Fresh from the owner...

14 August 2012

Ragam Azfar.


Azfar memang kelakar. pandai ambil hati orang. mungkin sebab dia selalu jadik perhatian. sebab tu la kot dia suka buat kelakar tak ingat. sekarang ni kalau ada abahnya, dia nak dengan abahnya je la. berkepit je. kecuali time dia nak tidur or time berjalan baru dia nak dengan aku. demand kan? boleh tahan. kalau kat kampung, petang-petang or pagi-pagi Tok Abahnya bawak berjalan. tapi kat sini abahnya la yang akan bawak dia berjalan. kalau tak pun, malam-malam lebih kurang pukul 8.30 ke aku bawak la dia keluar tengok budak-budak main bunga api.

dah banyak jugak perkataan yang keluar dari mulutnya tu. Kak long masa setahun dah pandai cakap. sama la.  dah pandai panggil 'Yayong' untuk Kak Long dan 'Ngangah' untuk Kak Ngah. Ball disebutnya 'boi'. hahaha... nak mandi dia akan bagitahu 'andi'. air dah tentunya dia fasih mintak. kalau nak makan nasi dia akan ambil pinggan dan cakap 'tacik'. kalau lepaskan dia keluar meamng dia suka sangat. macam baru lepas daripada kurungan. sabar je la. dan Azfar jugak pantang nampak sliding door terbuka. cepat je pergi kat pintu. nak keluar la tu.

cepat je rasa besarnya si Azfar ni. dah macam-macam benda dia buat. panjat sofa. panjat belakang orang. berlari pun dah boleh tahan sekarang ni. adehhh... manja pun lebih. memang terlebih manja la. kalau kena marah dengan abah dia confirm menangis. entah apa-apa la adik kecik seorang ni. baru-baru ni akibat laju sangat berlari daripada dikejar Kak Longnya, dia terjatuh depan pintu. merah jugak hidungnya. takpe... dia akan tetap hensem masa raya nanti. hehehe... insyaAllah!!!








my foot: sedaya upaya untuk balas jejak dalam mood yang tak menentu ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. hero..sal ni hensem lor...hihihii..

    ReplyDelete
  2. best kan tengok ragam anak2 yg nak membesar ni hihi

    ReplyDelete
  3. Azfar main lari2 dgn kak Longnya ya....

    ReplyDelete
  4. azfar si kacak. lbh kurang adli je lasaknya. baru hendak eksplore dunia. slmt blajar azfar.

    ReplyDelete
  5. azfar putih.. tu yg nampak merah kalu jatuh :-)

    ReplyDelete
  6. Macam2 akalnya erk..
    Hi3!!!
    X apa kak asalkan dia sihat.. ;D

    ReplyDelete
  7. Bila tengok anak membesar depan mata dengan pelbagai keletah membuatkan kita rasa bersyukur kan kak :)

    ReplyDelete
  8. Ni kalo jumpa dgn anak elly si aryan mmg leh geng ni....heheehe

    ReplyDelete
  9. comel...anak umur gini memang x mahu diam dah..habis satu rumah dia kawat..hihi

    teringat anak bujang sy masa kecil..memang jenis ligat tul tapi selalu jer telatahnya mencuit hati..:)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign