Fresh from the owner...

14 July 2012

Tak jadi ikut rombongan.

Kak Long ada rombongan hari ni ke Kuantan. melawat TLDM kat Gebeng, ke Zoo Mini Teruntum dan lastly pergi mewarna kat Pantai err... pantai apa entah. hahaha... dah lupa. aku pun dah buat bayaran. sebab Kak Long macam seronok nak pergi. sesekalidia nak ikut rombongan sekolah kan? abahnya pun kata okay jugak. tapi tu la... perancangan Allah ni kita tak tahu. hari Isnin aku buat payment untuk rombongan dia tu, hari Selasa Azfar warded. jadik Kak Long dengan Kak Ngah kena tinggal. tak sekolahlah Kak Long sepanjang ketiadaan aku dengan Azfar. kesian jugak dia.

kesian kat anak-anaks ebab tak pernah pisah lama-lama. paling kuat pun abahnya ada. kebetulan masa Azfar warded tu abahnya baru je semingu balik bekerja. takkan nak suruh dia balik kot. walhal aku boleh handle je Azfar. cuma bila aku balik waktu petang kejap untuk jenguk anak-anak ni, Kak Long ada jugak berbunyi. dia ada cakap dengan abahnya: "Abah tak payah balik la. Abah kan kerja." husben cakap dengan aku, kesian kat anak-anak. Kak Long dah pandai berfikir. tu yang dia merungut tu. dia siap cakap dengan aku: "Ibu kalau tak bawak Kak Long memang tak sayang anak-anak." adehhh...

duduk ward nak bawak macam mana? sebab tu abahnya ambik keputusan balik jugak. dia tak nak la anak-anak rasa macam orang tak sayang. padahal tak boleh nak buat apa dah. kalau la kat ward tu boleh bawak anak-anak berkampung sekali, sure aku angkut semua. senang. hati pun tenang. tapi tak boleh. kena redha je la. dan Kak Long pulak, bila Azfar masuk ward, dia cakap tak nak ikut pergi rombongan. sampai ke hari ni dia tak nak ikut. puas pujuk rasanya. dah dia tak nak ikut, aku dengan husben tak nak paksa. dia nak pergi kalau abahnya or aku ikut sekali. tapi abahnya balik baru-baru ni pun dengan bas.

lepas kerja malam terus balik. sure penat. tak ada maknanya la nak bawak kereta. kat rumah ni pulak, semua kereta digunakan tuan masing-masing. so, memang tak boleh nak ikut la kan? tak apalah Kak Long. kalau Kak Long tak nak pergi pun tak apa. tiada paksaan asal Kak Long happy-happy je. (*_*)

jangan merungut pulak kata orang tak sayang. nanti ibu babap dua kali setengah. tapi betul la. bila anak-anak dah start cakap macam tu takut jugak emosi dia orang ni ter'twist'. niat kita bukan nak tinggalkan dia. tapi tak ada pilihan. hopefully lepas ni tak adalah masuk ward lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. xper cuba fahamkan mereka..kena tinggalkan bersebab kan..mesti diorg faham:)

    ReplyDelete
  2. warded tu bkn kita yg pinta kak, kebetulan. kakLong blm fhm kt situ lagi, pd dia tak ikut/tak bawa dia berjalan means tak sayang dia. keadaan yg memaksa. one day kakLong akan fhm, insyaALLAH. dah pintar kakLong.

    ReplyDelete
  3. hope azfar cepat sihat ^^
    untung akak ade anak yg sgt memahami :))

    ReplyDelete
  4. kita hanya racang semuanya DIA yg tentukan...one day kak long akan faham :)

    ReplyDelete
  5. anak² bile dah besar memang banyak pertanya.. dan percakapan yg mungkin dia org tak paham.. tp itu yg mereka rasa... sabar yer kak...

    ReplyDelete
  6. sian kaklong... nak buat camne kan...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign