Fresh from the owner...

22 August 2012

Raya tanpa online.

as salam...



dah lama tak online. sejak balik daripada Johor ke Pahang dan hari berikutnya balik ke Terengganu, memang langsung tak online. laptop pun tak bawak balik. memang tergesa-gesa sikit la. tambahan pulak tahun ni aku masak untuk menu pagi raya sebab husben yang request nak makan. kena semangat la sikit nak masak kan?! hehehe... penat jugak tapi nak buat macam mana.

bertolak balik daripada Johor ke Pahang seawal jam 12.30 tengah malam. kononnya nak elak jammed la kan. dua kereta berkonvoi. my BIL drive sorang. tapi sampai je dekat Saujana, boleh nampak bersusun je kereta. lampu merah menyala boleh nampak yang seberang sana punya. hahaha... panjang gila. itu belum campur dengan driver yang tak berapa nak reti bahasa dan drive ikut suka je dengan masuk line kiri dan cilok-cilok kat depan.

hmmmm...


semua orang nak balik kampung tapi bila adanya pemandu yang mementingkan diri macam ni memang susah la. jalan clear pun jadi jam. anak-anak mata bertahan betul. pukul 1 lebih baru la tumbang kat seat paling belakang. itu pun dah siap bentang tilam kecik untuk keselesaan dia orang tidur. aku pun tak tidur mana. temankan husben drive. tidur kejap-kejap je. my SIL awal-awal lagi dah tidur dulu. penat kot. sampai rumah dah pukul 4 lebih. memang waktu yang sedang elok untuk bersahur. tak ada la aku makan sangat. biasanya hari last puasa macam tu la. masing-masing dah kurang selera nak makan. my BIL dengan SIL sambung perjalanan balik Terengganu. memang dia orang tak sempat nak balik bersahur pun. berbuka sempat la.

malamnya lepas tidurkan anak-anak kejap dan lepas aku tidur, around 1 am jugak la baru start marinated ayam dengan rempah untuk buat ayam goreng berempah requested daripada husben jugak. lauk masak awal sikit. Ayam Kurma. my sis dah masak rendang awal-awal lagi. pagi esoknya baru start masak Nasi Bukhari sepertimana yang husben nak sangat makan. aku tak pernah buat. kiranya ni first time buat la. dah siap nasi, goreng ayam pulak. dalam pada tu abang aku yang duduknya di Klang baru je sampai kat rumah. raya tahun ni semua orang ada kat rumah la. macam tu jugak dengan rumah MIL.

senyum simpul tu.


bergegas la packing baju, siapkan anak-anak dengan husbennya sekali. adehhh... naik pening pulak. bawak baju pun seadanya. sebab malas nak bawak banyak-banyak. tengahari lepas beraya rumah sedara mara yang mana sempat, terus la kami ni bertolak balik ke Terengganu. aisey... sempat singgah kedai gambar untuk ambik pic sefamily ye. hehehe... aku la request yang itu. last ambik pic kat kedai masa Kak Long baby lagi. dah lama kan? okay... gambar tak siap lagi. takde hal sebab nak balik kampung. nanti dah balik Pekan boleh la singgah ambik. perjalanan okay je. alhamdulillah. jammed pun tak teruk mana. cuma aku la terlelap dua tiga kali sebab penat tak hilang.

sampai rumah MIL memang padat la. tak ada ruang nak ke mana-mana. bilik semua dah kena occupied. hahaha... jadik kami ke rumah my SIL. tidur kat sana. tak tidur kat rumah MIL macam kebiasaan. anak-anak pun happy je duduk rumah baru Ibu Long dia orang. so takde hal sangat la. tahun depan lagi padat. begitu jugaklah tahun-tahun akan datang bila sorang-sorang SIL and BIL yang akan tinggalkan alam bujang. lama-lama rumah SIL aku pun tak muat nak tampung semuanya. muahaha... tapi tetap meriah dan happy juga adanya. alhamdulillah...

tengah makan ni.






my foot: masa untuk balas jejak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Anak-anak juga yang seronok berhari raya. :)

    ReplyDelete
  2. Sama la kita masa Raya langsung tak online, sibuk memanjang ;D

    Takpe kak, walau rumah MIL sesak yang penting tetap happy kan ;O)

    ReplyDelete
  3. Hati2 semasa memandu. Ingatlah org tersayang. Kehkeh.

    ReplyDelete
  4. wani raya xonline lansung hr ni br start online hihi

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign