Fresh from the owner...

03 July 2012

Temanya biru. (*_*)

dah nak masuk ramadhan dah kita kan? tinggal lagi berapa minggu je. aisey... tahun ni tak dapat puasa dengan husben lagi. tak apa la. dapat-dapat jumpa pun dah nak dekat raya kot. tahun ni insyaAllah aku akan beraya kat Pahang ni je. last beraya kat sini tahun pertama Kak Long beraya. maksudnya tahun kedua aku kawin la. itu la first time beraya kat sini. ini kiranya second time la nak beraya kat sini. tak kisah sangat pun sebab bulan puasa memang aku puasa kat Pahang ni je. time raya balik Ganu apalah salahnya. husben tak paksa. tak pernah diskus pun. aku okay je beraya kat mana-mana pun.

husben pun tak dapat nak cuti lama raya tahun ni. mungkin raya ketiga dia dah balik. tengok la jugak nanti macam mana. tiba-tiba je nak cerita pasal raya kan walhal puasa pun belum lagi. hahaha... mood tu kena ada. excited ni nak sambut Ramadhan. alhamdulillah... bakal dipertemukan lagi dengan bulan yang mulia tu. bukan senang nak jumpa kan? 


tahun ni jugak aku beli kain pasang untuk buat baju raya kiranya awal la jugak. malas nak cari last-last minit macam tahun-tahun sebelumnya. padahal nak beli yang pasang siap pun okay je. eh, lupa!!! last year tak buat baju raya pun. ada pun untuk anak-anak je. ibu dengan abah pakai baju lama je. tapi still matching. last year baju jimat cost. pentingkan pada anak-anak. kita yang dah tua ni apalah sangat kan? ngeee...

tapi sebabkan Azfar dah boleh jalan, jadik nak jugak la tempah baju melayu untuk dia. tema tahun ni BIRU. plannya macam nak pakai merah. tapi masa kawin my BIL last year, theme baju sebelah kelurga my MIL ni merah. jadik macam tak best je nak pakai merah. so tukar kepaa BIRU. kononnya nak biru firus. tapi bila ke kedai kain jumpa la BIRU lain. rembat la lepas puas tawar-menawar dan carik kain untuk Kak Long dan Kak Ngah  dan ibunya ni yang matching dengan baju abah dan Azfar. baju ibu dengan si kakak-kakaknya dah siap tempah. tinggal abah dengan Azfar je belum lagi.

nak dijadikan cerita, my SIL ada called. dia tanya berapa meter kain untuk aku dengan anak-anak. my other SIL akan kahwin bulan 9 ni. so nak kena ada theme color la untuk baju sebelah side MIL ni. aku pulk tak tergerak hati nak tanya kaler apa yang dia orang pilih walaupun dalam hati rasa macam BIRU je. masa tu aku dah beli kain pasang ye. aku cakap dengan husben. dia pun tak tahu. dan bila MIL hantar kain pasang tu kat aku, meamng sahihlh kalernya BIRU. adehhhh.... walaupun kalernya tak sama tapi temanya tetap biru. tu yang tak bestnya tu. mujur jugak la tahun ni tak balik beraya kat sana. hahaha... stok baju biru aku dah la banyak. aiseyyy...


tapi tak apalah. nanti nak hantar ke tailor untuk buat baju kurung je. tak ada fesyen-fesyen. anak-anak buat baju je macam masa kawin my BIL tu. lagipun kain untuk budak-budak ni MIL beli tak cukup. kalau nak buat baju kurung macam leceh je sebab dia orang ni mesti aktif tak hingat. pakai blouse daripada kain tu dengan jeans dah okay kot.




my foot: entah aa-apa punya entri. hahaha... yang pastinya, pesal la pilih BIRU??? adehhh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. raye ni tema biru la ye. ;)

    ReplyDelete
  2. waa.. bestnye nak tempah baju dah. dni lak tade baju.. pakai maternity dress je lah gamaknya huhu... raya dan puasa di perantauan/. syahdu

    ReplyDelete
  3. wahh teme biru cantik gak...

    ReplyDelete
  4. ekkeke pueh akk nak paham entry nie dik ekekek]
    pasal tema baju rupenya , hurmm akk tema tahun nie hitam .. habis cerita ;)

    ReplyDelete
  5. alahai..kebetulan la pulak kan.
    takpe la..biru lain tu..ataupun kalau rajin buat baju raya lagi..kaler lain pulak..hihii :p

    ReplyDelete
  6. sebab biru tu cantik..:)

    ReplyDelete
  7. tahun lepas kami dah tema biru huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. kiter pun dh beli awal2 kain pasang.. dh tempah pun utk 1 family.. x nak last minute kang eklam kabut dibuatnya.. :)

    ReplyDelete
  9. hehe tiap2 tahun pening pilih tema warna...macam dah berulang je...:)

    ReplyDelete
  10. Samalah kita thn nie pilih kaler biru...

    ReplyDelete
  11. biru sejuk mata memandang kan ..
    aiseh..lama tak jenguk u ling..semoga sihat ye.. :)

    ReplyDelete
  12. x beli apa2pun lg utk raya....berdua je..raya ke tak raya ke sama je...hik3

    ReplyDelete
  13. ooo biru ni ke... cantik kak.... terang je ;)

    ReplyDelete
  14. kaler biru pun cantik hihi

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign