign