Fresh from the owner...

28 August 2012

Mahu check up.



bukan pregnant ye. asal ada tajuk check up ingatnya pregnant je. muahaha... since sendi kat tangan tak baik-baik lagi, lepas urut pun makin sakit, pergi hospital la pulak tengok apa kata MA ke doc yang merawat. dah dua bulan dan sakitnya tak hilang-hilang jugak. tempat yang sakit pun nampak macam bengkak sikit. nak angkat benda yang tak berapa nak berat tangan kiri biasanya okay je. tapi sekarang tak. boleh je kalau nak paksa. tapi sakit sikit la.

masa sampai OPD tengok orang dah ramai. aku sampai pun dah pukul 10.30 pagi. ramai yang nak buat medical check-up untuk kemasukan ke U. teringat zaman aku nak masuk U dulu. pergi medical check-up pun ayah aku temankan. medical check-up untuk kerja pun ayah aku ada sama. adehhh... memang semuanya dengan ayah aku la. apa-apa pun bapak aku tu la yang dok ikut aku pergi sana sini. time tu ayah aku kenal dengan kebanyakan orang kat hospital tu. maklum la bekas staff kan. jadik dia mintak tolong dengan kawan-kawan dia je la. hehehe... cepat je kerjanya.

bila dah register, tengok turn sikit punya lama kena tunggu. masa tu baru nombor ke 63 dipanggil. sedangkan nombor aku 88. lama tu. panjang lagi masa menunggunya. daripada dok menunggu tak buat apa, aku pergi pos kad raya. sempat jugak buat ic baru lagi tu. aku ingatkan kejap je dah boleh dapat ic baru tu. tapi rupa-tupanya kena tunggu 3 bulan. nanti dia orang akan poskan ke Johor la ic aku tu. ambik kat sana je. ada tiga kaunter yang bukak kat JPN ni. sebab orang tak ramai kan. tempat pun kecik je. tapi ada staff tu yang langsung tak senyum. even kita senyum pun dia macam tu je la. at least maniskan la muka tu. bukan kena bayar pun. tak tahu la kalau memang jenis dia air mukanya macam tu kan.



settle ic dan balik semula ke hospital ngam-ngam je angka ke 83 dipanggil. lama sikit dekat JPN sebab thumb print tu tak dapat nak detect ibu jari kanan aku. muahaha... pening kejap kepala dia orang sebab dok scanned ke ibu jari je. scanned belah kiri okay. tapi kanan tak okay. sila settlekan ye sebab itu dah kerja kau orang. saya datang cuma nak buat ic baru je. nanti saya collect la bulan 12 kat Johor. (^_^) bila turn aku jumpa MA, dapat ubat sebab dia cakap, doc akan suggest makan ubat dulu. kalau tak jalan jugak minggu depan jumpa doc. nanti doc akan suggest untuk buat x-ray ke ambik darah ke... apa-apa je la. tapi bila sakit tangan kiri dekat sendi, rasanya macam Arthritis yakni radang pada sendi.

jadi kena habiskan ubat dulu dan tunggu je la hasilnya nanti. kalau still tak berapa nak okay, memang kena jumpa doc. adehhh... doa-doakanlah ubat tu berkesan untuk sendi aku ni. tapi kalau sakit ni adalah yang terbaik untuk aku, redha menerima seadanya. tapi kena usaha untuk ubati dulu kan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. As salam Kak,

    Sakit sendi ke? Lepas raya ni makan mcm2 ot... semoga cepat sembuh ye... Take care kak :))

    ReplyDelete
  2. semoga sihat ya, inshaallah amin:)

    ReplyDelete
  3. heheeh mcm tau2 je intro tu..
    br nk ucap tahniah gara2 baca tajuk entry kt atas nunnn......

    harap2 takde yg serius ya..

    ReplyDelete
  4. eh pandai sal bajet mase....sampai2 lepas pos kad raye buat ic bagai dah no 83...kalo lieya mmg fail bab2 bajet nombor nak naik..selalu ajek telepas wakaakakakaakak....

    ReplyDelete
  5. nak komen part senyum tu.. huhu.. cukup letih kalau berurusan dgn org yg tak nak senyum ni.. mahal sangat senyuman dia tu... :)

    ReplyDelete
  6. Biasanya org kena kat lutut kan? Kat tangan pun bleh kena ye?

    Harap2 takde apa2 la. So, kena la makan ubat tu. Siap sempat buat ic lagi tu. Keke.

    ReplyDelete
  7. ingatkan pegnent tadi hehehhe

    ReplyDelete
  8. mula2 ingat prgnt gak..hihi

    ReplyDelete
  9. minum la susu anlene. hehe.

    ReplyDelete
  10. org mengandung kan tiap2 bulan pregnant tu yg jd slh sangka hahaaa

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign