Fresh from the owner...

17 July 2012

Permandangan di waktu sama pada hari berbeza.


masa kat wad Azfar bangun awal. 5.30 dah bangun. paling lewat pun pukul 6 la sebab usually antara pukul 5.30 ke 6 pagi tu nurse datang masukkan ubat pada line kat tangan or kaki dia. check pulse dnegan bp jugak. kadang-kadang dia terkejut. tu yang terus bangun tu. kalau dia bangun sendiri lain cerita la. dah bangun tu mandikan dia. sebab drip hari pertama warded. kemudian doc offkan sebab Azfar minum dengan makan okay je. tak ada masalah.

pic tu ambik kat tepi tingkap. lepas mandi, bagi Azfar makan roti ke biskut sementara menunggu makan pagi. dalam pada dok tengok kat luar tu terperasan betapa indahnya alam ciptaan Ilahi ni. so snap la buat kenangan. tak ada la nak guna kamera ye. akak ni mampu kamera handphone je. huhuu... tak ada la sedih. okay je. bersyukur sangat sebab ada kamer walaupun handphone dengan 1.3 megapixels je. harus ke bagitahu? hahaha... saja je tu.


ini pulak keesokkan harinya. baru lepas solat subuh. okay... nak solat kena bawak sama Azfar ye. dan aku pastikan ruang antara aku nak solat tu tak ada orang lain dalam surau. kalau tak jangan harap la boleh solat sebab Azfar jadik takut dengan orang sejak masuk wad ni. kenapa? nanti cerita la. jadik bila soalt, Azfar boleh la merayap dalam surau tanpa gangguan. boleh solat dengan tenang.

aku suka pic ni sebab damai je tengok masjid dengan cuaca yang macam ni. aku suka view waktu pagi. waktu tenang pada aku. bersyukur sebab masih diberi kesempatan untuk menghirup udara yang tak berapa nak segar tapi alhamdulillah... masih bernafas. itu yang paling penting.








my foot: teringat kat budak dua beradik tu. macam manalah agaknya dia orang kat rumah. memang sentiasa teringat sampai ayah aku cakap: "Tak percaya kat orang lain jaga ke?" bukan tak percaya tapi nak tahu jugak keadaan dia orang macm mana kan? apa la ayah aku ni. dah namanya ibu memang akan ingat kat anak-anak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. pemandangan waktu subuh memang comey :).. tenang

    ReplyDelete
  2. Semoga Azfar segera sihat dan dapat segera keluar dari wad.

    Kakcik pun suka ambil gambar dari tingkap bila tak tahu apa nak buta. :)

    ReplyDelete
  3. udara mmg terasa segar je time waktu2 mcm ni.. :)

    ReplyDelete
  4. memang kalau duk kat sepitalni teringat yang kat rumah.. sayujer hati... solat di hospitalpun rasa lain.. sangat istimewa rasa itu...

    ReplyDelete
  5. a'aa betoi tu.. bkn xpecaya kan.. tp kita sbgai ibu ni mmg sntiasa duk tingat kat ank...

    ReplyDelete
  6. naluri keibuan tu kan mmg sentiasa teringat kat anak bukan maksud xpecaya..btw cantik picture tu rasa damai jer tengok

    ReplyDelete
  7. hihihi anak kita mestilah kita ingat...dan nak tahu bukannya tak percaya...

    ReplyDelete
  8. fitrah seorang ibu..camne pun mesti ingat kt anak tu :)

    ReplyDelete
  9. cantik pemandangan di waktu subuh kan...INSYAALLAH mereka yg menjaga anak-anak akak tu..akan jaga dengan baik.

    ReplyDelete
  10. mmg dah lumrah kan..mesti kita teringat jgk kt dorang..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign