Fresh from the owner...

25 August 2012

Cuti-cuti terakhir.

ramai blogger yang masih bercuti dan masih jugak dalam mood bercuti jugak adanya. blog pun masih di tahap suam-suam kuku. mana-mana yang baru berblog semula tu mesti mencari semangat lepas puas bercuti kan? hehehe... aku pun macam tu jugak la adanya. nak bercerita macam-macam tapi nak bukak blog tu sikit punya malas. tambahan pulak dengan line yang hidup segan mati tak mahu ni.

hari ni aku keluar ke bandar kejap. cari subang baru untuk Kak Long. subang silver yang dia pakai sekarang ni hilang sebelah. asalnya hari tu hilang bahagian penutup kat belakang tu. puas cari tapi tak jumpa. semalam jumpa penutup belakang tapi bahagian utama suabng pulak hilang. adehhh... pening kejap!!! aku pakaikan dia subang kau. tapi tak boleh lama pakainya sebab subang ni aku pakai tak pernah tanggal. beli sendiri okay. beli emas dengan duit sendiri walaupun tak mahal mana tapi dah namanya duit sendiri memang bermakna sangat la.

tadi cari subang jenis cangkuk punya. ingatkan kedai ada la jual sebelah-sebelah je. rasanya macam ada. tapi kat sini tak ada pulak. kena beli sepasang la kan. dah tu tengok ada subang yang kedai tu jual less daripada harga asal. 50% less. banyak tu. cantik pun cantik. bukan silver tapi stainless steel. ingat nak beli satu je. tapi tak ada adil je rasa kalau beli sepasang je. last-last beli jugak la dua pasang. satu untuk Kak Long dan satu lagi untuk Kak Ngah. dah selamat pakai pun. yang silver tu simpan la. balik Johor nanti carik kedai yang ada jual satu-satu. kalau ada la.

sekarang ni pun masih berusaha nak balas jejak sambil tulis kad raya. hahaha... boleh gitu. susah nak jejak kasih ni dengan line yang tak menentu ni. ada blog yang boleh bukak. ada yang langsung loading sampai ke sudah. tension mak nak!!! nak tunggu tu entah berapa lama la. semalam tak on laptop pun. malam semalam lagi best. layan cerita My Name Is Khan. padahal dah tengok kat ABO. dah tengok My Name Is Khan tu, sambung tengok Fashion kat Zee. Fashion pun aku dah pernah tengok kat TV3. saja ulang tayang tengok. seronok jugak. pagi ni layan Diva, A Christmas Kiss. 

aku  jarang sangat tengok tv. sesekali tengok tu layan sampai habis la. hahaha... asyik tengok kartun je. tepu kepala otak ni ha. kena jugak la layan cerita-cerita selain daripada kartun kan? baru segar minda akak ni. (*_*) okay la... nak sambung blogwalking kejap sementara line masih okay dan tak meroyan ni.





my foot: this week would be the last week untuk Kak Long sekolah. lepas tu nak balik Johor dah. sambung sekolah kat sana pulak. doa-doakan kami selamat tempuhi hidup sendiri ye. amin...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. semoga selamat semuanya...best la kaklong n kakngah dpt subang baru

    ReplyDelete
  2. amin.........semoga semuanya selamat

    ReplyDelete
  3. mmg sunyi sepi je blog skrg ni. sume org still bercuti raya kot. ;)

    ReplyDelete
  4. best la diorang dpt subang baru hihi

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign