Fresh from the owner...

19 July 2012

Segmen : Nostalgia Ramadhan..

nak join klik SINI.


mood awal-awal pagi ni rasa macam nak join je segmen ni. tambahan pulak bila imbau Nostalgia Ramadhan. banyak kenangan aku dengan bulan ramadhan ni. aku teringat la masa zaman aku remaja dulu. bila nak kena memasak untuk berbuka sebab my sis semuanya kerja. masa tu nak kalau nak masak lemak ke apa ke... kena kukur kelapa. bukan mesin. sebab masa tu mesin kelapa ni ada kat kedai-kedai je. 

Ya Allah... nak habiskan sebiji kelapa tu rasanya makan tahun. adehhh... mana nak cukup energy yang tinggal sisa tu. hahaha... kukur dengan gigihnya. tapi sekarang ni kukur kelapa tu pun dah tak ada lagi. dan kenangan kukur kelapa tu tetap terpahat dalam ingatan sebab kami adik-beradik ayah yang besarkan sebab arwah mak dah lama meninggal. semuanya kami adik-beradik yang uruskan sendiri. aku berterima kasih dengan kakak sulung aku sebab tak pernah missed sediakan baju raya dan kasut raya masa zaman aku budak-budak dulu.

satu lagi bila dah kahwin. first time puasa sebagai husband dengan wife. aku muntah teruk hari pertama puasa. masa tu pregnant. tapi sebabkan nak puasa jugak, teruskan la sampai ke akhirnya. memang dah muntah hijau dah. alhamdulillah... dapat puasa penuh tahun tu walaupun puasa dengan husband pun cuma beberapa hari je. sebabnya? dia hantar aku balik kampung. takut nak tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah. dia kerja. jadik apa-apa time tu dia mesti susah hati. tak ada la nak merasa sangat berbuka dan bersahur dengan suami kali pertama berpuasa sama tu.

dan tahun tu jugak merasa pergi terawih dengan suami. Ya Allah... jalan kaki ke surau. rasa syahdu sangat. ada sekali tu pergi dalam keadaan cuaca elok. tengah-tengah solat tu, angin dah mula bertiup dan hujan pun turun. balik daripada surau berkongsi payung. perasaan tu rasa lain je. tenang sangat. satu lagi kenangan masa terawih ni time belajar dulu bilamana imam (sahabat kami juga) tertinggal satu rakaat. dalam pada haru tu kami yang saf perempuan ni teruskan solat sendiri sebab imam pun tak sedar rakaatnya tertinggal. macam mana tu? 

dan kami satu bilik masa belajar dulu pernah berbuka lambat hampir 15 minit gara-gara tak sedar dah masuk waktu. sebenarnya memang tak tahu. radio tak ada. harapkan azan? langsung tak dengar apa-apa. last-last tanya jiran depan bilik yang dah kenyang makan. tapi kami still boleh gelak-gelak sambil makan. kami tahu itu akan jadi kenangan selamanya. dan paling poyo bila kelentong pak guard time keluar sahur. harharhar... waktu outing budak perempuan untuk bersahur sampai pukul 12 je. lepas tu turn budak lelaki pulak. strict jugak tempat ni. tapi walaupun dah habis time, kami kelentong pak guard kata tertinggal barang semata-mata nak tengok budak lelaki keluar outing. bengong kejap rasa. (*_*) 

banyak nostalgia yang tercipta tapi cukup la untuk aku senyum sendiri dan mengingati semuanya. pada yang nak join tu segmen ni sampai 22 JULAI je. jom la share nostalgia-nostalgia kamu pulak. nak tag? semua yang baca entri ni sebab setiap nostalgia kamu adalah kenangan paling berharga dalam diri kan? selamat berkongsi ye.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. sekrg ni nak berterawikh kene gilir2 lah kan sal, seronok teringat zaman dolu2, tersenyum je hehehehe

    ReplyDelete
  2. kalau dikenang zaman dulu2 mmg syok..

    ReplyDelete
  3. suke part kukur kelapa tu..adeh..nostalgia sungguh...

    Terima kasih join dan memeriahkan suasana..salam ukhwah fillah..

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan.. terjan entry awak.. follow sini jugak.. hehe http://kisahemasputih90.blogspot.com/2012/07/segmen-nostalgia-ramadhan.html

    ReplyDelete
  5. singgah

    heheh nak berbuka pun leh tak sedar,, hehehe
    semua tu kenangan kan

    http://sayangkuzie.blogspot.com/2012/07/segmen-nostalgia-ramadhan.html

    blog utama

    http://sayangkudinadania.blogspot.com//

    ReplyDelete
  6. salam... jom ke laman Kembara Mencari Redha iLahi..semak siapa pemenang2 segmen tempoh hari di link --> http://ummuainries.blogspot.com/2012/07/dan-pemenangnya-ialah.html

    ReplyDelete
  7. wah..kenangan yg best di kongsikan..
    dr segmen yg sama..dah follow n join

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign