Fresh from the owner...

31 August 2012

Anak ayam dikejar musang.

selamat menyambut kemerdekaan yang ke-55 untuk semua rakyat Malaysia tak kira di mana berada. hari ni dah hari Jumaat. kejap je masa berlalu. aku ada masa lebih kurang dua minggu je untuk packing barang-barang. adehhh... lepas tu balik ke tempat asal. rumah my dad ni aku akan jenguk sekali-sekala je kalau berkesempatan nak balik. kalau balik sendiri okay je. entah bagi ke tak husben aku tu kalau aku nak drive sendiri.

pesal pulak tajuk ada anak ayam tapi cerita tak ada pun psal anak ayam. ala, intro biasa la. mesti cerita benda lain dulu baru cerita pasal ayam kan? hehehe... pasal ayam pun nak cerita ke? eh, suka hati aku la. blog aku kan?! (^_^) anak ayam ni daripada ibu berwarna coklat. tapi jarang la boleh jumpa anak ayam kaler kuning macam ni. cantik sangat. actually dah lama tak jumpa. ini first time lepas berpuluh tahun. masa kecik-kecik dulu biasa tengok. dah besar ni biasa tengok pun anak ayam kaler hitam dengan coklat je. balik-balik itu kalernya yang ada kat sini.

ibu dengan anak-anak ayam.

si kaler kuning.

ada tompok hitam kat kepala anak ayam ni.


saja nak buat kenangan entri ni sebab anak-anak ayam ni kalau turun 10 ekor yang hidupnya selalunya kurang dari lima. kalau dulu, masa ada kucing 'pendatang', anak-anak ayam ni kira beruntung sangat la kalau dapat hidup lama. sebabnya kucing tu makan anak-anak ayam. dah banyak kali terserempak dengan aku. dah banyak kali jugak kena kejar dengan anak buah aku ni. operasi menyelamat anak ayam la. tapi kalau dapat pun, anak ayam tu dah nyawanyawa ikan. konpem mati jugak in the end. sekali tu si kucing ni tertangkap. terus ayah aku buang kat tempat lain.

alhamdulillah... anak-anak ayam generasi baru ni dapat la hidup lama sikit. itu pun kalau tak dimakan biawak or benda-benda lain yang keluar waktu malam. tapi anak-anak ayam yang dua ekor kaler cream kuning ni survive sampai sekarang. ada seekor lagi adik-beradik dia orang. tapi yang tu dah mati. kaler coklat. yang tu seekor je kaler coklat tapi hayatnya tak lama. siapa bapak kepada anak-anak ayam ni tak diketahui. apa yang pasti, aku akan rindu suasana ni bila dah duduk kat Johor nanti. suasana taman dengan kampung mana sama kan? but life must goes on. sampai masanya kena berdikari dan hidup sendiri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. comelnyer chicky!:-) ym teringt pulak chicks yg kalerful tuh...huhuhu...warnawarni

    ReplyDelete
  2. hahahaha
    cute sgt ayam2 tue!

    ReplyDelete
  3. cm lgu pulak'ibu ayam dkejar musang,gempak giler

    ReplyDelete
  4. Rindulah dgn anak2 ayam ni nanti ;) iman suka tengok ayam.. Kalau jumpa mesti dia kejar

    ReplyDelete
  5. kena kurung dalam reban kalau gitu..:)

    sal ya..iza bagi peluang teka lagi 2x kali ya..gd luck..:)

    ReplyDelete
  6. ooo..sekarang ni dok ngan family ker...baguslah dok sendiri lagi mencabar...selamat kemas barang2 yer...

    anak2 ayam...tu comel jer kan...

    ReplyDelete
  7. biasa kalau di umah akk .. jarang sgt anak2 ayam nie leh hidup sama membesar ngan geng2 dia .. selalunya dlm 10 ekor tuu hidup 2-3 ekor aje .. sedih ..
    dah lah susah nak dpt ayam kg skrg nie .. umah akk biawak lah dik
    geram tgk
    lately nie kurang ;)

    ReplyDelete
  8. hehehehe... salam kemerdekaan ke 55 ye..

    ReplyDelete
  9. Salam merdeka juga.kt kmpg skang pun dh ssh nak carik ayam2 nie..:)

    ReplyDelete
  10. selamat hr merdeka sal

    rindu nk bela ayam...dulu2 kt kpg....ada 2 reban ayam...puaslah belai2 anak ayam yg gebu2..walaupun lepas tu kena kejar dgn ibunya..hehe

    ReplyDelete
  11. comel sangat :)

    saya mula dulu blk kg anak panggil anak ayam ni anak burung :)... sekarang dorang dah kenal :)

    ReplyDelete
  12. hihi comel jer anak ayam tu...tgk tajuk netry td mcm citer kartun pulak hikhik

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign