Fresh from the owner...

11 August 2012

Pasar borong Ulu Tiram.



hari khamis first time aku ke sini. husben ajak untuk cuci-cuci mata katanya. dia pun baru tahu pasal pasar borong ni. dan jugak first time datang. daripada Pasir Gudang nak ke Ulu Tiram tu dekat je. ada la dalam 30 minit masa perjalanan kot. tak tengok jam la pulak. lagipun itu laluan biasa kalau nak balik Pahang. cumanya semalam, jammed panjang. Ya Allah... ramai betul yang datang ke sini. husben kata pasar borong ni buka seawal 6 pagi. masa kami sampai dalam pukul 8 tu, kereta dah bersusun kat kiri kanan jalan. ada yang sanggup berjalan kaki sejauh 200 meter. husben tak nak berjalan kaki. kesiankan anak-anak katanya. aku okay je. sebab awal pagi. tak panas lagi kan. cuma penat sikit sebab kena dukung Azfar la. dia tidur on the way nak ke Ulu Tiram. hehehe...

memang dia orang borong sakan la. tapi kat sini kena pandai pilih barang-barang. sebabnya tak semua yang ada tu murah macam yang kita dengar. husben cakap kena perhati betul-betul sebab ada yang datang tu memang beli borong. tapi dia jual jauh sikit daripada tempat yang dia beli boring tadi. harga borong murah. jadik kalau dia jual loose, dah tentunya dia akan naikkan harga. husben nak beli jeans. untuk kerja la. tapi bila pergi kat satu tempat tu dia jual lebih mahal. kalau kat pasir gudang boleh dapat harga dalam RM50 untuk jeans daripada Hong Kong tapi orang yang dia tanya tu jual paling murah pun RM70. itu pun lepas tawar-menawar ye. tudung pun banyak pilihan. kalau jenis pakai size L ke M ke S memang banyak la. nak carik size XL yang aku suka tu susah sikit. last-last pergi beli kat Kip Mart jugak adanya. harharhar...

tapi untuk cuci mata dan cuci duit memang seronok la pergi sini. banyak jugak barang-barang murah. kalau pergi time tak puasa lagi sedap nak berjalan-jalan. kawasannya luas. lagi besar daripada Pasar Borong Pekan  (Kak Ieda tahu la kan Pasar Borong Pekan tu macam mana.) nanti kalau dah permanent balik Johor ni, boleh singgah lagi ke sini. nak beli barang-barang keperluan rumah or just cuci-cuci mata pun okay jugak. sesekali kan? apa salahnya berjalan jauh sikit. at least lepas jugak rindu kat kampung halaman sendiri.

pic tak adanya nak ambik. nak berjalan pun jammed.berlaga bahu ke bahu. pergh... memang kaw kaw la. especially dah dekat nak raya ni, ramai la nak menambah barang-barang kat rumah kan? aku tak ada la shopping gila-gila pun. husben beli jeans. aku beli slacks je. alas kaki untuk rumah dua helai. itu je la. dok memusing je lama. nasib baik jugak la husben ikut sama. kalau dia suruh aku je pergi sorang, confirm tak jumpa jalan balik. sebabnya bila nak balik tu, bertembung dengan kawasan yang aku rasa dah lalu. adeh... mana jalan keluarnya? huhuhu... (^_^) okay, sila ikut husben ye!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. salam akak,
    nie details ika yer.
    thanks inform kad raya dh sampai :)

    ika takut tak on9 2, 3 hari nie.

    Noor Atikah Ramli
    No 5224-G Lorong Kubur Langgar,
    15200 Kota Bharu,
    Kelantan.

    ReplyDelete
  2. uishhh luas tuu kalau lebih besar dari pabo di pekan nie dik ..
    hurmm letih lutut ekke

    yelahh , akk punn kalau dah ramai2 nie rimass sebenarnya .. kalau hubby akk mauu nyee nak ikut tmpt macam nie , selalu tuu akk ke pabo ngan ummi aje huhuh

    ReplyDelete
  3. kalu g pasar borong boleh cuci calat la wallet hikhikhik

    ReplyDelete
  4. best tu dpt gi shopping..:)

    ReplyDelete
  5. borongggg jgn tak boronggggggg

    ReplyDelete
  6. walau pun orang johor saya memang tak expert jalan johor ni.. nak pegi ke aeon kat tebrau tu pegi jalan lain balik jalan lain..main taram je..

    ReplyDelete
  7. sampai terlupa jalan keluar..hihi
    mmg sesuai tempat cuci duit ni :)

    ReplyDelete
  8. dah ada anak2 kecik saya tak done nak gi tempat sesak2.. :p

    ReplyDelete
  9. memang best pergi pasar borong macam2 ada..murah pun murah..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign