Fresh from the owner...

04 August 2012

Jejak oh jejak!!! Bila boleh balas jejak?

sempat online ye. belum balik lagi sebab 'flight' aku tunda sampai pukul 4 lebih. hahaha... flight la sangat. husben akan bertolak daripada Johor dengan dua orang adik dia dalam pukul 12 lebih. kiranya anggaran sampai sini pukul 4 lebih la kot. sampai kat Dungun mungkin pukul 6.30 ke 7 ke. tengok pada keadaan lalu lintas macam mana. BIL aku la nak ikut balik jugak. kena tunggu dia habis kerja pukul 12 tu. okay... kiranya orang baru kawin (tak ada la baru sangat. dah 9 bulan kawin pun. tapi sebab wife kejap-kejap kena balik Mesir nak periksa dan dia pulak duduk kat laut for two weeks dan sekarang ni pulak duduk jauh, memang kerap la dia nak balik.) memang macam tu la. muahaha...

Azfar ni demamnya on off la pulak sekarang. dua hari okay, lepas tu demam pulak. Kak Ngah pun sama. tapi Kak Long tak pulak macam tu. semalam husben tanya boleh ke balik dengan keadaan anak-anak macam tu? aku cakap boleh je, insyaAllah. pagi ni Azfar okay je. tapi Kak Ngah pulak muntah. adehhh... muntahnya pulak atas baju yang aku tengah-tengah packing. perghhh... dah kena basuh dan cari baju lain sebagai ganti. bila dia start muntah tu petanda tak berapa nak sihat la tu. dok ulang emam je budak berdua ni.

baju-baju dah packing? tak adanya nak packing semua. hahaha... bila husben kata bertolak pukul 12, dok layan blog la kejap. ada lagi masa nak packing. nanti mula la. ada pulak barang yang tertinggal. mesti menyirap tahap sirap cik abang sayang seorang tu. huhuhu... mood macam tu la. tengah packing bila tahu lambat lagi nak balik dok main tangguh-tangguh pulak lagi. teruk betul la perangai.

apa pun hari ni birthday Kak Ngah kalau ikut bulan Islam. 15 Ramadhan. lahirnya pulak malam. 2121 malam. bila kenang kelahiran dia rasa macam baru je. actually birthday dia ikut kalendar biada lambat lagi. ada lagi sebulan. 

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YE KAK NGAH!!!







my foot: isi tak ada langsung kena mengena dengan tajuk. eh, siapa kata tak ada? ada la. maknanya belum mampu balasa jejak. tunggu ye. terima kasih sebab sudi datang melawat aku kat sini. sayang kamuuuuu!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. sama lah ngan js...kalau tunda lg lambat la berkemas..hihi..

    dulu2 slalu excited skrg biasa2 je...^^

    ReplyDelete
  2. moga anak2 sal sihat2 hendaknya...

    ReplyDelete
  3. selamat hr ulang tahun kak ngah....dan lagi yer kak berblog hihi

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir juga buat kakngah..semoga cpt sembuh

    ReplyDelete
  5. lau xsma pun xpala kak..yg pnting isi nya tu..hehe..

    ReplyDelete
  6. selamat ulangtahun kakngah....

    saya pun xsempat bls jejak lg kak.. :-)

    ReplyDelete
  7. selamat hari lahir buat kak ngah ya..cr pun belum pack lagi...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign