Fresh from the owner...

16 August 2012

Berbuka dengan Blog.

dah tak ada makanan sangat ke sampai berbuka dengan blog? adehhh... kesian betul la. boleh kenang ke makan blog ni. bukan blog aku la. tapi cool blog. alkisahnya masa bawak beli barang-barang dapur sikit, budak dua beradik tu sibuk sangat nakkan cool blog. entah apa rasa aku pun tak tahu. kalau sebelum ni dia roang dok pulun Sweet Hut. kali ni nak cool blog pulak. abahnya layankan je. tapi aku la yang kena order. alang-alang dah order tu aku order sekali la untuk aku. buat berbuka nanti la katakan. ngeee...

chocolate untuk budak dua orang tu.

iced lemon tea untuk aku.


masa budak yang ambik order tu tanya nak letak pearl ke tak, aku jawab letak je la. entah apa rasa pearl tu pun aku tak tahu. banyak la pulak dia orang letak. anak-anak langsung tak makan. tak sedap kata dia orang. aku saja je nak try sedap ke tidak ke cool blog ni. pada aku, okay-okay je la. sedap lagi ice-blended yang beli kat pasar malam kot. hahaha... ice lemon tea ni pun macam tak berap nak kena je dengant ekak aku. kalau air tu lain sikit la rasanya. tapi ni rasa macam kureng sikit. itu tekak aku la.

budak-budak ni pun minum tak habis. kalau Sweet Hut punya tu habis la jugak. ini siap satu tu sikit je Kak Long minum. selebihnya simpan dalam fridge. bukan selera dia orang jugak kot. ingatkan nak try ambik coffe pulak masa jalan-jalan baru-baru ni. tapi disebabkan masa dah suntuk dan takut BIL aku kat rumah tu tak makan (sebab dia ingat kita orang beli lauk), makanya tergesa-gesa la kami balik untuk beli lauk tapau. oh ya... minggu ni baru aku masak sebab dapur baru dah selamat dibeli dan dipasang di rumah yang serba tak lengkap ni. hehehe...








my foot: macam ni rupanya rasa cool blog ye?! cool la sangat. (^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. sedap ni...kena masa berbuka lagi best..:)

    ReplyDelete
  2. anak2 js mmg suka...tp kami tak suka letak pearl tu..rasanya takde apa2 rasa kot...^^


    selamat hari raya awak...maaf zahir dan batin..^^

    ReplyDelete
  3. saya suke jugak beli kalau pergi tesco .. tu pun kalau tak ramai orang saje.. suke minum sambil kunyah² cool blog tu hihihihihi .. coolllllll

    ReplyDelete
  4. kalau kat ofis ni yang gleme chatime tu..diorang kata sedap..ada gak rasa nak cuba..tapi tak teringin nak beli.. tunggu orang belanja la kot.. hahhaa..

    ReplyDelete
  5. Siap ada pearl tu yg tak tahan tu. Ntah apa ke benda la dia letak utk proses jadi bebola tu kan? Nak kata mcm agar2 tak pulak,

    ReplyDelete
  6. Cool blog ni takdela rasa nak sangat, cuma istimewa tang pearl tu la.. Tp rasanya tak letak lagi sedap kot ;)

    ReplyDelete
  7. klu xletak pearl tu lg ok rasanya hihi

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign