Fresh from the owner...

30 August 2012

Hari terakhir Kak Long di PASTI.

esok dah cuti. hari ni hari terakhir Kak Long sekolah kat PASTI. start minggu depan dia melepak kat rumah la sampai hari yang sepatutnya kita orang balik Johor. nak balik pertengahan bulan 9 ni. tapi berhentikan dia awal sebab banyak benda nak settle kat rumah ni sebelum boleh pindah. baju-baju tak habis packing lagi. banyak lagi barang yang tak sorting. nak kena prepare untuk balik Terengganu dulu sebab SIL nak kawin. minggu sebelumnya tu nak bawak Azfar ke pakar untuk tengok result darahnya macam mana. doakanlah dia tak apa-apa.

untuk hari terakhir Kak Long ni aku ada sediakan makan-makan untuk budak-budak kat PASTI tu. siap ada sesi bergambar lagi. itu aku la yang request sebab nak buat kenangan dia kan. kenangan dalam blog jugak. in case pic dalam simpanan hilang, dalam blog ada lagi. dia boleh tengok macam mana rupa cikgunya masa dia umur 4 tahun kan? kan? hehehe... eleh, aku dulu pun mana ada masuk tadika. masuk-masuk sekolah terus darjah 1. okay je sampai sekarang. orang lain merasa jugak tadika. tapi aku tak. tak ada jugak nak komplenkomplen. benda dah lepas. lagi pulak masa tu my mom sakit. my dad dah tentunya sibuk nak uruskan my mom.

jom layan pics dia:-

susun atur students. asalnya nak masukkan semua je.

ni dengan budak umur 6 tahun.

Kak Long dengan cikgu kelas sebelah.

dengan kawan-kawan sekelas.

ini cikgu Kak Long ye.






my foot: kat PASTI ni la Kak Long belajar berkawan. belajar ABC, 123, Alif Ba Ta. banyak benda jugak Kak Long belajar kat sini. jasamu dikenang ye!!! (*_*)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. nak pindah ????..mmg banyak benda nak buat..tambah lagi kalau ada anak ramai..lagi bayak kerja kan....

    kenangan untuk kak long entry ini kan..sweet jer ngan cikgu dia....

    ReplyDelete
  2. salam sis.wah kak long dah habis PASTI. pasnie msk skol mana? moga kak long jadi anak solehah, bisa membanggakan ibu ayah didunia dan akhirat.amin.. =)

    ReplyDelete
  3. Anak saya sempat dua bulanje di PASTI, pastu nak tukar sekolah lain sebab cikgu usik2 dia.. biasalah budak sensitif, cikgu usik ingat cikgu marah.. tapi saya suka sangat dia di PASTI sbb banyak perkembangannya walaupun dua bulan tapi nampak agak memberansangkan berbanding berada di KEMAS hampir setaun setengah tapi masih di tahap yang sama.. mengejapun macam teragak2, rasanya kalau dia lama di Pasti rasanya dah boleh membaca kot.. dan yang paling suka mungkin dah baca Al-Quran, 2 bulanjepun dan boleh hafal 5 surah2 lazim, tp bila dh tak bersekolah di situ mengajipun dah malas, biasalah kalau kita sendiri yang ajar, anak2ni mcm2lah pe'elnya

    ReplyDelete
  4. Memang pakaian seragam cikgu ke kaler pepel tu?

    Comel kaklong pakai tudung ;D

    ReplyDelete
  5. lalala..comeynya dia gmbr ngn cikgu

    ReplyDelete
  6. comel-comel nya budak2 ni. hee.

    ReplyDelete
  7. Alolololo!!
    Comelnya Kak Long..
    Mst teruja yer kak..
    Anak2 kita skrg dpt pendedahan awal..
    :D
    Kak,
    Selamat Hari Merdeka!!
    Happy Weekend & TC yer.. ;)

    ReplyDelete
  8. nk pindah mana sal..pasti cbuk la kan nk pack brg..semoga semua baik2 ye..

    ReplyDelete
  9. kenapa kuar gambar sama byk kali tu sal..

    comellah k.long buat mulut camtu..hehe

    ReplyDelete
  10. wahh..mesti jenuh nak mempacking bagai.. good luck ya..

    ReplyDelete
  11. sedihnya..kak long akan berpisah dgn kawan-kawan...

    ReplyDelete
  12. jumpa cikgu dan kawan baru pula lepas ni...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign