Fresh from the owner...

07 August 2012

Kad raya pertama.

seronok dapat kad raya ni. mengimbau kenangan silam kan? ngeeee... memang kalau zaman budak-budak dulu selalu je tulis 'Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas'. tak pun, 'Pecah kaca pecah sampan. Sudah baca harap simpan'. betul tak. ada pulak main paksa-paksa balas kad raya. entah apa-apa la. tapi seronok bila tengok kad raya banyak. seronok jugak mencari kad raya untuk diberi kat kawan-kawan. zaman-zaman aku tu dulu, kad raya banyak pilihan. macam-macam jenis ada. daripada kecik kepada besar. memang rambang mata la kalau nak beli tu.

tapi sekarang ni dah tak macam tu lagi. kad raya pun dah tak banyak design. budak-budak ni pun dah tak excited macam mana aku dulu. siap beli yang khas untuk cikgu lagi. hehehe... untuk Alya, aku buat je kad raya untuk bagi kat cikgu-cikgu dia. pada kad tu ada muka dia. kenangan tu nanti kalau dia dah pindah. biasanya aku simpan kad-kad raya yang aku dapat. tak tahu la cikgunya tu simpan ke tak. tapi sayangnya, kad-kad yang aku simpan tu dah masuk dalam perut anai-anai. huhuhu...

kad daripada ch@. hasil kreativiti sendiri tu.

ini pulak daripada wanieys.
.

kad ni sampai hari yang sama. hari Jumaat.  terkujat bila tengok ada kad raya. sampul kad raya daripada ch@ tu terkoyak sikit sebab kena lidi kecik kaler oren tu. tapi aku suka sebab aku suka pelita. si ch@ yang kreatif tu memang la... rajin betul buat kad raya. aku? tak ada maknanya la.

kad raya wanieys pulak kaler gold. cantik kadnya walaupun design tu simple je. terima kasih ye buat ch@ dengan wanieys sebab bagi kad raya. nanti bagi add kamu kat akak ye. boleh la akak balas kad raya tu. seronok ni. mood nak tulis-tulis pada kad raya. eleh... macam bebudak pulak!!!







my foot: pagi ni bersahur hari kedua kat Johor. kalau masa pregnantkan Kak Long pernah jugak bersahur kat sini tapi husben bawak pergi cari kedai makan la sebab time tu dia menyewa. tak ada dapur apa. pukul 4 pagi cari kedai makan nak bersahur. kenangan tu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 comments:

  1. Yg paling best dulu2 dpt kad raya ada lagu.. :)
    Mmg seronok kan dpt kad raya. Dulu2 siap gantung lg... terasa meriah nk raya

    ReplyDelete
  2. wah bestnya dapat kad raya //nakk juga..

    ReplyDelete
  3. comel nye kad raya.. dni tahun ni tade kad raya. hik3

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dh sampai yer kak...sama2 la kak...ala kak buat susah jer nk balas hihi

    ReplyDelete
  5. e'eiii teringat zaman2 sekolah dulu...lieya dulu zaman skolah yg byk dpt kad raye...bile dah keje ni semakin berkurang..skrang ni lagi laaa...sms raye je laa dpt di ari raye ekekeekekek

    ReplyDelete
  6. sama2 kakSal. hihii, baca entry ni sambil dgr lagu raya, syahdu sungguh.

    ReplyDelete
  7. wahh...tak dpt lagi kad thn ni..

    ReplyDelete
  8. bestnyaa dah dpt kad raya ;)

    ReplyDelete
  9. seronok dapat kad raya

    ReplyDelete
  10. Kakcik baru dapat satu kad. nanti nak tunjuk juga kat blog. :)

    ReplyDelete
  11. bestnya! lama dah tak dapat kad raya.. zaman sekolah dulu siap berbalas balas ada kad raya bunyi bunyi..yg ada boyfriend tu siap letak bedak bagi wangi..hahaha..

    ReplyDelete
  12. wah cantik kad raya dari waniey kan..

    ReplyDelete
  13. bestnye dpt kad..JS mmg dh lama tak?..hihi

    ReplyDelete
  14. dpt jugak kad raye waniey. yg first tu cantik lah. ;)

    ReplyDelete
  15. seronoknay dapat kad2 raya!

    ReplyDelete
  16. Cantiknya kad raya hand made. Kalau saya pun suka buat sendiri kad2 mcm ni.

    ReplyDelete
  17. kreatif tul ch@ tu ya..kad buat sendiri..dan cantik..:)

    ReplyDelete
  18. Makin pupus dah amalan bg kad raya ni. Tahniah pd yg masih menghantar dan menerima. Ibu yusuf dpt kad raya dr jabatan kerajaan je.. Hehe..

    ReplyDelete
  19. kita kalau zaman sekolah dulu berlumba lumba kumpul kad raya kan..pastu siap gantung2 lagi..syg la sekarang dh ilang semua tu..

    ReplyDelete
  20. kad raya pertama g dpt...Kementerian pengangkutan yg bagi..hehe rsnya tu lah satu2nya kad yg g dpt tahun ni :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign