Fresh from the owner...

27 July 2012

Saya ditinggalkan. (╥﹏╥)

entri panjang berjela-jela.


sebenarnya, ini nostalgia Ramadhan yang aku takkan lupa sampai bila-bila. tahun 1999 masa aku still belajar lagi. sudahlah duduk jauh dengan keluarga. nak balik raya sendiri-sendiri. tak adanya orang nak datang ambik. tiket balik Pantai Timur selalunya cepat sangat sold out. kalau tak beli awal memang tak balik raya la. nak dijadikan cerita, masa tu aku beli tiket tiga hari sebelum raya. naiknya dekat Pekeliling sebab dekat Pudu tiket dah sold out. masa tu jugak dekat Shah Alam tak ada jual tiket lagi. Tak ada bas pun yang akan singgah ke Pahang. kalau nak balik kena ambik dekat Pudu or Pekeliling. dekat Klang ada, tapi aku tak biasa langsung dengan kawasan tu. lebih baik naik bas kat tempat yang kita biasa naik kan?

aku keluar daripada hostel awal. pukul 3.30 petang. nak elak jammed la konon. bas aku pulak 6.30. kiranya berbuka dalam bas la nanti. aku dah biasa. bukannya tak pernah berbuka dalam bas. dalam kepala dok berkira-kira nak naik bas ke nak naik komuter. last-last buat keputusan naik komuter je la. naik bas nanti kang jammed, dah jadi cerita lain. nak dijadikan cerita dan takdir jugak, hujan turun petang tu dengan lebatnya. Ya Allah, dugaan betul. train sangkut. tak boleh lalu sebab banjir kat Batu 3. tak tahu pukul berapa boleh gerak. memang berdebar dah masa tu. sempat ke sampai ni?

disebabkan train tak bergerak dah sejam lebih, aku tukar planned. turun kt stesen yang train tu berhenti, naik cab. sebabnya naik bas lagi lambat sampai. naik cab pun sama. jammed teruk hari tu sebab hujan lebat dan banjir kat sesetengah kawasan. even pakcik tu cakap, lambat boleh sampai ni sebab jalan jammed teruk. uwaaa... memang rasa nak menangis dah wei!!! tapi aku pujuk diri sendiri cakap sempat ni. padahal dalam masa yang sama, aku tahu takkan sempat sampai. sedih gila. bekal untuk berbuka pun aku tak bawa. konon-konon nak beli kat Pekeliling sebelum naik bas. sebab nanti bas tu akan berhenti jugak kat RnR.




Ya Allah... aku sampai kat Pekeliling terlebih 5 minit. 6.35 petang. basnya? dah bertolak pergi. memang frustrated sangat. macam mana aku nak balik raya? huhuhu... puas fikir dah tu. nampak gayanya kena beraya dengan budak Sabahan dan Sarawakian yang tak balik tu la. memang sedih gila. tak boleh nak fikir macam mana lagi dah. sebabnya bas time raya ni kalau lambat sikit je ada je la yang menunggu nak ambik seat kita. tapi lepas pujuk-pujuk diri sendiri, aku reda je la dengan pemergian bas tu. nak buat macam mana. dah bukan rezeki aku kan? tapi tiba-tiba datang idea lain pulak.

takkan la nak suruh ayah aku datang ambik. jauh tu. masa tu, ikut jalan lama bas ni. highway pun tak ada lagi. aku tried bas lompat-lompat. kebetulan masa aku tanya bas nak ke Temerloh tu ada satu je lagi seat kosong. tak kira la. aku ambik jugak seat tu. dan aku sempat teguk air berkarbonat member aku punya buat berbuka. dari Temerloh, aku mintak la abang aku datang ambik. dua jam perjalanan jugak daripada rumah aku nak sampai Temerloh tu. pukul 12 pagi abang aku sampai. gila lama tunggu kat port bas tu. siap ada orang tu offer nak hantar aku ke balai. bahaya katanya duduk kat situ sorang-sorang. duduk balai la senang. nanti boleh la abang aku datang ambik aku kat situ. nak pergi balai dengan orang tu? tak percaya la aku. siap ada yang ajak pergi rumah kakak dia lagi. dugaan sungguh.

memang aku kenang la setiap detik perjalanan aku hari tu. even keluar awal pun tak boleh sampai on time jugak. kalau dah Allah tak izinkan, makanya kena terima dengan seikhlas hati kerana apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. masa tu senyum-senyum kelat je la yang aku mampu. berharga tu weh...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. ape kesudahan mlm tu?pegi balai ke naik ape?

    ReplyDelete
  2. jgn la pecaya ngn org yg tak dikenali..org ne slalu je ambl kesempatan..nasib baiikk..

    ReplyDelete
  3. berharga kan pengalaman macam ni.. masa berlaku tu ligat je kepala otak pk..saya pun pernah mengalami perkara yg lebih kurang sama.. tapi bukan kena tinggal..takde tiket.. terpaksa ambik bas berenti2.. kalau biasa dari johor cuma 4-5 jam..12 jam perjalanan dari kluang nak ke bangi..haha..penat gila!

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum sis. wah..pengalaman sungguh nie.mujur ada bus lompat2.kalau tak, raya key el la ea.hihihi~ selamat berpuasa sis. =)

    ReplyDelete
  5. memang kenangan nie dikk
    huhuh kalau akk mauu juga nangis
    sedihhh x dpt naik bas .. huhu

    ReplyDelete
  6. waktu tu mesti sedih sangat kan..tapi tu jadi kenangan yang takkan boleh lupa..

    ReplyDelete
  7. Selamat la ada bas ke Temerloh lagi 1 seat. Kalo tidak, mmg naisb le beraya di perantauan sambil dengar lagu dendang perantau. Bas apa yang punctual sgt tu? Saya pun penah kena tinggal bas PlusLiner kat Pekeliling jugak. Pun lewat 5 minit. Grrr.. Sedih rasa. Tapi bukan ari raya la.

    ReplyDelete
  8. klu sy kena cam akak dah nanges dah agaknya.. hati tisu betul.. hehe..

    ReplyDelete
  9. pengalaman nak raya tak akan dilupakan.nasib baikada bas lompat2...pernah adik ipar naik bas lompat2 dari KL balik Kelantan..masuk 1 setengah hari baru sampai rumah..

    ReplyDelete
  10. nostalgia tuh kan kak. hehe takpe2 skang dah tade dugaan macam tu dah. pengalaman tu :D

    ReplyDelete
  11. pengalaman yg x mungkin bleh lupa ni..mesti sedih tu masa tu kan..

    ReplyDelete
  12. klu jd kt wani mau nangis hahaha....dh la sorang2 pengalaman yg mencemaskan hihi

    ReplyDelete
  13. CR pernah jugak tertinggal bas....bas gerak awal..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign