Fresh from the owner...

08 August 2012

Mood ke lautkah? Adehhh...


susulan pic WW #39. ni kad raya tahun ni untuk dear husben. actually aku ada buat kad untuk dia. tapi malas nak print. muahaha... kad untuk Kak Long berikan pada cikgu-cikgu dia je yang aku print hari tu. untuk husben aku carik je. pesal entah malas nak print. setiap tahun aku bagi kad kat husben. dah jadik macam benda wajib bagi. walhal, bukan ada apa pun dengan kad. cuma tahun ni aku poskan daripada Pahang. jadinya dia akan dapat kad tu insyaAllah hari Khamis.

biasanya jugak kad yang aku bagi tu mesti ada perkataan 'suamiku'. tapi tahun ni punya tak ada. sebab tak banyak pilihan la. kalau ada pun yang ada music. lama mana sangat bertahan yang ada music tu? lepas dua tiga tahun hilang la bunyinya. pengalaman bagi kad macam tu a few years back. dia bukan tahu pun aku nak bagi dia kad. cara aku untuk gembirakan dia jugak adanya. tambahan pulak dengan kesihatan dia yang kureng baik sehari dua ni. semalam pun dia hampir nak pitam. tapi gagahkan jugak pergi kerja. memang husben kalau demam lambat sikit boleh baik. especially bulan puasa. dia kurang minum air. penambahan dengan sakit yang dia sedia ada. aku sedia maklum tu.

macam dia cakap, lebih baik tak tahu apa sakit daripada tahu. bila tak tahu badan still boleh terima apa je. tapi bila dah tahu sakit, macam-macam sakit lain akan datang. betul jugak tu. badan demand la bila kita dah tahu dia sakit kan? okay... macam biasa, tajuk lain tapi cerita panjangnya benda lain. muahaha... harap bersabar la ye. memang begitulah kalau dah start menaip. banyak benda nak cerita.

tapi mood ada sikit ke laut la sekarang. actually, dah banyak yang ke laut. pagi je la sempat post satu entri. lepas tu nak kena bersihkan rumah ni. memang dah macam tongkang pecah. semalam baru lepas mop lantai kat tingkat bawah. itu pun berdebu jugak lagi lepas kering. untuk sementara ni duduk la dengan keadaan yang biasa-biasa je. aku okay je. husben la cakap kesian kat aku sebab nanti kena masuk dalam rumah ni dalam keadaan rumah yang tak siap renovate. aku okay je. buat sikit-sikit la. tak ada demand-demand. 

daripada hari tu lagi dah aku cakap buat seadanya. aku tak kisah tapi dia kisah sebab dia plan dah apa yang dia nak buat kat rumah tu. husben nak aku masuk cuci kaki je. tapi disebabkan banyak sangat masalah, rumah tu terbengkalai hampir 5 tahun. baru ni la baru dapat duduk dan settlekan everything. sebab baru ni jugak kami start all over from the scratch. aku tak demand. tak pernah demand. Ya Allah... jadikanlah aku manusia yang menerima semuanya seadanya. amin!!! remind me of what my biras had said: "Abang Yik (my BIL) kata Kak Sal bagus sebab tak pernah merungut."

hahaha... nak merungut apanya. cukup makan pakai pun dah okay. biar la tak kaya or senang macam orang lain. at least we still have each other dengan tiga permata hati yang macam-macam ragam ni. itu dah cukup buat aku rasa senang hati, sakit hati dan segala-galanya yang melibatkan hati lagi. hah, kata mood ke laut. sekali taip entri lebih daripada laut dah adanya. muahaha... berdoa agar aku terus jadik isteri dan ibu yang terbaik untuk family kecik aku ni. amin!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. waaaa ada kad rayo comel romantis :D

    ReplyDelete
  2. oppss..saya pun baru beli kad sebijik macam tu semalam..huhu..kad sekarang ni banyak yang tak menarik dah..

    ReplyDelete
  3. js pun dh lama tak berkad ngan encek hemsem...hihi

    ReplyDelete
  4. wah...untuk laling ya!!

    ReplyDelete
  5. so sweet ...kad raya tuk suami... sgt sweet :D

    ReplyDelete
  6. insyallah..mudah-mudahan ye kak..
    oooo..dh terjawab tok husben upenya =)

    ReplyDelete
  7. rajin lah jugak adik bagi kad raya buat hubby .. ekkee akk since kawin x pernah bagi kad raya buat hubby ..
    entahlahh
    mgkin kena bagi koot , utk bangkitkan rasa cinta ehehehe ..

    cantik
    mood ?? awat x der dikkk
    akk mood nak raya adalah nie
    boringg aje ekek ;)

    ReplyDelete
  8. KA tuk en hubby xde kad22 pown, nnti pagi raya kita cakap depan2 hehehe

    ReplyDelete
  9. owh kad utuk husband rupanya hihi

    ReplyDelete
  10. romantiknya..dah kawen pun msh bgi kad raya lagi..huhu

    ReplyDelete
  11. owhh Sal nk masuk umah sendiri ke?
    Sorry kalo tak betul..maklumlah byk cerita yg g terlepas sebelum ni..
    Nak masuk umah mmg pakai byk duit kan...InsyaAllah nnti lama2 lengkap rumah tu...

    G pun mood bebrlog kelaut bulan poser ni...hanya up 1 entry je sehari..jadik le...takde apa sgt pun nk cerita

    ReplyDelete
  12. sweetnyeeeeeee. cantek kad. nak jugak. hehe.

    ReplyDelete
  13. dah 2 tahun tak bagi kad raya..huhu..
    nak beli asik lupa je..nak buat sendiri x kretif pulak..haha

    bersyukur dengan apa yang ada..ada org yang lebih susah kan.

    ReplyDelete
  14. wah! kad raya romantis...cantikk.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign