Fresh from the owner...

03 August 2012

Melayang RM8.


alkisahnya pada hari Selasa lepas, aku tinggalkan sekejap handphone ni kat rumah. letak atas meja je. mula-mula tu bagi my sis guna. lepas tu aku tak teringat pun nak ambik. sampai la petangnya bila nak sms husben. sebab dia tak sms sepanjang hari tu, jadik macam musykil la sikit. dia kerja malam. takut dia terlajak tidur. sebab ada la dua tiga empat kali jadi macam tu. dia kata aku tak kejutkan dia. muahaha... dah dia tak pesan, aku tak kejutkan la. sekarang ni nak tahu dia tidur atau tak, sms je dulu. dalam 10 minit tak ada balasan baru call.

masa mula-mula tu aku tak perasan apa-apa yang pelik. anak buah yang sorang ni pinjam nak dengar lagu. lepas tu dia pulangkan sebab ada mesej katanya. bila dah baca dan delete baru terperasan ada mesej lain masuk dan ada orang dah buka. aku tanya anak buah aku tu ada usik benda lain tak selain daripada dengar lagu? dia orang cakap tak ada. so, aku checked mesej tu. bukan waktu budak-budak ni dengar lagu. sepanjang aku tinggalkan kat atas meja tu, ada orang usik dan main game macam pic kat atas tu. tapi game yang ada dalam handphone aku ni sampai level 1 je. nak main lagi kena beli la.

mesej tu kata aku dah beli game tu. dan dia orang sent unlocked code. mula-mula aku tak tahu game apa. tapi aku tried je unlock game Crazy Penguin ni. memang sahih ada orang main game tu dan terbeli secara tak sengaja sebab dia tak pandai nak exit. bengang la jugak kejap. sebabnya? RM8 dipotong untuk beli game tu je. mahunya tak bengang. bukannya sikit RM8 tu. memang menyirap jugak la. bulan puasa ni kena banyak sabar. bila tanya siapa yang main, sorang pun tak mengaku. last-last anak buah aku yang lelaki tu confessed dia yang main tapi dia tak tahu pun dia beli game tu. dia kata tak baik dia menipu bulan puasa. lebih baik dia mengaku je. huhuhu... nak marah sangat pun, dah terbeli. dah hilang pun RM8 tu. cuma terkilan la sebab membazir dah kat situ.

jadik, dah terbeli tu, aku main je la game ni. dah habis semua level dah aku main. sekarang ni main untuk improve score je. itu pun main time susukan Azfar or dok layan kelembapan line internet ni. huhuhu... sabar je la kan?






my foot: dah Jumaat. baju satu apa pun tak packing lagi. aisey... tak ada mood la. tolongggg!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 comments:

  1. same laaa.....tolonggg......!!

    ReplyDelete
  2. perghh ! rm 8 tuu . haishhh . kalau ika konfem dah marah . hikhik

    ReplyDelete
  3. Hihihi..akhirnya ko main juga game tu ye dear..ok la tu tak membazir la kiranya..boleh la isinmasa lapang kan? Hikhik

    ReplyDelete
  4. Sudahnya, 'makbuah' yang main. :)

    ReplyDelete
  5. ada jugak faedah siap akak pun blh main.. hihii

    tapi bagus ank sedara akak tu.. mengaku :-)

    ReplyDelete
  6. nk wat camner bkn rezeki kan kak.. tp mmg tensen la jugakkan.. huhu..

    sy skrg ngah kemaruk main games airport city.. donlod kt market android.. seb baik free.. :)

    ReplyDelete
  7. huhu..memang sbaar je rasanya...

    ReplyDelete
  8. sy pernah jugak jd mcm nih...tp dpt msg unlocked code tuh sy buang...

    ReplyDelete
  9. akhirnya dpt gak main game...hihi

    ReplyDelete
  10. Sakan dia men game..
    Amboi!!!!!
    Hi3!!!!
    Happy Weekend, Salam Nuzul Quran & TC yer.. ;)

    ReplyDelete
  11. hehe..sabar jela..tp okla tu, ada gak mainan di kala boring...

    ReplyDelete
  12. mahal gak eh 8 hinggit yg melayang tu...sabar je la

    ReplyDelete
  13. mmg bengang kalau gitu..rm8 besar tu nilainya kan..

    ReplyDelete
  14. salah tekan sikit terus charge duit top-up kan..bahaya..

    ReplyDelete
  15. Best ke crazy penguin tu? nak beli jugak la. Heheh.

    ReplyDelete
  16. hikkk..dalam marah-marah..boleh main sama tu..hihi

    ReplyDelete
  17. line lmbp??pekara biasa kak..hehe..ah..meh sha tlg packing..hehe

    ReplyDelete
  18. budak2 kan, dia main tekan aje pe dia nak, sampaikan abis kredit kita

    ReplyDelete
  19. huhu. sabor jela ye. kire sedekah. :)

    ReplyDelete
  20. alang2 dah rugi rm8, layan juga game tu ya ;)

    ReplyDelete
  21. biasalah budak2...tapi rugilah rm 8.00

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign