Fresh from the owner...

09 July 2012

Tahu pulak dia saya suka makan ini.

ini cerita masa husben balik hari tu. pagi-pagi lepas hantar Kak Long pergi sekolah, dia bawak anak-anak ke kedai. carik kuih ke apa-apa je la benda nak makan. tak suruh pulak isteri dia masak. hehehe... pagi-pagi kalau hari minggu boleh la aku masak. kalau hari-hari sekolah, my sis dah masak awal-awal untuk anak dia. dan husben pulak suka makan roti canai. aku masak atas permintaan. itu sarapan la. kalau lunch memang masak pun kecuali husben ajak keluar makan.

hari tu dia balik bawak makanan macam biasa. tapi ada satu benda yang dia beli khas untuk aku. ha, kuih ni baru je ada kat kedai runcit tu. anak buah aku suka sangat kuih ni. aku dah pernah makan pun sebelum ni. tapi tak ada la addicted pun. ada okay, tak ada pun okay je. sedapnya kuih ni sebab sos kat dalamnya tu. husben beli dua. bila aku tanya kuih tu tu untuk siapa, dia kata untuk aku la sebab aku suka makan. okay... mana dia tahu aku suka makan? hmmm...

dadar berlauk.


tak ada siapa tahu aku suka makan kuih ni. macam mana dia tahu? walhal dia bukan ada pun kalau aku beli. macam mana husben ni boleh tahu? pakai orang-orang la ni. kuih ni ada orang area taman perumahan yang buat. husben dia baru je bersara jadi cikgu. kononnya nak buat bisnes. last-last duit kena ambik katanya untuk bayar rumah. tapi bila cerita kat husben, LHDN yang ambik sebab masa kerja mungkin dia tak submit form untuk potong LHDN. dah retired baru la tahu banyak hutang tertunggak dengan LHDN. tu yang duit kena ambik.

tak dapat nak buat bisnes sebab duit nak pakai pun kiranya banyak la jugak. dah tak ada rezeki la kat situ. nak buat macam mana. kena la bisnes secara kecil-kecilan saja. tapi dia bekas cikgu. kalau dia nak mintak mengajar secara kontrak pun mungkin boleh kot. sebab aku ada cikgu yang mengajar secara kontrak sbab umur bersra dia dah samapi. cikgu tu baik sangat. aku suka. (*_*)

ada isi ayam di dalammnya.


dadar berlauk ni harganya RM1. padanlah dengan harganya sebab ketulan-ketulan ayam tu boleh rasa. pada aku, kulitnya tu biasa je. tapi intinya tu yang sedap. berkuah gitu. tapi pagi ni pergi tak ada pulak. tak hantar kot hari ni.





my foot: kadang-kadang aku musykil la. mana la husben ni tahu apa yang aku nak walhal aku tak cakap pun. macam masa nak balik tu dia cakap: "Ingat nak masuk McD. Tapi ramai sangat orang." aku baru je plan nak bagitahu dia belikan something kat McD kala dia nak balik. belum sempat bagitahu dia dah cakap dulu.
 macam tahu-tahu je kan? 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. bukankah anisalya cakap suami tu 'tok bomoh' hehehehehe

    ReplyDelete
  2. Chemistry kuat ni.. :)

    kuih tu nampak sedap..mana nak carik ni?hihiii.. :p

    sama mcm my hubby! belum sempat cakap, dah tau.. boleh baca ape sy pikir ke?
    time ni mmg rasa mcm Allah kurniakan org yg tepat utk saya..hahah :D Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. eh pes time lieya tau kuih ni..selalu yg inti kelapa tu jek....menarik nie..sebab lieya kureng suke yg manis....suke lagi yg berase pedas mcm nie heheeheheh....

    tu lee kuat kan instinct laki bini nie...lieya pun selalu kene mcm tu jugak.....

    ReplyDelete
  4. x pernah makan...teringin plak rs nak makan...

    ReplyDelete
  5. tu namanya instinct..kata hati la..saya ngan suami kadang cam gitu, tapi tak selalu la..apa yang kita terfikir tak cakap, alih2 dapat, rasa seronok kan..

    ReplyDelete
  6. x pernah jumper. tuh kira popia ke eh?

    ReplyDelete
  7. itulah suami isteri.. dapat merasa apa yg kita rasa

    saya pun selalu gak camtu ^_^

    ReplyDelete
  8. macam popia kan..sedap nyerr :)

    ReplyDelete
  9. kuih apa tu.. xpnh tgk plak kak...

    sama mcm hsbd sy kak.. kdg2 tu, sy xckp pun tp dia dah tau... sampai hubby saya siap cakap "Abg tau semua ttg ina... kan abg dah cakap, abg tahu apa yg ina tak tahu"... sy plak yg kdg2 xtau apa yg dia nak.. hahah

    hihii... agaknya mereka ni ada naluri rs kot..

    ReplyDelete
  10. untunglah dapat tok laki mcm ni! .. he he but saya x pernah lag makan kuih dadar berlauk ni... cara berlauk adelah

    ReplyDelete
  11. kuih apa tu kak...wani xpenah mkn lagi hihii

    ReplyDelete
  12. tkpnh tgk lg lah dadar berlauk ni.. ada isi ayam msti sedap ni..

    ReplyDelete
  13. x pernah makan gak kuih ni..:)

    deria hati kuat tu..hehe

    ReplyDelete
  14. 1st time tengok kuih ni.. :)


    Kak, itu maknanya akak dengan asben ada chemistry & saling memahami tanpa perlu diluahkan..heheee

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign