Fresh from the owner...

02 July 2012

Tunda. Esok baru pulang.

patutnya husben balik hari ni. pagi or petang  hari ni la. tapi last-last dia tunda nak balik. masa tanya Kak Long pun dia prefer abahnya balik esok. hehehe... reason dia tak nak balik lagi sebab anak-anak kurang sihat. maknya pun sama. semua dapat sakit daripada abah la ni. mula-mula Kak Ngah yang kena flu dulu. kemudian Azfar. last sekali maknya. Kak Long alhamdulillah... tetap sihat dan ceria dengan mulut bertih jagungnya tu.

maknya la yang teruk sikit kena flu sampai sakit kepala. mata pun kalau boleh nak tidur je. aku rasa semua orang rasa macam ni kot. budak-budak kalau selesema lain pulak. anak buah yang aku jaga tu pun kena flu jugak. alahai... yang tu lagi kesian. baru 4 bulan dah selesema. meragam lebih sikit la. tapi itu maknya la yang handle pasal aku tak larat kan. husben kata settle anak-anak dengan mak dulu. pergi klinik untuk ambik ubat.

lagi satu untuk check pergelangan tangan aku yang sakit ni. dia kata macam mana nak tinggalkan kalau semuanya sakit? adehhh... aku kata tinggalkan je la. bukannya tak pernah sakit. tapi alhamdulillah... anak-anak cuma flu je. tak demam. maknya macam nak demam tapi masih okay lagi for the time being. hehehe... memang mak-mak ni kena gagah la walaupun kureng sihat kan?

ke doktor, dapat ubat dan checked pergelangan tangan, dia kata ni urat yang sakit bercampur dengan sendi. dapat la ubat surut bengkak, ubat untuk sendi dan lastly ubat selesema. anak-anak dapat ubat selesema dengan batuk. especially Azfar sebab dia selesema siap dengan batuk. dan ubat demam sebagai ubat spare. sebab ubat demam dah habis. tapi sekrang ni aku rasa musim la. kat sini je ramai betul budak yang demam dengan selesema. kat klinik pun orang ramai bukan main lagi.

husben siap cakap: "Bukan dua hari tapi enam hari spent masa sama." hehehe... terima kasih ye. buat susah-susah je. kiranya hujung bulan ni husben tak balik la. dia akan balik hujung bulan bulan depan. untuk bulan ni dia dah cover sampai anak-anak puas hati dia ada sama. enam hari nampak macam banyak tapi tak cukup jugak sebenarnya. sebab masa tu berlalu cepat sangat kalau dah ada sama. huhuu... okay la daripada dok berebut je. enam hari tu cukup semua orang dapat. hahaha...





my foot: entri tanpa gambar. malas nak upload sebab kejar masa. tambahan pulak kureng sihat ni jadik macam letih je nak buat benda lain. tapi sayangkan blog, nak jugak la ada entri. tu yang sempat balas kunjungan slow2 je tu. tambahan pulak broadband ni dah nak sampai limit. very the slow la you!!! sabar menanti ye. macam la ada yang menunggu kan. aiseyyy... (*_*)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. bagus suami akak.. yel, dah akka skit pgelangan tgn la dgn flu la.. bdn mesti lemah.. sian kalu akak handle sorg2....


    ooo kalu hubby akak balik akhir bln dpn, mesti lg lama la kan.. sbb campur dgn cuti raya lagi :-)

    ReplyDelete
  2. Salam.. Sal, tak sihat ke? anak2 pun tak sihat yea? kalo sowang sakit, abis nyangkit semua kan, sabar je la... hope cecepat sembuh..take care...

    ReplyDelete
  3. jaga diri n anak2 ye! .. moga sembuh cepat!

    ReplyDelete
  4. beb, take care, makan ubat, rehat sket ye.....harap ko cepat sembuh!

    ReplyDelete
  5. semoga akak sal cpt smbuh ya...

    ReplyDelete
  6. laaa..ciannye..hope sis sekeluarga cepat2 sembuh k :)

    ReplyDelete
  7. Suami penyayang tu kak, dia tak sampai hati nak tinggalkan isteri dan anak2 ha..hehee :)
    Bertuah tau kak :)

    ReplyDelete
  8. suami akak xsampai hati nk tinggal la tu isteri dan anak2 hihihi....suami yg penyayang :)

    ReplyDelete
  9. kalau dah saket tu, gitu lah kan. lmbt la sikit buat keje. ;)

    ReplyDelete
  10. kesiannye...
    hope semuanya ok.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign